LAMA TAK DENGAR LAGU ❤

[nota: Saya tonton video-video lagu berunsur cinta bukan bermaksud saya "lembik" tapi saya seorang yang senang dengan sastera malah saya boleh memainkan beberapa jenis alat muzik selain bernyanyi walau tak setanding artis-artis popular. Yang penting, semangat JIHAD jangan dipisah dari dada masing-masing, okey? Beberapa lagu asing di bawah saya tak terjemah kerana saya pernah siar video berserta terjemahannya di blog ini sebelum ini.]




Lagu atas ni pada saya lebih kepada sayang ayah kepada anak perempuan. Anak bongsu perempuan saya baru saja masuk matrikulasi di sebuah negeri di Utara Semenanjung, belajar jurusan perakaunan sama seperti seorang kakaknya yang kini belajar di sebuah universiti di Pulau Pinang. Semoga tiga anak perempuan saya sentiasa diberkati Allah dalam kehidupan mereka di dunia dan akhirat. Aaamiin.




















Lagu di atas didendangkan Mohammed Rafi, muncul dalam filem Jeene Ki Raah lakonan Jeetendra, Sanjeev Kumar, Tanuja dan lain-lain, mula ditayangkan pada 1969. Filem ni bermula dengan babak hero balik kampung naik keretapi. Sampai stesen dekat kampungnya, hero pun turun dan nak naik kereta lembu, tapi ada seorang wanita kurus dengan beberapa anak kecil merayu mereka nak naik kereta lembu yang sama, lalu hero beralah! Tu yang membuatkan hero jalan kaki menaiki dan menuruni bukit-bukau dan menyusuri gigi kolam-molam untuk sampai ke rumahnya. Dan, hero menyanyikan lagu ini untuk mengurangkan rasa letih kot?
Era 1970-an, kat kampung saya berdekatan Beruas, Perak masa kenduri kahwin, semua penduduk tak kira lelaki atau perempuan dewasa akan bergotong-royong buat kemah dan memasak. Biasanya batang kelapa dibuat tempat letak papan untuk dijadikan bangku panjang selain kaki meja. Umbut kelapa pula dibuat kerabu. Masa ni jarang-jarang menu ayam diketengahkan kerana ayam rasanya belum diternak secara komersil. Yang ada duit akan sembelih lembu, manakala yang kurang mampu akan menghidangkan menu ikan laut, tambah-tambah lagi masa ni ramai juga penduduk yang bekerja sebagai nelayan berpangkalan di Pantai Remis. Jika sembelih lembu - kurma daging, kari daging berkentang, daging masak hitam. Jika ikan - ikan goreng masak cuka. Selain kerabu umbut kelapa, jelatah yang dibuat daripada hirisan cabai besar, nanas, timun dan bawang merah turut selalu disediakan. Minuman? Air sirap berais dalam tempayan.
Ketika makan, ada seorang dua lelaki bertugas sebagai juruacara siap memainkan piring hitam lagu-lagu Pop Yeh-Yeh dan Hindustan seperti lagu di atas ni. Sering juga piring hitam lawak Hamid Gurkha & Jamali Sadat diputarkan. Pembesar suara pula disangkut pada dahan pokok. 
Berbalik kepada video di atas, dengar lagu tak faham maksud tak berapa nikmat! Saya terjemah ke Bahasa Melayu daripada terjemahan English yang saya perolehi dari YouTube. Saya rasa, inilah satu-satu video lagu Hindustan yang saya pernah tonton tiada wanita di dalamnya yang selalunya menari dengan hero, terkam peluk pokok-pokok dan berguling-guling atas rumput selain berkali-kali menukar baju bermacam-macam fesyen dan warna. Lagu ni difahamkan dituju buat seorang adik perempuan hero yang sudah remaja. Sebab tu, tiada adegan berkenaan. Dan, kerana tiada wanita berjoget maka saya siarkan video lagu Hindustan ini di sini. Lagu ni diulang nyanyi dalam filem yang sama pada pertengahan cerita. Ada seorang perempuan duduk atas kerusi roda, rasanya lumpuh. Bila dia dengar hero nyanyi lagu ini, dia bangun berdiri terpacak!

Aane se usake aaye bahar
Bila dia datang, musim bunga pun menjelma
Jaane se usake jaaye bahar
Bila dia pergi, musim bunga pun berakhir
Badee mastanee hai, mere mehboobaa
Dia begitu nakal, dia sayangku
Merii zindagaani hai, mere mehboobaa
Dia hidupku, dia sayangku

[ulang rangkap atas]

Gun gunaa aise jaise bajate hoon ghunharu kahin pe
Dia bernyanyi kecil dan kedengaran bergemerincing gelang kaki
Aake parvaton se jaise girataa ho jharana zamin ke
Atau anak sungai mengalir dari gunung menghasilkan air terjun
Jharano kii mauj hai ho, manje ki ravaani hai, mere mehboobaa
Dia bagai alunan air sungai kecil, dia keanggunan alunan air sungai kecil, dia sayangku
Merii zindagaani hai, mere mehboobaa
Dia hidupku, dia sayangku

Ban sanvar ke nikale aae saavan kaa jab jab mahiina
Dia cermat berdandan dan dia menyerlah bila sahaja musim bunga
Har koii ye samajhe hogii vo koii chanchal hasiina
Setiap orang percaya dia seorang yang nakal (nota saya: hasiina rasanya gadis)
Puucho to kaun hai vo, rut ye suhaani hai, mere mehboobaa
Jika kau tanya siapa dia, dia musim yang nyaman, dia sayangku
Merii zindagaani hai, mere mehbooba
Dia hidupku, dia sayangku
Badee mastanee hai, mere mehboobaa
Dia begitu nakal, dia sayangku
Hmmm ...

Comments