SAJAAAK
berjalan di taman amsterdam atau columbus pernah kau
berhenti untuk fikir apa yang kelihatan sebelum sebuah jalan besar dibina pernah
tak kau berhenti untuk fikir apa yang kau jelajahi sebelum kau menggunakan subway
menuju ke stock exchange (kita tak mungkin pergi ke stock exchange kerana kita
sendiri dulu adalah stock exchange)
pernah tak kau mungkin terfikir-fikir apa bentuk rumput
sebelum ini mereka golek bagai bola lalu gelar central park di mana anjing-anjing
dijangkit sifilis dan tuan-tuan kaki dua berpenyakit batuk kering membaja
penjuru-penjuru dan lorong-lorong pejalan kaki pernah nak tahu apa yang yang
akan terjadi jika hidup kau boleh dibajai fikiran sayang oleh seseorang yang
dicintai yang mengasihi kau
pernah lihat ke selatan pada hari yang terang dan tak nampak
times square tapi pokok-pokok Birch dan sycamore bersentuh tangan dan pandang gazel-gazel berlari-lari bermain di depan singa-singa pernah dengar salakan antelop dari tingkat
tiga pangsapuri
pernah, kau pernah tak, duduk dan terfikir-fikir
mengenai hasil kebebasan daripada kebebasan amat mudah untuk menjadi bebas kau
mulakan dengan menyayangi diri sendiri kemudiannya mereka yang berwajah seperti
kau yang lain akan muncul secara semula jadi
pernah terfikir-fikir kenapa begitu banyak asfal
diturap di ruang yang begitu sempit mungkin supaya kita akan lupa Iroquois,
Algonquin dan Mohicans yang mampu memelihara bumi
pernah fikir bagaimana Harlem akan jadi jika herba-herba
dan akar-akar kita dan telinga-telinga gajah membesar hantar bunyian sumbang
kepada kita burung nuri asyik berkata kulit hitam cantik kulit hitam cantik burung-burung
hantu sering memberi maklumat siapa bercengkerama … serta aku dan kau hanya
duduk di bawah mentari cuba mencari jalan untuk mendapatkan sebatang pokok
pisang daripada seekor di kalangan sekumpulan monyet beruang-beruang koala di atas
pokok ketawakan kita yang sering penat dan malas
pernah fikir kita mampu bergembira
[nota saya; Sajak suatu seni. Semua ayat dalam sajak ni
tidak dimulakan dengan huruf besar atau diakhiri noktah. Nama tempat dieja amsterdam,
columbus melainkan Harlem iaitu tempat berpenduduk majoriti bukan kulit putih. Bagaimanapun
nama pokok dieja bermula huruf besar iaitu Birch tapi sycamore tak pula. Iroquois,
Algonquin dan Mohicans yang dieja huruf pertamanya besar tu adalah penduduk
asal di Amerika Syarikat malah mereka ini bertebaran sehingga ke Kanada. Saya
tak tahu kenapa Algonquin tiada huruf s dihujungnya seperti Mohicans, mungkin
cara ejaannya memang begitu. Untuk pengetahuan anda, kawasan pembinaan stock exchange
atau bursa saham ni dulu didiami penduduk kulit hitam. Mereka ni telah dihalau
begitu sahaja demi pembangunan!]
Comments
Post a Comment