Fiksyen  

oleh Alice Munro

nota awal: Pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan 2013 ini hanya menulis cerpen. Alice tak tulis novel kerana ketika beliau mula bergiat menulis dulu, beliau terlalu sibuk menjaga tiga anak kecilnya lalu tabiatnya menulis cerpen ini terbawa-bawa sampai ke tua. Alice suka menulis – perkara-perkara positif atau negatif - mengenai orang-orang di sekitarnya, khususnya ahli-ahli keluarganya, jiran-jiran dan rakan-rakan. Beliau telah “berhenti” menulis sejak usianya 82 tahun dan ekoran itu beliau menyerahkan bertimbun-timbun hasil kajiannya mengenai sastera - ditulis tapi bukan untuk diterbitkan - kepada sebuah organisasi di Kanada agar dapat diselidik individu-individu berminat. Hebat betul nenek ni! Tak percaya? Sila baca cerpennya bertajuk Fiction dalam bahasa asal atau yang saya sudah terjemah di bawah ini. Dalam pada itu, AA adalah singkatan bagi organisasi yang terbabit dengan program membantu penagih arak, Alcoholics Anonymous. Belle mère adalah ungkapan dalam Bahasa Perancis yang bermaksud mak tiri. Kindertotenlieder bermakna Lagu Kematian Kanak-kanak, digubah Gustav Mahler pada 1904 dengan liriknya berasas kepada sebuah sajak dalam Bahasa Jerman karya Friedrich Rückert.

I

Perkara paling penting di musim dingin ialah memandu pulang setelah habis tugas sehariannya mengajar muzik di beberapa sekolah di Rough River. Biasanya hari sudah gelap, dan salji mungkin berguguran di jalan-jalan kawasan tinggi bandar, manakala hujan menerjah kenderaan di lebuh raya pesisir. Joyce memandu meninggalkan sempadan bandar ke kawasan hutan, dan meskipun ia hutan lebat dengan pokok-pokok fir Douglas dan sedar, ramai orang menetap di situ bersengkang jarak sekitar suku batu. Beberapa penduduk memiliki halaman yang ditanami sayuran, segelintir memelihara kambing biri-biri atau kuda tunggangan, ramai juga yang berniaga seperti Jon – dia membuat dan baiki perabot. Perkhidmatan tertentu diiklankan di pinggir jalan, dan lebih terperinci untuk keperluan dunia di sini – ahli nujum guna kad tarot, pakar urut herba, penyelesai konflik. Ada yang tinggal dalam treler, membina kediaman dibuat dengan balak, berbumbungkan jerami atau rumput, dan  yang lain, seperti Jon dan Joyce, masih membaik pulih rumah ladang usang.  

Ada suatu perkara istimewa yang Joyce suka lihat sewaktu dia memandu pulang dan memasuki kediamannya. Pada ketika ini, ramai orang termasuk yang memiliki rumah berbumbung jerami dan rumput, letak apa yang dipanggil pintu gelangsar kaca – walaupun Jon dan Joyce tidak memiliki laman berturap. Ia biasanya dibiar tanpa tirai, dan dua sinaran bujur cahaya menandakan pengakuan keselesaan, keselamatan dan pengembalian kepada kebaikan asal. Kenapa ini perlu begini, lebih bagus daripada tingkap-tingkap biasa, Jocye tak tahu bagaimana dia mahu ceritakan. Mungkin ia lebih bermakna bukan untuk melihat keluar tapi untuk mendedahkan secara jelas kepada kegelapan hutan, dan kerana ini mereka mempamerkan tempat mereka berlindung secara mudah tanpa berseni. Sepanjang masa, penduduk memasak atau menonton televisyen – suasana yang sering mengabui matanya, walaupun dia tahu tiada benda-benda yang amat istimewa di dalam kediaman berkenaan.

Apa yang dia lihat sewaktu dia memasuki lorong berlopak tak berturap kediamannya ialah pintu-pintu yang dipasang Jon ini, menjadi bingkai kepada pantulan amat mengecewakan suasana dalam rumah mereka. Sebatang tangga, rak-rak dapur tak siap, anak-anak tangga menuju ke tingkat atas yang terdedah, barangan kayu yang diterangi mentol lampu yang Jon letak bagi menyinari apa sahaja yang dia kehendaki, di mana sahaja dia bekerja. Dia bekerja sepanjang hari di dalam bengkel, dan apabila hari beransur gelap dia hantar pembantunya balik rumah lalu dia mula membaiki rumah mereka. Mendengar enjin kereta, dia akan memalingkan kepala ke arah Joyce seketika, sebagai menyambut kepulangannya. Biasanya tangan-tanganya terlalu sibuk buat kerja untuk melambai. Duduk seketika, dengan lampu kereta dipadamkan, kumpul apa sahaja barangan runcit atau surat yang dia perlu bawa masuk ke dalam rumah, Joyce berasa gembira walaupun terpaksa melakukan terpaan terakhir ke pintu, menghadapi suasana gelap, berangin dan kesejukan hujan. Dia berasa dirinya menutup pekerjaan hariannya yang tergesa-gesa dan tak tentu, dipenuhi dengan kegiatan meluahkan muzik seterusnya acuh tak acuh berbaur dengan sikap ambil peduli. Betapa lebih baik bekerja membabitkan balak dan tugas sendiri – dia tak ambil kira pembantu berkenaan – berbanding dengan anak-anak murid yang tak dapat diramalkan.

Dia tak kata mengenainya kepada Jon. Dia meluat dengar orang bercakap mengenai betapa ia perkara asas dan mudah dan halus dan mulia untuk bekerja membabitkan kayu. Integriti yang wujud, begitu juga maruah.

Dia akan kata, Karut.

Jon dan Joyce mulanya bertemu di sebuah sekolah menengah bandar di sebuah bandar raya kilang Ontario. Tahap IQ Joyce adalah yang kedua tertinggi dalam kelas mereka, dan Jon adalah yang paling tinggi bagi keseluruhan pelajar dan mungkin juga seluruh bandar. Joyce dijangka menjadi pemain violin yang bagus – sebelum dia beralih kepada selo – manakala Jon dulunya ingin menjadi seorang saintis yang tak berapa digalakkan berikutan pekerjaan ini tidak difahami dunia awam.

Pada tahun pertama di kolej, mereka berhenti belajar dan melarikan diri bersama-sama. Mereka mendapatkan pekerjaan di sana sini, mengembara dengan bas merentasi benua, tinggal selama setahun di kawasan pantai Oregon, berdamai secara berjauhan dengan ibu bapa mereka yang sebelum itu membuatkan cahaya seolah-olah hilang di dunia ini. Zaman berkenaan agak lewat untuk mereka tergolong dalam kumpulan hipi, tapi itulah gelaran yang dipanggil oleh ibu bapa masing-masing. Sedangkan mereka tak pernah mengakui berbudaya sebegitu. Mereka tak guna dadah, mereka berpakaian konservatif meskipun agak selekeh, dan Jon memastikannya bercukur manakala rambut Joyce digunting. Mereka meninggalkan pekerjaan sementara bergaji minimum setelah seketika bekerja di situ lalu meminjam wang daripada keluarga mereka yang kecewa demi mereka mampu hidup lebih baik. Jon belajar membuat perabot dan kerja membabitkan kayu, dan Joyce mendapatkan ijazah yang melayakkannya mengajar muzik di sekolah-sekolah. Dia mengajar di Rough River. Mereka beli rumah yang hampir roboh serta hampir tak bernilai lalu memasuki fasa baru dalam kehidupan mereka. Mereka berkebun, berkenalan dengan jiran-jiran – segelintir daripada mereka ini hipi tegar yang giat menjalankan fahaman ini jauh di dalam hutan, membuat kraf berbentuk rantai manik dan minuman herba dalam uncang untuk dijual.

Jiran-jiran sukakan Jon. Dia masih lagi kurus kering dengan mata cerah, egois tapi sedia mendengar nasihat. Dan, ketika itu, kebanyakan orang baru sahaja mengenali komputer yang dia faham dan dia menjelaskan mengenainya dengan sabar. Joyce kurang popular. Kaedah dia mengajar muzik dianggap terlalu formal.

Joyce dan Jon sama-sama memasak dan minum wain buatan sendiri. (Kaedah pembuatan wain Jon amat rumit tapi memuaskan.) Joyce sering bercakap mengenai kekecewaannya dan kisah lucunya. Jon tak suka bercakap banyak – dia lebih menumpukan kepada hal memasak. Tapi, tatkala mereka bersama-sama makan, dia mungkin bagitahu mengenai beberapa pelanggan yang datang, atau mengenai pembantunya, Edie. Mereka akan ketawa mengenai apa yang Edie pernah cakap. Tapi, bukan dalam bentuk merendah-rendahkan – Edie bagaikan haiwan kesayangan, Joyce kadang-kadang fikirkan begitu. Atau, seperti kanak-kanak. Jika dia itu betul-betul kanak-kanak, anak mereka, dan berperangai sebagaimana yang dia lakukan, mereka mungkin terpinga-pinga dan terlalu ambil berat sehingga takkan mengetawakannya.

Kenapa? Dalam bentuk apa? Dia bukan bodoh. Jon kata, dia bukan genius dalam bidang kerja kayu, tapi dia belajar dan ingat apa yang diajar. Dan, perkara yang penting ialah dia tak celopar. Inilah yang Jon paling takut apabila perniagaannya memerlukan seorang pembantu. Suatu program kerajaan telah dilancarkan – dia akan diberi sedikit wang dengan mengajar, manakala sesiapa yang diambilnya pula akan diberi bayaran sara hidup yang mencukupi semasa belajar. Mulanya, dia tak bersedia, tapi Joyce telah berbincang mengenainya. Dia percaya mereka punya tanggung jawab terhadap masyarakat.

Edie mungkin pendiam, tapi apabila dia bercakap, nada suaranya keras

“Saya jauhi dadah dan alkohol” dia beritahu mereka pada interbiu kali pertama. “Saya adalah AA dan saya sedang berhenti minum arak. Golongan kami tak kata kami pulih kerana kami takkan pulih sepenuhnya. Awak takkan boleh selagi hidup. Saya ada anak perempuan berusia sembilan tahun dan dia dilahirkan tanpa ayah jadi saya bertanggung jawab penuh dan yang saya maksudkan adalah membesarkannya dengan sempurna. Saya bercita-cita  ingin belajar tukang kayu supaya saya boleh menyara diri sendiri dan anak saya.” 

Ketika menyampaikan ucapan, dia merenung mereka, seorang demi seorang, melampaui meja makan. Dia seorang perempuan muda yang rendah tapi tegap, tak kelihatan cukup tua atau rosak untuk melenyapkan keinginannya berkerjaya. 

Bahu lebar, remos depan pendek, rambut diikat ekor kuda dengan kejap, tiada kemungkinan tersenyum. 

“Dan satu lagi,” katanya. Dia buka butang dan menanggalkan blaus lengan panjangnya. Dia memakai baju tanpa kolar di dalam. 

Kedua-dua lengan, bahagian atas dadanya, dan – apabila dia berputar ke belakang – bahagian atas belakangnya dihiasi tatu. Kulitnya bagai sehelai pakaian, atau buku komik yang mendedahkan keberahian dan kelembutan, di kelilingi naga-naga, ikan-ikan paus, lidah api yang terlalu rumit atau dahsyat untuk difahami. Perkara pertama yang anda bayangkan ialah sama ada seluruh tubuhnya telah bertukar seperti itu. 

“Amat menakjubkan,” kata Joyce seneutral mungkin. 

“Saya tak tahu betapa ia menakjubkan tapi ia memerlukan belanja besar jika saya yang perlu membayarnya,” kata Edie. “Inilah perbuatan saya di masa dulu. Apa yang saya tunjukkan ini akan ditentang oleh segelintir orang lain. Sebagai contoh saya berasa panas di dalam bengkel dan saya masih terpaksa bekerja dengan memakai baju saya.” 

“Kami tak,” kata Joyce sambil melihat Jon. Jon sekadar mengangkat bahunya. 

Dia soal Edie jika dia mahu secawan kopi. 

“Tak, terima kasih.” Edie memakai bajunya kembali. “Ramai orang AA, mereka bagaikan hidup bergantung kepada kopi. Apa yang saya kata kepada mereka itu, saya kata, kenapa awak semua tukar suatu tabiat buruk kepada suatu tabiat buruk lain?” 

“Luar biasa,” kata Joyce di lain waktu. “Apa-apa pun awak kata dia akan tetap berceramah. Saya tak berani nak tahu mengenai kisahnya melahirkan anak sebagai seorang anak dara.” 

Kata Jon, “Dia bertenaga. Ini yang utama. Saya perhati lengannya.” 

Apabila Jon kata “bertenaga” dia maksudkan makna asal perkataan ini. Dia maksudkan, dia boleh mengangkat sebatang kayu gelegar. 

Ketika Jon bekerja, dia dengar siaran radio CBC. Muzik, juga berita, ulasan-ulasan, pendengar berhubung melalui telefon secara langsung. Dia sekali-sekala menceritakan pandangan-pandangan Edie terhadap apa yang mereka dengar. 

Edie tak percaya teori evolusi. 

(Ada program berbentuk pendengar menelefon dan membangkang apa yang diajar di sekolah.) 

Kenapa tidak? 

“Kerana di negara-negara diceritakan Bible,” kata Jon, kemudiannya dia tukar ke suara Edie yang tegas senada, “di negara-negara diceritakan Bible, mereka ada banyak monyet dan monyet-monyet ini sentiasa bergayutan di pokok-pokok dan dengan ini mereka mendapat idea yang monyet-monyet berayun ke depan ke belakang lalu menjadi manusia.” 

“Tapi mula-mula sekali-” kata Joyce. 

“Tak mengapa. Tak payah cuba. Kau tahu tak peraturan pertama mengenai berbahas dengan Edie? Tak mengapa dan diam sahaja.” 

Edie juga percaya bahawa syarikat-syarikat pengeluar ubat besar tahu cara merawat barah tapi mereka bersekongkol dengan doktor-doktor untuk menyorok maklumat kerana wang yang mereka dan doktor-doktor dapat. 

Ketika “Ode to Joy” dimainkan di radio, Edie desak Jon tutup kerana bunyinya teruk sangat macam upacara pengkebumian. 

Dia juga fikir Jon dan Joyce – sebenarnya Joyce – tak sepatutnya tinggalkan botol-botol wain yang masih berisi, terdedah di atas meja dapur. 

“Itu hal diakah?” tanya Joyce. 

“Nampaknya dia fikir begitu.” 

“Bila dia berpeluang memeriksa meja dapur kita?” 

“Dia melaluinya untuk ke tandas. Dia takkan kencing di dalam belukar.” 

“Saya betul-betul tak faham apa hal-” 

“Dan, kadang-kadang dia masuk dan buat beberapa sandwic untuk kami-” 

“Begitu? Ini dapur saya. Kita.” 

“Nampaknya dia berasa terancam dengan arak. Dia masih agak kurang daya bertahan. Ia suatu perkara yang kau dan saya tak faham.” 

Terancam. Arak. Kurang Daya Bertahan. 

Apakah makna perkataan-perkataan yang Jon guna? 

Joyce sepatutnya faham, dan pada ketika itu, malah Jon sendiri tak dapat mengesan makna. Dia telah jatuh cinta. Rebah. Ini membawa kepada suatu jangkamasa, tergelincir ke bawah. Tapi anda boleh fikir ia memacu ke atas, pada ketika atau saat anda jatuh. Sekarang Jon tak mencintai Edie. Berdetik jam. Sekarang dia cinta. Tak ada cara ia boleh dilihat sebagai mungkin atau tak mustahil melainkan anda fikir mengenai pukulan di antara dua biji mata, musibah secara tiba-tiba. Takdir strok membuatkan seseorang tempang. Suatu jenaka jahat yang menukar mata yang jelas menjadi batu-batu buta. 

Joyce mulai meyakinkan Jon bahawa dia silap faham. Dia punya sedikit sangat pengalaman membabitkan perempuan. Tiada langsung melainkan dia. Mereka sering fikir yang membuat ujikaji dengan ramai pasangan adalah keanak-anakan, perzinaan adalah menserabutkan dan memusnahkan. Kini dia bayangkan, patutkah Jon bermain-main perasaan lagi? 

Dan, dia habiskan bulan-bulan di musim sejuk, terkurung dalam bengkelnya, terdedah kepada kemunculan Edie yang sering yakin. Ia setanding dengan jatuh sakit akibat peredaran udara yang buruk. 

Edie boleh membuatkan dia gila jika dia terus memikirkannya secara serius. 

“Saya dah fikir mengenainya,” katanya. “Mungkin dia pun sudah.” 

Joyce kata perbualan itu suatu kebodohan remaja, membuatkannya terkedu, tidak berdaya. 

“Apa yang kau fikir tentang diri kau, pahlawan kepada seorang raja? Seseorang telah tuang ramuan jampi? 

Kemudiannya, dia meminta maaf. Satu-satunya perkara yang mesti dilakukan, katanya, anggap ia suatu yang berbentuk rancangan bersama. Lembah bayang-bayang. Untuk dilihat suatu hari nanti sebagai sedikit kesilapan dalam perkahwinan mereka. 

“Kita akan menyelesaikannya bersama-sama,” kata Joyce. 

Jon lihat dia dari jauh, dalam kelembutan. 

“Tiada ‘kita,’” katanya. 

Bagaimana mungkin ini terjadi? Joyce bertanya mengenai Jon dan dirinya sendiri dan kemudian mengenai orang lain. Seorang pelatih banyak akal berjalan langkah panjang dengan memakai seluar baggy dan baju bulu biri-biri serta – sehingga musim sejuk berakhir – baju panas tebal membosankan yang dicemari habuk papan. Minda yang tak dapat dielak untuk menjalar dari suatu klise atau kebodohan ke tahap selanjutnya lalu mengisytihar setiap langkah dalam perjalanan berkenaan sebagai undang-undang suatu tempat. Seseorang telah menggerhanakan Joyce dengan kaki panjang dan pinggang ramping dan rambut hitam panjang, bertocang lembut bagai sutera. Kebijaksanaannya dan muziknya dan IQ kedua tertinggi. 

“Saya akan bagitahu awak apa yang saya fikir mengenai hal ini,” kata Joyce. Kemudian nanti, apabila hari-hari siang sudah panjang dan bunga-bunga teratai memenuhi parit-parit. Apabila dia pergi mengajar muzik bergaya dengan kacamata gelap untuk melindungi mata yang bengkak akibat tangis rintihan dan minum arak, dan bukannya memandu pulang selepas kerja tapi ke Willingdon Park di mana dia harap Jon akan datang untuk cari dia di situ, risau dia bunuh diri. (Dia pernah lakukannya, tapi sekali sahaja.) 

“Saya fikir dia begitu kerana dia pernah tinggal di jalanan,” katanya. “Pelacur-pelacur buat tatu kerana alasan perniagaan, dan lelaki-lelaki pula ghairah melihatnya. Saya bukan bermaksud tatu itu – yalah ia berkaitan tentunya kerana mereka ghairah disebabkannya – saya maksudkan hal sebenar mengenai menjual diri. Semua yang sedia ada serta pengalaman. Dan sekarang diperbaharui. Ia adalah Mary Magdalene bagi awak, itulah apa yang sebenar. Dan dia itu bayi di segi seksual, semua ini mengganggu awak.” 

Dia punya rakan-rakan sekarang untuk dia bercakap sebegini. Semua orang ada sejarah pahit. Beberapa daripadanya yang dia pernah kenal sebelum ini, tapi bukan sebagaimana yang dia kenal sekarang. Mereka mengadu masalah dan minum arak dan ketawa sehingga mereka menangis. Mereka kata mereka tak percaya lelaki-lelaki. Apa yang mereka lakukan. Ianya sangat menyakitkan hati dan bodoh. Awak tak percaya yang berlaku. 

Kerana itulah maka ini adalah kebenaran. 

Sewaktu berbincang, Joyce berasa tenang. Amat tenang. Dia kata yang dia memang menghayati detik-detik di mana dia berasa terhutang budi kepada Jon kerana dia berasa lebih hidup sekarang berbanding sebelumnya. Ia adalah sesuatu yang dahsyat tapi bagus. Suatu permulaan. Kebenaran sebenar. Kehidupan sebenar. 

Tapi, apabila dia bangkit pukul tiga atau empat pagi, dia tertanya-tanya di mana dia berada. Bukan di rumah mereka lagi. Edie berada dalam rumah sekarang. Edie dengan anaknya serta Jon. Ini adalah suatu kelainan yang Joyce sendiri gemari, memikirkan ia bakal menyedarkan Jon. Dia pindah ke sebuah pangsapuri di bandar. Ia milik seorang guru yang sedang cuti sabatikal. Dia bangkit tengah malam dengan getaran lampu-lampu papan tanda restoran di sebalik jalan memancar ke tingkap, menyinari beberapa barangan asal Mexico yang dimiliki guru berkenaan. Pokok-pokok kaktus dalam pasu-pasu bunga, mata kucing yang berjuntaian, selimut-selimut dengan warna jalur darah kering. Semua rasa mabuk yang dirasakan, semua keseronokan, terluah keluar daripada dirinya bagai muntah. Sebaliknya, dia tak mengalami sakit kepala selepas minum arak. Dia boleh minum bertasik-tasik alkohol, kelihatannya, dan bangkit tidur tanpa perasaan, kering bagai kadbod, rata. 

Kehidupannya hanyut. Suatu kemusnahan biasa. 

Yang benar ialah dia tetap mabuk meskipun sentiasa memikirkan masih hidup. Dia dalam bahaya jika dia masuk kereta lalu memandu pulang ke rumahnya. Bukan pandu masuk parit kerana cara pemanduannya di kala itu amat perlahan dan tenang, tapi apabila dia parkir di laman dekat tingkap-tingkap gelap dan berteriak kepada Jon yang mereka perlu hentikan semua ini. 

Hentikan ini. Ia tak betul. Bagitahu dia supaya pergi. 

Ingat bukan kita tidur di tengah padang, bangkit dan lembu-lembu sedang meragut rumput di sekeliling kita dan kita tak tahu yang binatang-binatang itu telah berada di situ malam sebelumnya. Ingat yang kita mencuci di anak sungai berair sejuk. Kita kutip cendawan di Pulau Vancouver dan naik kapal terbang kembali ke Ontario lalu jual untuk belanja perjalanan melawat mak awak yang sakit yang kita fikir beliau sudah hampir meninggal dunia. Dan kita kata, betapa lawaknya, kita bukannya penagih dadah, kita pulang sebentar melawatnya sebagai anak yang berbakti kepada orang tua. 

Matahari muncul dan warna-warna Mexico mulai memancar dan mengganggu penglihatannya, dan setelah seketika, dia bangkit mencuci diri dan sapu bedak ke pipi lalu minum kopi yang dia buat pekat bagai selut lantas pakai pakaian baru. Dia baru sahaja beli baju kain lembut dan skirt yang berkibar-kibar dan subang yang dihiasi bulu burung warna pelangi. Dia keluar untuk mengajar muzik di sekolah, kelihatan bagai seorang penari Gipsi atau pelayan bar. Dia ketawa apabila lihat apa sahaja dan memikat sesiapa sahaja. Dengan lelaki yang masakkannya sarapan pagi di kedai makan di tingkat bawah dan remaja lelaki yang mengisi minyak kereta dan kerani yang menjual stem di pejabat pos. Dia bertanggapan bahawa Jon akan mendapat khabar betapa dia cantik, seksi dan gembira, bagaimana dia dengan mudah menarik minat semua lelaki. Sebaik sahaja dia keluar pangsapuri, dia bagai di atas pentas, dan Jon seorang yang penting atau pihak kedua sebagai pemerhati. Walau Jon tak pernah minat dengan gaya menunjuk-nunjuk atau perangai memikat, tak pernah pun fikir hal itu membuatkannya kelihatan menarik. Ketika mereka berpergian, mereka sering memakai pakaian yang biasa-biasa. Sarung kaki tebal, seluar jeans, baju gelap, jaket kalis angin. 

Suatu perubahan. 

Malah dengan kanak-kanak paling kecil atau paling tak berminat yang dia ajar, dia bersuara membelai, penuh ketawa nakal, galakannya amat hebat. Dia ketika itu menyediakan anak muridnya untuk buat persembahan hujung tahun. Sebelum itu, dia tak begitu ghairah pun sewaktu mengendalikan persembahan terbuka yang dianjurkan pada waktu awal malam – dia berasa ia mengganggu progres pelajar-pelajar yang mempunyai kebolehan, ia didorong untuk berada dalam situasi yang mereka belum bersedia. Semua usaha dan tekanan akan hanya mencipta nilai-nilai palsu. Tapi, tahun ini dia telah mencampakkan dirinya untuk mencampuri semua aspek persembahan. Program yang disediakan, pencahayaan, pendahuluan-pendahuluan, dan sudah tentu persembahan-persembahan. Ini sepatutnya menyeronokkan, dia mengisytiharkan. Untuk pelajar-pelajar, untuk penonton-penonton. Sudah tentu dia mengharapkan Jon berada di situ. Anak Edie adalah salah seorang yang membuat persembahan, oleh itu Edie mesti berada di situ. Jon perlu menemani Edie. 

Jon dan Edie muncul pertama kali sebagai pasangan di bandar. 

Pengisytiharan mereka. Mereka tak boleh elak. Sesuatu yang ditukar tak pernah dengar dilakukan pihak tertentu, khususnya di kalangan penduduk yang tinggal di bahagian selatan bandar. Tapi bagi mereka bukan suatu perkara biasa. Fakta bahawa penyusunan semula bukan suatu skandal bukan bermakna mereka tidak mendapat perhatian. Wujud suatu tempoh sesuatu menjadi penting sebelum sesuatu itu menjadi tenang dan penduduk selesa dengan gabungan baru. Setelah mereka berjaya lakukan, maka gabungan teman baru akan kelihatan berbual mesra, atau sekurang-kurangnya mengucapkan helo kepada orang yang disingkir di kedai runcit. 

Tapi, ini bukan watak yang Joyce lihat dia lakonkan, ditonton Jon dan Edie – mungkin ditonton Jon – pada malam persembahan muzik berkenaan. 

Apa yang dia telah lihat? Tuhan yang tahu. Dia tidak dalam keadaan waras, berfikir untuk terlalu menambat hati Jon sehingga dia kembali sedar apabila dia muncul untuk menerima tepukan gemuruh penonton-penonton di penghujung persembahan. Dia tak fikir hatinya akan remuk kerana kebodohan, apabila dia lihat Joyce gembira dan bergaya menarik dan berjati diri dan bukannya kecewa dan bagaikan hendak bunuh diri. Tapi, sesuatu yang hampir sama dengan hal ini – sesuatu yang Joyce boleh jelaskan tapi dia tak mampu henti berharap. 

Ia adalah acara muzik paling hebat pernah dipersembahkan. Setiap orang kata begitu. Mereka kata ia lebih bersemangat. Lebih membuai kenangan, lebih kesungguhan. Pakaian kanak-kanak harmoni dengan muzik yang mereka persembahkan. Wajah mereka dihias supaya mereka tak kelihatan takut atau seperti dikorbankan. 

Joyce muncul setelah persembahan tamat dengan mengenakan skirt panjang sutera hitam yang bersinar warna perak ketika dia bergerak. Begitu juga gelang-gelang dan rambut terurai berkilauan. Kedengaran siulan mengiringi tepukan. 

Jon dan Edie tiada sebagai penonton. 

II 

Joyce dan Matt menganjurkan parti di rumah mereka di Vancouver.  

Ia adalah untuk meraikan hari lahir Matt yang ke-65. Matt adalah seorang ahli psikologi saraf yang juga seorang pemain violin amatur. Begitulah dia bertemu Joyce, kini seorang pemain selo profesional dan isteri ketiganya. “Lihat semua penduduk di sini,” Joyce sering kata berulang kali. “Ia adalah suatu cerita kehidupan yang positif.” 

Dia seorang perempuan kurus yang menyeronokan untuk didekati, dengan rambut tebal berwarna kelabu bagai piuter dan sedikit bongkok yang mungkin berpunca daripada membelai peralatan muziknya yang besar, atau sekadar kerana tabiatnya sebagai pendengar kata dan juga seorang yang becok. 

Ada rakan-rakan Matt, sudah tentu, dari kolej, mereka yang dia anggap sebagai kawan-kawan rapatnya. Dia seorang lelaki yang murah hati tapi suka berterus terang dan hal ini menjadi alasan bukan semua rakan-rakan berada dalam kategori ini. Isteri pertamanya, Sally, ditemani oleh pengasuhnya. Otak Sally rosak kerana dia terbabit dalam suatu kemalangan kereta ketika berusia 29 tahun, dan oleh itu besar kemungkinan dia kenal siapa Matt, atau tiga anak lelakinya yang sudah besar, atau ini adalah rumah yang pernah dia tinggal sebagai seorang isteri muda. Tapi, kelakuan mesranya masih kekal, dan dia gembira menemui orang ramai, walaupun dia pernah bertemu dengan mereka berkenaan 15 minit sebelumnya. Pengasuhnya adalah seorang perempuan kecil Scotland yang sentiasa rapi, yang kerap memberi penjelasan yang dia tidak biasa dengan parti besar yang bising dengan ramai tetamu seperti ini dan dia tak minum arak sewaktu bertugas. 

Isteri kedua Matt, Doris, tinggal bersamanya tak sampai setahun walaupun dia berkahwin dengannya selama tiga tahun. Dia di sini dengan seorang teman yang amat lebih muda, Louise bersama-sama anak perempuan mereka, yang dilahirkan Louise beberapa bulan lalu. Doris kekal sebagai kawan Matt dan lebih-lebih lagi anak lelaki bongsu Sally, Tommy yang masih kecil untuk dijaganya semasa dia berkahwin dengan bapanya. Dua orang anak lelaki lebih tua Matt hadir bersama-sama anak-anak dan ibu-ibu mereka walaupun seorang daripada mak berkenaan sudah tiada ikatan perkahwinan dengan bapa terbabit. Dia datang bersama-sama teman perempuannya sekarang dengan seorang anak yang bergaduh dengan salah seorang kanak-kanak yang seketurunan dengannya kerana berebut main buaian. 

Tommy buat pertama kali membawa kekasih lelakinya bernama Jay yang tak bercakap sepatah perkataan pun. Tommy bagitahu Joyce yang Jay tidak pernah hidup berkeluarga. 

“Saya bersedih kerananya,” kata Joyce. “Sebenarnya, ada masa-masa yang saya begitu juga.” Joyce ketawa – dia tak boleh henti ketawa sewaktu dia jelas status rasmi dan ahli-ahli keluarga terpencil yang Matt anggap sebagai suatu suku. Dia sendiri tiada anak bersama suami dulunya, Jon yang kini tinggal di kawasan pesisir bandar kilang dan menempuh hari-hari yang penuh masalah. Joyce jemput dia datang ke parti tapi dia tak boleh datang. Cucu isteri ketiganya dibaptiskan pada hari itu. Sudah tentu, Joyce jemput isteri sekali – namanya Charlene dan dia mengendalikan sebuah kedai roti. Dia telah menulis nota cantik berkenaan pembaptisan, sehingga membuatkan Joyce berkata kepada Matt bahawa dia tak percaya Jon berkemungkinan memiliki agama. 

“Saya memang berharap mereka boleh datang,” katanya sewaktu menjelaskannya kepada jiran-jiran. (Jiran-jiran telah dijemput, oleh itu mereka takkan merungut mengenai masalah bising.) “Jadi saya dapat kongsi pandangan mengenai komplikasi-komplikasi. Terdapat seorang isteri kedua, tapi saya tiada idea mengenai apa yang dia hadapi dan saya juga tak percaya dia punya idea.” Ada banyak makanan yang telah disediakan Matt dan Joyce dan yang dibawa orang lain, dan banyak wain dan air campuran jus buah-buahan untuk kanak-kanak dan yang mengandungi arak yang dibancuh Matt untuk majlis ini – demi menghargai kecemerlangan masa lampau, katanya, di mana orang-orang benar-benar tahu cara minum arak. Dia bagitahu dia mungkin guna tong sampah yang sudah dibersihkan seperti cara mereka bancuh di masa lalu tapi di zaman sekarang setiap orang akan terlalu jijik untuk minum. Bagaimanapun, kebanyakan orang dewasa yang lebih muda tak menghiraukan minuman ini. 

Kawasan tanah luas. Ada kroket jika ada yang mahu main dan buaian zaman kanak-kanak Matt yang menjadi rebutan, yang dia ambil dari garaj. Kebanyakan kanak-kanak hanya pernah melihat buaian yang biasa ditemukan di taman serta yang diperbuat daripada pelastik yang diletak di kawasan belakang rumah. Matt pastinya seorang daripada penduduk terakhir di Vancouver yang masih menyimpan buaian zaman kanak-kanak yang sedia untuk digunakan dan dia masih tinggal di rumah yang didiaminya sejak kecil, rumah di Jalan Windsor di cerun Gunung Grouse yang dulunya adalah kawasan pinggir hutan. Sekarang, banyak rumah dibina di kawasan lebih tinggi, kebanyakannya jenis mahligai dengan garaj-garaj besar. Tak lama lagi, rumahnya akan dijual, kata Matt. Cukainya dahsyat. Ia perlu dilepaskan, manakala beberapa objek buruk akan menggantikannya. 

Joyce tak mampu memikirkan mengenai hidupnya bersama Matt di tempat lain. Banyak sangat hal yang berlaku di sini. Penduduk datang dan pergi meninggalkan benda-benda dan kutip kembali kemudiannya (termasuk anak-anak). Matt menyertai kuartet muzik bertali pada tengahari Ahad, mesyuarat Unitarian Fellowship di ruang tamu pada petang Ahad, strategi Green Party dirancang di dapur. Kumpulan membaca dan drama beraksi dengan emosi di depan rumah sedangkan seseorang meluahkan realiti sebenar berbentuk drama juga di dapur (Kehadiran Joyce diperlukan dalam kedua-dua lokasi). Matt dan beberapa rakan fakultinya mengatur strategi di bilik membaca dengan pintu tertutup. 

Dia sering nyatakan bahawa dia dan Matt jarang-jarang hanya berdua kecuali di katil. 

“Dan kemudiannya dia baca sesuatu yang penting.” 

Manakala dia baca sesuatu yang tak penting. 

Tak kisahlah. Ada juga banyak kemesraan dan selera yang dia punya yang Joyce mungkin perlukan. Malah di kolej di mana dia terbabit dengan pelajar-pelajar sarjana, rakan-rakan usaha sama, musuh-musuh yang mungkin muncul, dan para pencacai yang dia berkemampuan sedikit sahaja untuk mempergunakan mereka itu. Semuanya sehingga ini kelihatan bagi Joyce sebagai selesa. Dan mungkin masih begitu jika dia punya masa untuk melihat secara dari luar. Dia mungkin cemburu kepada dirinya sendiri jika dilihat dari luar. Orang-orang lain mungkin mencemburuinya atau sekurang-kurangnya kagum kepadanya berikutan dia amat sepadan dengan Matt dalam bentuk rakan-rakannya dan tangungjawab-tanggungjawab dan aktiviti-aktiviti dan sudah tentu karier Joyce juga. Anda takkan lihat dirinya sekarang dan fikir bahawa tatkala dia mula-mula datang ke Vancouver dia begitu keseorangan dan dia bersetuju untuk keluar berpacaran dengan seorang remaja lelaki sedekad lebih muda yang bekerja di kedai dobi yang mencuci pakaian guna bahan kimia tanpa air. Dan kemudiannya remaja berkenaan mengabaikannya.   

Sekarang dia sedang melintasi laman rumput dengan selendang di atas lengan ke arah Puan Fowler iaitu emak kepada Doris, isteri kedua dan lambat bertukar menjadi lesbian. Puan Fowler tak boleh duduk di bawah pancaran cahaya matahari, tapi dia menggeletar jika berada di kawasan teduh. Dan, di tangan yang satu lagi dia membawa segelas air limau nipis baru dibancuh untuk Puan Gowan, seorang teman kepada perempuan yang sedang bertugas menjaga Sally. Puan Gowan dapati air bancuhan jus buah-buahan untuk kanak-kanak terlampau manis. Dia tak benarkan Sally minum apa-apa pun – dia mungkin tumpahkan ke pakaiannya yang cantik atau renjis kepada sesiapa untuk bergurau. Sally kelihatan tak kisah dengan kekurangan itu. 

Dalam perjalanan melintasi laman, Joyce mengelak dari menghampiri sekumpulan orang muda yang duduk dalam bulatan, Tommy bersama rakan barunya dan kawan-kawan lain yang dia sering lihat di rumahnya dan yang lain-lain yang dia tak rasa dia pernah lihat langsung. 

Dia dengar Tommy berkata, “Tak, saya buka Isadora Duncan.” 

Mereka semua ketawa. 

Dia faham yang mereka sedang bermain permainan yang sukar dan mengaitkan watak sombong yang popular beberapa tahun lalu. Apa namanya? Dia fikir namanya bermula dengan huruf B. Dia mungkin fikir mereka terlalu anti elit di zaman sekarang untuk memainkannya di masa lapang. Buxtehude. Dia kata dengan kuat. 

“Awak main Buxtehude.” 

“Awak terus teka B,” kata Tommy sambil ketawakannya supaya mereka yang lain berjangkit ketawa. 

“Lihat,” katanya. “Mak tiri saya, dia bukan bodoh. Tapi dia seorang ahli muzik. Bukankah Buxtahoody ahli muzik?” 

“Buxtehude berjalan kaki 50 batu untuk mendengar Bach main organ,” kata Joyce dengan gaya sedikit marah. “Ya. Seorang ahli muzik.” 

Tommy berkata, “Panas sungguh.” 

Seorang perempuan di dalam bulatan itu bangkit lalu Tommy panggil dia. 

“Hoi! Christie. Christie. Awak tak main lagikah?” 

“Nanti saya kembali semula. Saya nak bersembunyi dalam semak dengan rokok saya yang kotor ini.” 

Perempuan itu mengenakan pakaian pendek berjumbai yang anda fikir mengenai sehelai pakaian dalam atau baju tidur, dan sehelai jaket hitam mendedahkan leher. Rambut nipis pucat, muka juga pucat dan suka alih pandangan, kening yang tak kelihatan. Segera Joyce tak suka dia. Jenis perempuan, dia fikir, yang misi dalam kehidupannya ialah untuk membuatkan orang lain tak selesa. Mengikut orang – Joyce fikir dia pastinya mengikut seseorang – ke parti anjuran pemilik rumah yang dia tak kenal tapi berasa berhak untuk dia benci. Kerana cara mereka ambil mudah (tak mendalam) untuk beri keselesaan dan layanan borjuis mereka. (Adakah perkataan “borjuis” masih dipakai lagi?) 

Ia bukannya seseorang tetamu tak boleh merokok di mana-mana yang dia mahu. Tiada papan tanda-papan tanda cerewet di mana-mana walaupun di dalam rumah. Joyce berasa keceriaan pada dirinya sudah lenyap. 

“Tommy,” dia berkata secara tiba-tiba. “Tommy, boleh tak awak beri selendang ini kepada Nenek Fowler? Kelihatan dia kesejukan. Dan air limau nipis untuk Puan Gowan. Awak tahu. Orang yang bersama mak awak.” 

Tidak merbahaya untuk mengingatkannya mengenai hubungan dan tanggung jawab. 

Tommy bergerak pantas dan anggun. 

“Botticelli,” katanya sambil mengambil selendang dan gelas daripadanya. 

“Saya minta maaf. Saya tak bermaksud mengganggu permainan awak.” 

“Kami bukannya pandai main pun,” kata seorang remaja lelaki yang Joyce kenal. Justin. 

“Kami tak sepandai seperti mana generasi awak dulu.” 

“Ungkapan dulu tu betul,” kata Joyce. Terpinga-pinga, sebentar, tak tahu apa yang perlu dibuat atau ke mana nak pergi selepas itu. 

Mereka membasuh pinggan mangkuk di dapur. Joyce dan Tommy dan rakan barunya, Jay. Parti sudah selesai. Tetamu-tetamu berpisah dengan peluk cium serta perasaan hiba, segelintir membawa pulang pinggan-pinggan berisi makanan kerana tiada lagi ruang untuk diisi ke dalam peti sejuk. Salad layu dan tart berkrim dan telur rebus disapu mayones dan mustard dibuang. 

Hanya sedikit telur-telur rebus itu dimakan pun. Ketinggalan zaman. 

Terlalu banyak kolesterol. 

“Malang sekali, banyak kerja pula. Mereka mungkin mengingatkan jamuan lewat malam di gereja,” kata Joyce sambil membuang sepinggan penuh sisa makanan ke dalam bekas sampah. 

“Nenek saya pernah melakukannya,” kata Jay. Inilah kata-kata pertama dia lontarkan kepada Joyce dan Joyce lihat Tommy menghargai ucapannya. Joyce sendiri berasa dihargai meskipun dia diletak dalam kategori yang sama dengan nenek lelaki itu. 

“Kami makan banyak juga dan sedap,” kata Tommy. Dia dan Jay membuat kerja sekurang-kurangnya setengah jam di sampingnya, mengumpul gelas-gelas dan piring-piring juga sudu, pisau dan garfu yang bertaburan di laman dan beranda dan di sekitar rumah termasuk di tempat-tempat pelik seperti pasu bunga dan di bawah kusyen sofa. 

Budak-budak lelaki itu – dia anggap mereka sebagai budak-budak – telah menyusun pinggan mangkuk dalam mesin pembasuh lebih mahir berbanding kemampuan dia yang keletihan, dan sediakan air panas bersabun dan air sejuk bagi bilas dalam sinki untuk mencuci gelas-gelas. 

“Kita boleh tinggalkannya untuk dibasuh nanti dengan mesin pembasuh,” kata Joyce tapi Tommy menafikannya. 

“Awak takkan fikir untuk letak dalam mesin pembasuh jika awak tak berkecamuk dengan segala perkara yang awak perlu lakukan hari ini.” Jay mencuci dan Joyce keringkan manakala Tommy letakkannya ke samping. Dia masih ingat di mana benda-benda perlu disimpan di rumah ini. Di luar, di anjung, Matt sedang berbincang hal berat dengan seorang dari jabatannya. Kelihatan dia tak begitu mabuk kerana tiada petunjuk sewaktu pelukan demi pelukan serta ucapan-ucapan selamat malam sebentar tadi. “Besar kemungkinan saya tidak berfikiran betul sekarang,” kata Joyce. “Saat ini, perasaan di dalam diri saya ingin membuang semua benda ini dan beli jenis pelastik.” 

“Sindrom selepas parti,” kata Tommy. “Kami tahu semua hal mengenainya.” 

“Siapa perempuan berpakaian hitam?” kata Joyce. “Yang berhenti main tadi?” 

“Christie? Awak tentu maksudkan Christie. Christie O’Dell. Dia isteri Justin tapi perempuan berkenaan memakai nama sendiri. Awak kenal Justin.” 

“Dah tentu saya kenal Justin. Saya hanya tak tahu dia dah berkahwin.” 

“Ah, mereka semua dah besar,” kata Tommy, mengusik. 

“Justin dah 30 tahun,” dia tambah. “Perempuan tu mungkin lebih tua.” 

Jay kata, “Pasti lebih tua.” 

“Dia kelihatan menarik,” kata Joyce. “Siapa sebenarnya dia?” 

“Dia penulis. Dia okey.” 

Jay, bongkok ke arah sinki, menghasilkan bunyi yang Joyce tak boleh tafsir. 

“Condong kepada bersifat mengasingkan diri,” kata Tommy. Dia berkata kepada Jay. 

“Saya betulkah? Adakah awak berdua kata ya?” 

“Perempuan tu fikir dia hebat,” kata Jay dengan tegas. 

“Dia baru sahaja menerbitkan buku pertamanya,” kata Tommy. 

“Saya lupa apa tajuknya. Seperti bagaimana nak buat. Saya tak fikir ia tajuk yang bagus. Awak terbitkan buku pertama, saya jangka awak hebat buat seketika.” 

Melintasi sebuah kedai buku di Lonsdale beberapa hari kemudian, Joyce nampak muka perempuan itu pada sekeping poster. Dan di situ tertulis namanya, Christie O’Dell. Dia memakai topi hitam dan jaket kecil berwarna hitam yang dia pakai semasa parti. Disesuaikan dengan bahagian leher yang amat terdedah. 

Walaupun secara praktikal dia tiada sebab untuk menunjuk-nunjuk, dia renung tepat ke kamera dengan wajah murung, terluka, mempertikai sesuatu dari jauh. 

Di mana Joyce melihatnya dulu? Semasa parti, sudah tentu. 

Tapi, sebelum itu, di tengah-tengah fikirannya yang mungkin tak suka, dia berasa dia pernah lihat wajah itu. 

Seorang pelajar? Dia punya ramai sangat pelajar sewaktu dia mengajar dulu. 

Dia masuk ke kedai buku dan beli bukunya. 

How Are We to Live. Tanpa tanda soal. Perempuan yang menjual berkata, “Awak tahu, jika awak bawa kembali tengahari Jumaat di antara jam 2 dan 4 petang, penulisnya akan berada di sini untuk tandatangan. 

“Jangan tanggalkan pelekat emas kerana ia tanda awak beli di sini.” 

Joyce tak faham mengenai urusan beratur untuk melihat penulis dan pulang dengan nama seorang yang tak dikenali tertulis di dalam buku. Lalu dia berungut dengan sopan, memberi isyarat ya tidak tak pun tidak. 

Dia tak tahu pun sama ada dia akan baca buku itu. Dia dah punya beberapa biografi yang bagus untuk dibaca sekarang yang dia pasti lebih sesuai dengan citarasanya berbanding buku yang ini. 

How Are We to Live adalah suatu koleksi cerpen, bukan novel. Ini sudah mendukacitakannya. Ia kelihatan merendahkan kekuatan buku ini, membuatkan penulisnya seolah-olah seorang yang bergayut di gerbang Kesusasteraan, bukannya sudah selamat berada di dalam. 

Begitupun, Joyce membawa buku itu ke katil malam itu lalu membuka ke bahagian isi kandungan. Kira-kira separuh jarak menuju ke bawah senarai, suatu tajuk menarik minatnya. 

Kindertotenlieder.” 

Mahler. Wilayah dikenali. Tenteramkan diri, dia buka ke muka surat berkenaan. Seseorang, penulis sendiri, mempunyai rasa untuk menyediakan terjemahan. 

“Lagu-lagu Mengenai Kematian Kanak-kanak.”  

Di sisinya, Matt mendengus. 

Dia tahu dia tak menyukai sesuatu yang dia sendiri baca dan ingin Joyce tanya apa bendanya. Oleh itu, dia tanya. 

“Kristus. Si dungu.” 

Dia letak How Are We to Live muka ke bawah di atas dadanya, menghasilkan bunyi untuk menunjukkan yang dia sedang mendengar kata-katanya. 

Di kulit belakang buku itu terdapat foto penulis yang sama, tanpa topi kali ini. Masih tak senyum, dan merajuk, tapi sedikit kurang berlagak. Sewaktu Matt bercakap, Joyce alih lututnya supaya dia boleh letak buku di situ lalu baca beberapa ayat biografi di bahagian kulit. 

Christie O’Dell dibesarkan di Rough River, sebuah bandar kecil di pesisir British Columbia. Beliau lulusan Program Penulisan Kreatif UBC. Menetap di Vancouver, British Columbia, bersama suami, Justin dan kucingnya, Tiberius. Setelah dia menerangkan kepadanya mengenai apa bentuk kebodohan dalam buku yang dia baca, Matt alih matanya dari bukunya untuk melihat buku yang Joyce baca lantas berkata, “Perempuan ini datang ke parti kita.” 

“Ya. Namanya Christie O’Dell. Dia isteri Justin.” 

“Dia dah tulis buku? Apa jenisnya?” 

“Fiksyen.” 

“Oh.” 

Dia sambung membaca tapi sebentar kemudian menyoal dengan gambaran penyesalan, “Bagus tak?” 

“Saya belum tahu lagi.” 

“Dia tinggal dengan maknya,” dia baca,“di sebuah rumah terletak di antara kawasan perbukitan dan laut—” 

Sebaik sahaja dia baca perkataan-perkataan itu, Joyce berasa amat tidak selesa untuk terus membaca. Atau meneruskan pembacaan dengan suaminya berada di sisi. Dia tutup buku itu lalu berkata, “Saya fikir nak ke bawah sekejap.” 

“Adakah lampu ini mengganggu awak? Saya dah nak tutup.” 

“Tak. Saya fikir saya nak minum sedikit teh.  Saya naik sebentar nanti.” 

“Saya mungkin dah tidur.” 

“Kalau begitu selamat malam.” 

“Selamat malam.” 

Dia cium suaminya lalu membawa buku itu bersama-samanya. 

Dia tinggal bersama ibunya di sebuah rumah di antara kawasan perbukitan dan laut. Sebelum itu, dia tinggal bersama dengan Puan Noland yang mengambil anak-anak angkat. Jumlah kanak-kanak di rumah Puan Noland berbeza-beza tapi sering sahaja terlalu ramai. Yang kecil tidur atas katil di tengah-tengah bilik manakala yang lebih besar tidur dalam katil bayi, yang mempunyai penghalang di bahagian depan, belakang dan kedua-dua sisi, yang terletak di kiri dan kanan katil bayi kecil bagi mengelak bayi kecil berkenaan terjatuh ke lantai. Bunyi loceng menggerakkan mereka semua di waktu pagi. Puan Noland berdiri di muka pintu sambil menggoncang loceng. Apabila dia bunyikan loceng sekali lagi, semuanya sepatutnya sudah kencing dan menyucikan badan dan memakai pakaian serta sedia untuk menikmati sarapan. Yang besar sepatutnya membantu yang kecil mengemas katil. Kadang-kadang, kanak-kanak kecil di tengah-tengah membasahkan katil kerana susah bagi mereka untuk merangkak melepasi kanak-kanak yang lebih besar. Segelintir yang besar akan menceritakan perlakuan buruk itu kepada orang lain tapi segelintir yang besar yang lain lebih lembut lalu menarik cadar dan biarkan ia kering dan kadang-kadang apabila mereka kembali naik katil malam berikutnya ia belum betul-betul kering. Itulah yang paling diingatinya mengenai Puan Noland. 

Kemudiannya, dia tinggal bersama maknya dan setiap malam maknya akan membawanya ke mesyuarat AA. Dia terpaksa membawanya kerana tiada sesiapa untuk menjaganya di rumah. Di AA, ada sebuah kotak Legos untuk kanak-kanak tapi dia tak minat sangat Legos. Setelah dia belajar violin di sekolah, maknya turut bawa violin anaknya ke AA. Dia tak boleh main di situ, tapi dia bersama-samanya setiap masa kerana ia milik sekolah. Jika orang-orang di situ bercakap kuat amat, dia akan berlatih secara sedikit perlahan. 

Kelas violin disediakan di sekolah. Jika tak suka main suatu alat muzik, awak boleh sahaja main segitiga tapi cikgu lebih suka awak pilih sesuatu alat muzik yang lebih sukar untuk dimainkan. Cikgu perempuan itu tinggi dengan rambut coklat bertocang panjang melepasi ke belakangnya. Bau berbeza dengan cikgu-cikgu lain. Ramai cikgu memakai pewangi tapi dia tak pernah. Baunya seperti kayu atau dapur atau pokok-pokok. Tak lama kemudian, kanak-kanak itu percaya bau itu ialah kayu sedar hancur. Setelah mak kanak-kanak itu bekerja dengan suami cikgu itu, dia tetap berbau sama seperti sebelumnya tapi tak begitu serupa. Perbezaan yang kelihatan ialah maknya berbau kayu, tapi cikgunya berbau kayu di dalam muzik. 

Kanak-kanak perempuan itu tak begitu berbakat, tapi dia berusaha keras. Dia tak buat begitu kerana dia cintakan muzik. Dia buat begitu kerana sayangkan cikgunya, bukan sebab lain. 

Joyce letak buku itu ke atas meja makan dan lihat kembali gambar penulisnya. Adakah rupa Edie di wajahnya? Tiada. Tiada dalam bentuk atau ekspresi muka. 

Dia bangkit lalu mencapai brandi, tuang sedikit ke dalam teh. Dia menyelongkar mindanya untuk mencari nama anak Edie. Pasti bukan Christie. Dia tak ingat bila Edie bawa kanak-kanak itu ke rumahnya. Di sekolah, ada beberapa kanak-kanak belajar violin. 

Kanak-kanak berkenaan tak mungkin secara keseluruhan tiada kemahiran, atau Joyce akan mendorongnya untuk memilih alat muzik yang kurang sukar daripada violin. Tapi, dia tak mungkin berbakat semula jadi – dia sehingga itu kelihatan menyatakan dia bukan berbakat semula jadi – atau namanya mungkin akan tersangkut. Muka kosong. Gumpalan seorang perempuan kebudak-budakan. Sesuatu yang Joyce kenal muka perempuan ini, dia seorang wanita, sudah dewasa. 

Tak bolehkah dia datang ke rumah jika Edie membantu Jon pada hari Sabtu? Atau pada hari-hari apabila Edie sekadar jengok sebagai seorang pelawat, bukan untuk kerja tapi untuk lihat bagaimana tahap kemajuan, hulurkan bantuan hanya jika diperlukan. Lihat apa sahaja yang dilakukan Jon dan cuba mengorek cerita mengenai apa yang diperbualkan Jon bersama Joyce pada hari sebelumnya semasa dia bercuti. 

Christine. Sudah tentu. Ini dia sebenarnya. Terjemah secara mudah sebagai Christie. 

Christine mungkin suatu yang dirahsiakan dalam hubungan berkenaan, Jon pasti pernah singgah ke pangsapuri, seperti mana Edie menjengok ke rumah. Edie mungkin mengasingkan kanak-kanak itu. 

Bagaimana awak suka Jon? 

Bagaimana awak suka rumah Jon? 

Bukankah bagus pergi tinggal di rumah Jon? 

Mak dan Jon sangat suka sesama mereka dan apabila manusia suka sesama sendiri terlalu sangat mereka hendak tinggal di rumah yang sama. Cikgu muzik awak dan Jon tak suka sesama sendiri sehebat mak dan Jon dan oleh itu awak dan mak dan Jon akan tinggal di rumah Jon dan cikgu muzik awak keluar dan tinggal di sebuah pangsapuri.

Ini semua salah, Edie takkan mempunyai idea mengarut, beri dia pengiktirafan. 

Joyce fikir dia tahu peralihan cerita yang akan berlaku. Perasaan kanak-kanak itu bercampur baur akibat perlakuan dan khayalan orang-orang dewasa, dalam arah-arah atau tempat-tempat berlainan dan dalam cara tak teratur. Tapi apabila dia ambil balik buku itu dia dapati pertukaran tempat tinggal tak dinyatakan. 

Semuanya berkaitan sayang kanak-kanak itu kepada cikgunya. 

Khamis, hari belajar muzik, adalah hari penting sepanjang minggu, gembira atau tak gembira bergantung kepada kejayaan atau kegagalan persembahan kanak-kanak itu, dan cikgunya sedar mengenai persembahan berkenaan. Kedua-duanya tak tertanggung. Suara cikgu mampu dikawal, baik, berjenaka untuk menutupi kepenatan dan kekecewaan. Kanak-kanak itu kesedihan. Atau, cikgunya yang tiba-tiba riang dan gembira.   

“Baik untuk awak. Baik untuk awak. Hari ini awak telah betul-betul capai gred ditetapkan.” Dan, kanak-kanak itu amat gembira sehingga dia mengalami kesakitan di dalam perut.   

Kemudiannya, suatu hari Khamis lain, kanak-kanak itu terjatuh di taman permainan sehingga calar lutut. Cikgu berkenaan cuci luka terbabit dengan kain basah suam, memperlakukannya dengan suaranya yang tiba-tiba lembut, dia menghampiri mangkuk Smarties yang dia guna sebagai cara memberi galakan kepada kanak-kanak paling kecil.   

“Yang mana awak paling suka?” 

Kanak-kanak itu tertawan lalu berkata, “Mana-mana sahaja.” 

Adakah ini permulaan kepada suatu perubahan? Adakah ini disebabkan oleh musim bunga, waktu bersedia untuk membuat persembahan muzik? 

Kanak-kanak itu berasa dia diketepikan. Dia akan bermain secara solo. 

Ini bermakna dia tidak boleh pulang selepas waktu sekolah kerana perlu berlatih pada hari Khamis dan oleh itu dia terlepas peluang menaiki bas sekolah keluar dari bandar ke rumah di mana dia dan maknya tinggal ketika itu. Cikgu berkenaan akan memandu kereta membawanya. Dalam perjalanan, dia bertanya sama ada kanak-kanak itu gementar untuk membuat persembahan muzik. 

Lebih kurang begitu. 

Bagaimanapun, kemudiannya cikgu berkata, dia perlu latih dirinya sendiri untuk memikirkan sesuatu yang amat elok. Contohnya, seekor burung terbang di udara. Apakah burung yang dia paling dia suka? 

Yang paling disukai lagi. Kanak-kanak itu tak mampu fikir, tak mampu fikir sejenis burung pun. Kemudiannya, “Seekor gagak?” 

Cikgu ketawa. “Okey. Okey. Fikir mengenai seekor gagak. Sebelum awak mula bermain, fikir mengenai seekor gagak.” 

Kemudiannya, merancang sesuatu untuk mengetepikan kisah ketawa kerana menyedari kanak-kanak itu berasa dihina, cikgu itu cadang mereka pergi ke Willingdon Park dan lihat sama ada gerai aiskrim sudah dibuka menjelang musim panas. 

“Adakah mereka risau jika awak tak terus pulang ke rumah?” 

“Mereka tahu saya bersama-sama cikgu.” 

Gerai aiskrim dibuka walaupun pilihannya terhad. Mereka belum ada lagi perisa yang lebih sedap. Kanak-kanak itu pilih strawberi, kali ini dia pastikan dia sudah siap sedia, di tengah-tengah kebahagian dan pergolakan. Cikgunya pilih vanila seperti pilihan ramai orang dewasa. Namun, dia berlawak dengan atendan, bagitahu dia supaya cepat dan letak rum raisin atau dia takkan sukakannya lagi. 

Mungkin inilah ketika wujud perubahan lain. Mendengar cikgu bercakap seperti itu, dalam nada suara cerewet hampir seperti perempuan dewasa bercakap, kanak-kanak itu tenang. Sejak dia semakin kurang terkesan dengan pujian, meskipun begitu dia benar-benar gembira. Mereka berkereta ke limbungan untuk melihat bot-bot yang ditambat, dan cikgunya berkata dia sentiasa ingin tinggal di atas bot rumah. Bukankah ia menyeronokkan, katanya, dan kanak-kanak itu tentunya bersetuju. Mereka pilih sebuah bot yang mereka inginkan. Ia buatan sendiri dan dicat dengan warna biru cair, dengan sebaris tingkap-tingkap kecil di mana terdapat pokok-pokok herba geranium yang ditanam di dalam pasu. 

Ia membawa kepada perbualan mengenai rumah yang didiami kanak-kanak itu sekarang, rumah di mana cikgunya pernah tinggal. Dan, begitupun selepas itu, sewaktu mereka berkereta, mereka sering bincang kembali mengenai subjek ini. Kanak-kanak itu melaporkan dia suka mempunyai bilik tidur sendiri tapi tak suka suasana gelap di luar. Kadang-kadang dia berfikir yang dia boleh dengar suara binatang-binatang buas di luar tingkapnya. 

Apakah binatang-binatang buas itu? 

Beruang-beruang, kugar-kugar. Maknya kata, semua binatang itu berada dalam belukar dan jangan pergi ke situ. 

“Adakah awak lari dan naik ke katil mak awak apabila awak dengar suara binatang-binatang ini?” 

“Saya tak sepatutnya begitu.” 

“Budak baik, kenapa tidak?” 

“Jon di situ.” 

“Apa yang Jon fikir mengenai beruang-beruang dan kugar-kugar?” 

“Dia fikir itu hanya rusa.” 

“Adakah dia marah mak awak kerana bagitahu awak?” 

“Tak.” 

“Saya jangka dia tak pernah marah.” 

“Dia pernah suatu masa bagai seorang yang marah. Semasa saya dan mak saya tuang semua wain dia ke dalam sinki.” 

Cikgu kata ia suatu yang mengecewakan jika takutkan hutan sepanjang masa. Ada laluan-laluan yang awak boleh lalui di sana, katanya, di mana binatang-binatang buas takkan ganggu awak terutama jika awak buat bising dan selalunya awak begitu. Dia tahu laluan-laluan yang selamat dan dia tahu nama semua bunga liar yang mungkin mekar sekarang. Dogtooth violets. Trilliums. Wakerobins. Purple violets dan columbines. Chocolate lilies. 

“Saya fikir ada suatu nama lain yang tepat baginya tapi saya suka gelarkannya chocolate lilies. Ia kedengaran sangat sedap. Sudah tentu ia bukannya mengenai rasa sesuatu tapi bagaimana ia kelihatan. Ia kelihatan seperti coklat dengan sedikit ungu seperti beri dilenyek. Ia jarang ditemui tapi saya tahu di mana ia hidup.” 

Joyce letak buku itu kembali. Sekarang, sekarang, dia benar-benar faham, dia boleh rasakan kengerian yang bakal muncul. Kanak-kanak tak bersalah, orang-orang dewasa yang bermasalah, godaan. Dia sepatutnya sudah tahu. Semuanya yang menarik perhatian selama ini, kemestian secara praktikal. 

Hutan mekar di musim bunga. Di sini seorang penulis akan mencantum bayangan buruk terhadap manusia dan situasi yang dia alami dalam dunia kehidupan sebenar, bersifat terlalu malas untuk mencipta tapi bukan dengki. 

Bagi sesetengah orang, ia suatu kebenaran, sudah tentu. Dia masih ingat hal-hal yang dia pernah lupa. Memandu kereta membawa Christine pulang ke rumahnya, dan tak pernah memikirkannya sebagai Christine tapi sebagai anak Edie. Dia masih ingat bagaimana dia tak boleh memandu ke laman untuk selepas itu pusing tapi sering turunkan kanak-kanak itu di tepi jalan, kemudiannya memandu kira-kira setengah batu ke depan untuk mencari tempat untuk membuat pusingan. Dia tak ingat lagi peristiwa membabitkan aiskrim. Tapi, di situ pernah wujud sebuah rumah bot yang betul-betul serupa dengan yang ditambat di limbungan. Malah, bunga-bunga serta persoalan licik mengenai kanak-kanak itu mungkin suatu kebenaran. 

Dia perlu teruskan. Dia hendak menuang brandi lagi tapi dia perlu hadir raptai pada 9 pagi. Bukan sepatutnya dilakukan. Dia sudah melakukan satu kesilapan lagi. Hutan dan chocolate lilies tak diulas dalam penceritaan, raptai hampir diabaikan. Penggal sekolah baru sahaja tamat. Dan, pada pagi Ahad setelah minggu terakhir, kanak-kanak itu terjaga awal. Dia dengan suara cikgunya di laman lalu dia bergerak menuju ke tingkap. Nampak cikgunya dalam keretanya dengan tingkap diturunkan, dia bercakap dengan Jon. Gerabak kecil U-Haul disambungkan ke kereta itu. Jon berkaki ayam, dada terbuka, mengenakan hanya seluar jeans. Dia panggil mak kanak-kanak itu lalu perempuan itu maju ke pintu dapur lantas berjalan beberapa langkah ke laman tapi tidak terus ke kereta. Dia memakai baju Jon yang dia gunakan sebagai gaun persalinan. Dia sentiasa mengenakan pakaian berlengan panjang untuk melindungi tatu. 

Perbualan itu mengenai sesuatu membabitkan pangsapuri yang Jon janji untuk pergi ambil. Cikgu melontarkan segugusan kunci. Kemudiannya, Jon dan mak kanak-kanak bercakap sesama mereka, mendesak dia ambil beberapa benda lain. Tapi, cikgu ketawa dibuat-buat seraya berkata, “Semua hak awak.” Kemudian Jon berkata, “Okey. Jumpa lagi,” lalu cikgu sambut “Jumpa lagi,” dan mak kanak-kanak tak berkata apa-apa yang boleh didengar. Cikgu ketawa lagi seperti mana yang dilakukannya tadi dan Jon beri panduan bagaimana mahu memusingkan arah kereta yang bersambung dengan U-Haul di laman. Dalam tempoh ini, kanak-kanak itu berlari ke bawah dengan memakai pakaian tidur walaupun dia tahu ketika itu cikgunya tak sedia bercakap dengannya. 

“Awak terlepas untuk menemui dia,” kata mak kanak-kanak itu. “Dia perlu mengejar feri.” 

Kedengaran bunyi hon bertalu-talu, Jon angkat sebelah tangan. Kemudian, dia bergerak melintasi laman lalu berkata kepada mak kanak-kanak itu, “Itu sahaja.” 

Kanak-kanak itu tanya sama ada cikgunya akan datang semula dan Jon kata, “Mungkin tak.” 

Setengah muka lagi ialah mengenai kanak-kanak itu mulai memahami apa yang sedang berlaku. Semakin dia membesar, dia teringat beberapa soalan tertentu, yang kelihatan cubaan menyelidiki secara sembarangan.  Maklumat – agak tak berguna sebenarnya – mengenai Jon (yang dia tak panggil Jon) dan maknya. Pukul berapa mereka bangun setiap pagi? Apa yang mereka makan dan adakah mereka masak bersama-sama? Apa yang mereka dengar di radio? (Tiada kepentingan – mereka sudah beli sebuah peti televisyen.) 

Apakah yang dicari cikgunya? Adakah dia berharap untuk mendengar mengenai perkara-perkara buruk? Atau adakah dia sekadar mendambakan untuk mendengar apa-apa sahaja, untuk sentiasa berhubung dengan seseorang yang pernah tidur di bawah satu bumbung, yang pernah makan bersama-sama di meja yang sama, yang berhubungan rapat dengan dua insan berkenaan setiap hari? 

Perkara ini tak mungkin kanak-kanak itu dapat tahu. Apa yang dia boleh tahu ialah betapa kerdil dia dianggap, bagaimana penghormatannya terhadap seseorang telah dimanipulasi, alangkah bodohnya dia dahulu. Dan ini mengisi tubuhnya dengan kepahitan, sudah tentu. Kepahitan dan maruah. Dia fikir dirinya sebagai seorang yang takkan ditipu di masa depan. 

Tapi sesuatu terjadi. Dan, di sini suatu penamat cerita yang mengejutkan. Perasaan terhadap cikgunya dan zaman kanak-kanaknya suatu hari nanti bakal berubah, Dia tak tahu bagaimana dan bila, tapi dia sedar yang dia tak lagi berfikir bahawa tempoh masa berkenaan suatu penipuan. Dia fikir bahawa muzik yang dipelajarinya secara bersusah payah (dia berhenti belajar, sudah tentu, sebelum dia mencapai usia belasan tahun). Harapannya sentiasa positif, peristiwa-peristiwa yang menggembirakan, bunga-bunga hutan yang bernama pelik tapi menarik yang dia tak berpeluang untuk lihat. Kasih. Dia bersyukur. Ia hampir kelihatan bagaikan wujud sesuatu yang berlaku secara rambang dan sudah tentu ketidakadilan dalam hubungan berumah tangga secara emosi. Kegembiraan agung – walau sementara, walau rapuh – yang dinikmati seseorang boleh menjadikan pula suatu kesedihan agung bagi seseorang lain. 

Kenapa ya, fikir Joyce. Ya. 

Pada tengahari Jumaat dia pergi ke kedai buku. Dia bawa bukunya untuk ditandatangan, begitu juga sebuah kotak kecil, Le Bon Chocolatier. 

Dia ikut beratur. Dia agak terkejut melihat sejumlah manusia yang datang. Perempuan-perempuan seusia dengannya, perempuan yang lebih tua atau lebih muda. Beberapa lelaki, semuanya muda dan ada yang menemani teman-teman perempuan. 

Perempuan yang menjual buku itu kepada Joyce mengenalinya. 

“Gembira melihat kau kembali,” katanya. “Tengok tak ulasan Globe? Wow.” 

Joyce terpinga-pinga, sebenarnya badannya menggetar sedikit. Dia sukar untuk meluahkan kata-kata. 

Perempuan itu berjalan di tepi barisan sambil menjelaskan bahawa hanya buku-buku yang dibeli di kedai buku ini boleh ditandatangani di sini dan sebuah antologi yang ada kemunculan sebuah cerpen Christie O’Dell tak diterima, dia minta maaf. 

Perempuan di hadapan Joyce tinggi dan lebar, oleh itu dia tak dapat lihat Christie O’Dell sehinggalah perempuan berkenaan membongkok ke depan untuk meletakkan bukunya ke atas meja. Kemudiannya, dia melihat seorang perempuan muda yang sangat berbeza dengan wajah di poster serta perempuan yang datang ke partinya. Pakaian hitam sudah hilang, begitu juga topi hitam. Christie O’Dell memakai jaket broked berwarna merah mawar dengan kelepetnya dihiasi jahitan manik-manik kecil keemasan. Disertai pakaian dalam jahitan halus berwarna pink. Terdapat kesan bilasan warna emas di rambutnya, subang emas di kedua-dua kuping telinga, juga rantai emas yang kelihatan cantik dengan rambutnya di paras leher. Bibirnya berkilau bagai kelopak-kelopak bunga, manakala kelopak-kelopak matanya dipalit dengan warna coklat. 

Yalah – siapa yang mahu beli buku ditulis oleh seorang yang perungus atau seorang yang gagal? 

Joyce belum lagi fikir mengenai apa yang dia akan ucapkan. Dia harap ia suatu jelmaan idea yang menarik.   

Kini jurujual perempuan berkenaan kembali bercakap.   

“Sudahkan anda buka ke muka surat yang anda ingin ditandatangan?” 

Joyce terpaksa letak kotak ke atas meja untuk melakukannya. Dia dapat rasa getaran di dalam tekak. 

Christie O’Dell mendongak ke arahnya, tersenyum kepadanya – sebuah senyuman digilap ketulusan gaya profesional. 

“Nama awak?” 

“Hanya Joyce sudah mencukupi.” 

Tempoh yang dilalui segera berlalu. 

“Awak dilahirkan di Rough River?” 

“Tak,” kata Christie O’Dell dengan kelihatan kurang senang atau sekurang-kurangnya melenyapkan sedikit keceriaan. “Saya pernah tinggal di situ untuk suatu tempoh.   

Perlukah saya tulis tarikh?” 

Joyce mencapai semula kotaknya. Di Le Bon Chocolatier, mereka jual chocolate flowers, tapi bukan teratai. Hanya mawar dan tulip. Oleh itu dia beli tulip yang tak seperti teratai tapi kedua-duanya ada bahagian seperti ubi. 

“Saya nak ucap terima kasih kerana menulis cerpen ‘Kindertotenlieder,’ “ dia berkata begitu tergesa-gesa sehingga dia hampir menelan sebutan huruf yang panjang itu. “Ia sangat bermakna kepada saya. Saya bawa hadiah untuk awak.” 

“Hebat bukan cerita itu.” Jurujual perempuan ambil kotak berkenaan. “Biar saya pegang benda ini.” 

“Bukannya bom,” kata Joyce sambil ketawa. “Ini chocolate lilies. Sebenarnya tulip. Mereka tak ada teratai. Jadi saya beli tulip, Saya fikir ia pilihan kedua terbaik.” 

Dia dapati jurujual perempuan itu kini tak tersenyum tapi memandang tepat kepadanya. Christie O’Dell kata, “Terima kasih.” 

Tiada secebis pengiktirafan terpampang di mukanya. Dia tak kenal Joyce berdasarkan hubungan mereka beberapa tahun di Rough River atau dua minggu lalu di parti rumahnya. Anda tidak mampu dengan pasti untuk mengatakan bahawa dia mengenali tajuk kisah dirinya sendiri. Anda akan fikir dia tiada kaitan dengan cerita itu. Bagaikan sekadar sesuatu yang dia elak secara bijak dengan meninggalkannya di atas rumput. 

Christie O’Dell duduk di situ dan tulis namanya seolah-olah itulah tulisan yang dia bertanggung jawab di dunia ini.   

“Seronok berbual dengan awak,’ kata jurujual perempuan itu. Dia masih merenung kotak yang telah diikat dengan reben berpintal-pintal berwarna kuning oleh seorang perempuan di Le Bon Chocolatier. 

Christie O’Dell telah mengangkat matanya untuk menyapa orang selanjutnya dalam barisan itu, dan Joyce akhirnya sedar dia perlu pergi sebelum dia menjadi objek jenaka di kalangan orang ramai di situ manakala kotaknya, hanya Tuhan tahu, berkemungkinan menjadi suatu objek yang mendapat perhatian pihak polis. 

Berjalan mendaki Lonsdale Avenue, menaiki kawasan perbukitan, dia berasa dia berada di kedudukan mendatar, namun lama kelamaan kembali damai. Hal ini malah mungkin menjadi sebuah kisah kelakar yang akan dia ceritakan suatu hari nanti. Dia tak terkejut.

Comments