Persoalan Mengkafirkan Seseorang Secara Terbuka
PANDANGAN
PERIBADI SAYA
1. Saya letak kat bawah ni video-video lantunan burdah. Saya akan pilih beberapa yang terbaik! Tapi, rasanya tiada satu pun video di bawah ni boleh lawan gaya suara kuat dan rentak laju yang diamalkan orang-orang kampung saya suatu ketika dulu! Sekarang pun masih sama, kut! HeHeHe. Dulu semasa saya kecil di kampung, saya kerap juga menonton orang-orang tua berzanji di majlis kenduri kahwin. Budak-budak tak join kat majlis ni. Budak-budak hanya sertai selawat "menjerit" di celah-celah solat sunat tarawih 20 rakaat di masjid kami. Masa ni, lagi kuat budak-budak "memekik," lagi orang-orang tua suka! Budak-budak mengikut-ikut secara "bertempik" juga sewaktu membacakan kitab burdah di bahagian rangkap-rangkap berlagu di majlis yang diadakan sekali-sekala di masjid kami, kebiasaannya malam Jumaat tapi di luar bulan Ramadan. Zaman tu, baca Yasin rasanya tak dianjurkan di masjid kami melainkan selalunya dibaca di rumah jiran yang ada ahli keluarganya sakit tenat. Habis majlis burdah, ada jamuan di ruang bahagian belakang masjid kami yang terletak berdekatan sebuah bilik agak luas disebut balai lintang. Dan, ketika itu, tiada jemaah wanita datang ke masjid melainkan pada malam-malam bulan puasa. Dulu-dulu, jarang-jarang para musafir singgah di masjid kami selepas waktu Isyak meskipun ia terletak betul-betul di tepi Jalan Taiping-Beruas. Kampung kami terletak di kawasan pedalaman, sekitar 26 batu dari Taiping. Kenderaan hanya sekali-sekala melalui jalan raya yang melintasi kampung kami. Itulah cara kami mengisi "jadual" harian masjid kami selain kelas agama sekali dua seminggu yang diadakah sebelum Asar. Antara tok guru yang pernah datang mengajar di masjid kami dulu-dulu ialah Tok Syeikh Nawawi, Ustaz Rejab Ali, Ustaz Jailani dan lain-lain. Jemaah wanita ada datang waktu mengaji agama dan mereka duduk diam-diam, terselindung di balik tirai. Datuk saya, Tuan Guru Abdul Rahman Abdul Wahid, ayah kepada ayah saya yang berasal dari Aceh, Indonesia sering juga datang mengajar di masjid kami. Beliau yang tinggal di Sungai Tuntung, Pengkalan Baharu dekat Pantai Remis belajar agama di Makkah sebelum pulang menjadi ustaz. Eletrik dan air paip pada 1970-an belum ada lagi. Taklah orang-orang tua meraba-raba baca kitab dengan diterangi lampu gasolin jika ia diadakan pada waktu malam seperti zaman sekarang, kan? Zaman dulu pengertian bidaah pula tak digembar-gemburkan sangat. Pihak yang suka sangat cerita mengenai bidaah zaman sekarang ni rasanya mesti terkejut beruk jika lihat kami "bernyanyi" sakan dalam masjid, selain berzikir kuat selepas solat Maghrib disertai geleng kepala ke kiri dan kanan yang mana sebutan dan gelengan bertambah laju dan semakin laju menjelang tamat zikir. Akhir sekali, kita kena faham, sebagai contoh, kitab berzanji tu ciptaan manusia, jadi kalau tak belajar pun tak pa. Kalau baca, nak tukar lirik pun ada ulama kata boleh! Ayah saya sewaktu mengaji pondok di Semanggol, Perak sekitar 1920-an pernah disuruh rakan-rakan lantun ayat dalam Bahasa Arab yang bermakna: "Kami dahaga nak minum kopi." Tak lama kemudian, datang orang hidang kopi. Maksudnya, tuan rumah berkenaan faham Bahasa Arab. Ada juga pihak yang kata kitab berzanji ni ditulis tak ikut fakta. Bagi saya, kitab ini adalah suatu karya seni penuh metafora macam buku sajak. Jika anda tak suka sajak, tak payahlah baca kitab berzanji!
Comments
Post a Comment