Kaji sajak-sajak sikit.













































































































Sajak kat atas ni popular betul, khususnya di kalangan pelajar-pelajar di seluruh dunia. Dan, seperti biasa, cara seseorang terjemah bahan sastera, khususnya sajak adalah mengikut loghat dan pemahaman sendiri asal jangan lari daripada maksudnya yang sebenar. Dalam pada tu, saya berbeza sikit dengan kebanyakan orang lain kerana saya gemar terjemah dengan menggunakan gaya bahasa yang ditutur orang-orang biasa. Saya berpegang kepada prinsip seni untuk masyarakat, bukan seni untuk seni. Bagaimanapun, Al-Quran dan hadis, juga kitab-kitab mengenai Islam jangan pula sesiapa pun terjemah ikut suka hati pula! Saya lihat beberapa ustaz popular tertentu berceramah dah lain macam sekarang. Oleh itu, pihak berkuasa sepatutnya bertindak segera! 

I’m Nobody! Who are you?

Are you – Nobody – too?

Then there’s a pair of us!

Don’t tell! they’d advertise – you know!

 

How dreary – to be – Somebody!

How public – like a Frog –

To tell one’s name – the livelong June –

To an admiring Bog!

 

Aku bukan Orang Terkenal! Kau siapa?

Adakah kau – Tak Terkenal – juga?

Kalau begitu kita ini samalah!

Jangan bagitahu orang lain! Mereka akan hebah – kau tahu!

 

Betapa menyakitkan – menjadi – Seorang Terkemuka!

Terdedah di khalayak ramai – seperti seekor Katak –

Menguak kehebatan seseorang – sepanjang Jun –

Kepada Kelebur yang turut kagum menyaksikan!

(nota saya: Sekarang musim PRN Johor maka sepanjang Jun tu, mengikut pandangan saya, wajar ditukar kepada sepanjang awal Mac.)







Comments