Strategi
Catur Kasparov
THE
SICILIAN SCHEVENINGEN
Baru-baru ini, saya pinjam sebuah buku di
Perpustakaan Awam Seberang Jaya karya bersama Gary Kasparov dan Aleksander
Nikitin, berjodol The Sicilian
Scheveningen. Di dalamnya, disertakan kaedah Hitam bertahan terhadap tiga
serangan Putih: Keres Attack, Sozin Attack dan Velimirovic Attack.
Pening kepala jika nak kaji seluruh gerakan yang penuh pelbagai gaya. Bagi saya,
lebih mudah untuk semua pecatur amatur belajar secara menghafal corak buah-buah
Putih atau Hitam yang dipamerkan dalam mana-mana perlawanan pecatur-pecatur
hebat. Di sini, saya taip kembali beberapa pertarungan yang disertai Kasparov -
disiarkan dalam buku yang saya pinjam - yang menggunakan sistem pertahanan ini
untuk anda kaji jika berminat. Apa yang menarik, Kasparov sertakan satu game yang dia kalah sedangkan kebanyakan
pecatur yang menulis buku masing-masing rasanya tak pernah letak nota-nota
pertarungan yang mereka tewas melainkan yang menang atau paling teruk pun
sekadar seri.
A. Karpov – Kasparov, Kejohanan Dunia Moskow
1985, Game 24
1. e5
c5 2. Nf3 d6 3. d4 cxd4
4. Nxd4 Nf6 5. Nc3 a6 6. Be2 e6
7. 0-0 Be7 8. f4 0-0 9. Kh1 Qc7
10. a4 Nc6 11. Be3 Re8 12. Bf3 Rb8 ( 12 … Bd7!? juga boleh dipakai.)
13. Qd2
Bd7 14. Nb3 b6 15. g4!? Bc8
16. g5 Nd7 17. Qf2 Bf8 18. Bg2 Bb7
19. Rad1 g6 20. Bc1 Rbc8 21. Rd3 Nb4 (lebih tepat 21 …
Nc5!)
22.
Rh3!? Bg7?!
(Mengikut kajian, 22 … f5 mampu membawa situasi seimbang kepada kedua-dua
pihak.)
23.
Be3?
(Mengikut kajian, 23. Qh4? Mampu membawa situasi seimbang kepada kedua-dua
pihak.)
23 …
Re7! 24. Kg1 Rce8! (Idea untuk menjawab
25. f5 dengan 25 … exf5 lalu Benteng
Hitam boleh menguasai fail e atau berniat untuk mengorbankan Bidak Hitam dengan
gerakan … f5.)
25. Rd1
f5 26. gxf6 Nxf6 27. Rg3 (Gerakan ini untuk menghalang … Ng4.
Jika 27. Bxb6 akan dijawab 27 … Qb8 seperti dalam permainan ini, atau malah 27
… Ng4 yang berkomplikasi buruk.)
27 …
Rf7 28. Bxb6 Qb8 29. Be3 Nh5
30. Rg4
(Jika 30. Rf3, Hitam tetap jawab dengan 30 … Nf6)
30 …
Nf6 31. Rh4? (Sepatutnya, Putih
gerak 31. Rg3 demi ajak keputusan seri secara gerakan berulang-ulang, tapi ia
mencemari kedudukan Karpov kerana beliau perlu menang untuk kekal sebagai juara
dunia.)
31 …
g5!! 32. fxg5 Ng4 33. Wd2 Nxe3
34. Wxe3 Nxc2 35. Qb6? (Gerakan Menteri
Putih ni ke tempat lain akan membenarkan Hitam melakukan … Qa7+. Buku ini beri
contoh, 35. Qh3? Qa7+ 36. Kh1 Ne3 37. Rg1 Nxg2
38. Wxg2 d5.)
35 …
Ba8 36. Rxd6? Rb7 37. Wxa6 Rxb3 (Mungkin kerana masa
terhad, Hitam tersilap jalan. Sepatutnya, 37 … Nb4!)
38.
Rxe6 Rb2 39. Qc4 Kh8 40. e5?? Qa7+
41. Kh1 Bxg2+ 42. Kxg2 Nd4+ (0-1)
1. e4
c5 2. Nf3 e6 3. d4 cxd4
4. Nxd4 Nf6 5. Nc3 d6 6. Be2 Be7
7. 0-0 0-0 8. f4 a6 9. Kh1 Qc7
10. a4 Re8 11. Be3 Nc6 12. Qd2
(Boleh juga gerak 12. Bf3 yang mampu beri kebaikan kepada perkembangan
Putih.)
12 …
Bd7 13. Nb3 b6 (Tindak balas biasa
dibuat mana-mana pemain Hitam apabila Putih gerak Nb3 mengikut sistem ini bagi
mengelak Putih majukan Bidaknya ke a4 yang mampu melemahkan kedudukan Hitam di
petak-petak di sebelah kedudukan asal Menteri.)
14. Bf3
Rab8 15. g4 (Putih cuba
menggerakkan Menteri dan satu Bentengnya depan bidak h-nya dengan ancaman
syahmat di petak h7.
15 ...
Bc8 (Apabila
Putih gerak Bidaknya ke petak g4, Gajah Hitam sepatutnya ke petak b7 untuk
menyerang Raja Putih.)
16. g5
Nd7 17. Qf2 Bf8 18. h4!? (Sebelum ini, pada kedudukan seperti
ini, Karpov pernah gerak 18. Bg2.)
18 …
Bb7 19. h5 Na5 20. Rad1 Nc4 (Perlu diambil kira,
kedudukan Kuda Hitam di petak ini nampak bagus tapi seringkali Hitam kena
syahmat tak lama kemudian!)
21. Bc1
Rbc8 22. Bg2 Nc5 23. Nd4 d5! (Hitam berjaya
menguasai petak e4 sebelum Putih mengukuhkan serangan di sebelah bahagian
Raja.)
24. e5
Ne4 25. Nxe4 dxe4 26. b3 (Perlu gerakan 26. Qe2.)
26 … Na5 27. Be3 g6
28. Rd2 Red8 29. hxg6 (Sepatutnya, gerak 29. Qh4 dahulu tanpa
menawan Bidak Hitam di petak g6 kerana pembukaan fail h lebih beri kebaikan
kepada Hitam.)
29 …
hxg6 30. Qh4 Nc6 31. c3 Ne7
32. c4 Rxd4!!
(Pengorbanan terbaik kerana mencacatkan posisi Putih.)
33.
Bxd4 Nf5 34. Qh3 Kg7 (Fail h jelas
dikuasai Hitam lantas Benteng Hitam boleh diletak di petak h8.)
35. Qc3
a5 (Gerakan
Putih kemudian nanti perlu menangkis gerakan … Bb4.)
36. c5
Nxd4 37. Rxd4 Bxc5 38. Rc4 Rh8+
39. Bh3 e3+ 40. Kh2 Qc6 41. Qc2 Ba6
42. Kg3 Bxc4 43. Qxc4 Qd7 44. Bg4 Qd2
45. Be2 Rd8
(Jika Putih jawab dengan 46. Rd1, Hitam korbankan Menterinya melalui 46 … Qxd1
47. Bxd1 Rxd1.)
46. Rc1
Rd4 47.Qc2 Qb4 48. Qc3 Rxf4
49. Qxb4 Rb4 50. Bc4 Be7 (Hitam kelihatan
biar Bentengnya menawan lebih banyak buah. Namun, Putih tak boleh ambil
kelebihan situasi ini. Mengikut kajian Kasparov, 51. Kf4 b5!! 52. axb5 a4
53. bxa4 e2! lalu tak dapat dielak Hitam tawan satu buah besar.)
51. Kf3
Bxg5
(Putih cuba sekat dua gerakan Hitam iaitu … b5 dan a4.)
52. Ra1 Kf8
53. Ra2 Ke7 54. Rg2 e2! (Langkah
pertama untuk membebaskan Benteng.)
55. Re2 b5
56. Bxb5 Rxb3+ (Akhirnya buah yang terpenjara di petak b4 menjadi bebas.
Dan, Putih sepatutnya menyerah kalah pada ketika ini.)
57. Kg4 Be3
58. Rc2 Bd4 59. Kf4 Rh3 60. Rc8 Rh4+
61. Kg3 Rh8! (Halang 62. Re8 syahmat. Sebaliknya menemui 62. Rxh8 Bxe5+
di mana Hitam bakal menang kerana berkelebihan tiga Bidak.)
1. e4
c5 2. Nf3 d6 3. d4 cxd4
4. Nxd4 Nf6 5. Nc3 a6 6. f4 e6 7. Be2 Be7
8. 0-0 0-0 9. Kh1 Qc7 10. a4 (10. Qe1 atau10. a4 juga bahayakan Hitam.)
10 …
Nc6 11. Be3 Re8 (Variasi ini
mengingatkan kepada game A kat atas
apabila Karpov guna 12. Bf3 sedangkan Sokolov di sini gerak 12. Bg1)
12. Bg1
Rb8 13. Bf3 Bd7 14. Nb3 b6 (Elak gerakan Putih memperbaiki
posisi melalui gerakan Bidaknya ke petak a5.)
15. g4
Bc8 (Corak
ini pamer strategi Kasparov kembalikan Gajah-Gajahnya ke petak-petak asal dengan
niat untuk menuju ke petak g7 atau b7.)
16. g5
Nd7 17. Bg2 Bf8 18. Qf3 Na5 (Putih boleh tindihkan dua Bidak
Hitam yakni satu di petak depan dan satu lagi dipetak belakang dalam fail yang
sama atau asingkannya dalam fail-fail yang berlainan dengan kaedah fail di tengah-tengah
tiada Bidak Hitam melalui 19. Nxa5 bxa5. Namun, dengan terdedahnya fail b akan memberi
kebaikan kepada Hitam. Oleh itu, Putih di sini boleh undur Kudanya dengan niat
menjaga petak c4.)
19. Nd2
Bb7 20. Qh5 g6 21. Qh3 Rbc8 (Dalam keadaan ini,
Putih perlu gerak Bidaknya ke petak f5 untuk lanjutkan serangan tapi Hitam berkelebihan
untuk letak Kuda di petak e5.)
22. f5
Ne5
(Putih jelas ingin serang bahagian Raja tapi Hitam pula kuat di fail c. Namun,
pelik juga apabila Putih buat pertukaran Bidak di petak e6, sehingga
membolehkan Hitam pertahan Bidaknya di petak h7. Adalah lebih sesuai jika Putih
gerak nanti 23. Rf4 atau 23. f6 sehingga mensesakkan petak-petak berdekatan
petak h7 sehingga Hitam sukar bertahan. Begitupun, posisi sekarang menunjukkan Putih
bakal menang kerana beliau berjaya mendedahkan fail f.)
23.
fxe6 fxe6 24. Rf4 Qe7 (Seperti game A kat
atas, Hitam biarkan Bidaknya di fail b di tawan Putih. Tapi, Putih tolak kerana
Gajah Putih tawan Bidak di petak b6 akan berdepan dengan gerakan Hitam iaitu …
Nac4 yang bakal kembalikan tempo kepada Hitam yang serentak beri ancaman kepada
ruang sayap bahagian Menteri Putih.)
25. Raf1
Bg7 26. Rh4 Bh8 (Bala tentera Putih mulai
berkampung di bahagian Raja Hitam walau tidak jelas objektifnya.)
27. Bd4
Nac4 28. Nxc4 Rxc4 (Jika 29. Bxb6 maka
Hitam gerak 29 … Rb4 dan seterusnya … Rxb2.)
29. Be3
Rcc8
(Cuba cari jalan untuk gerak Kudanya ke petak c4, Putih undur Gajahnya yang
asal petaknya di sebelah Menteri. Masih elak gerakan Bxb6 yang bakal dijawab
dengan … Nc4.)
30. Bc1
b5 31. Axb5 axb5 32. Rhf4 b4
33. Na2 Ba6 34. Rd1 b3! (Hitam merasakan kekukuhan
iniasiatifnya di kawasan sebelah Menteri.)
35.
cxb3 Be2 36. Rd2 Qxg5?? (Hitam jangka
gerakan selanjutnya ialah 37. Rxe2 Rxc1+
38. Nxc1 Qxf4 yang membolehkan Hitam menang. Sebaliknya, 36 … Bh5! akan
menghancurkan posisi Putih. Kesilapan besar Kasparov - sejak bergelar Juara Dunia - dalam game ini adalah membenarkan Putih mengutip banyak buah Hitam.)
37. Qe3
Bh5
(37 … Nd3! Mungkin menyelamatkan Hitam.)
38.
Rf8+ Rxf8
(Kedua-dua pecatur dalam kesuntukan masa sehingga menyebabkan Hitam tak mengaku
kalah!)
39.
Qxg5 Ng4 40. Nc3 Be5 41. h3 Bf4
42. Qe7 Rce8 43. Qd7 Ne3 44. Rf2
(1-0)
1. e4
c5 2. Nf3 d6 3. d4 cxd4
4. Nxd4 Nf6 5. Nc3 a6 6. Be3 (Pilihan lain ialah 6. f4.)
6 … e6
7. f3
(Ada yang gerak 7. Qd2.)
7 …
Be7 8. Qd2 Nc6 9. g4 0-0
10. 0-0-0 Nd7!? 11. h4 Nde5 (Idea Putih untuk serang kawasan Raja Hitam
tapi pertukaran Kuda dengan Kuda di sini akan menguatkan Bidak-Bidak Hitam di
tengah-tengah bagi Hitam melakukan serangan balas.)
12. Nxc6?! (12. Be2 atau 12.
Qf2 mampu membawa keseimbangan kekuatan kepada kedua-dua pihak.)
12 …
bxc6 13. Be2 Rb8 14. g5 d5 15.Ba7?! (Pilihan lebih baik ialah 15. Na4!
Nd7 16. c4!)
15 …
Rb7 16. Bd4 Nd7 17. exd5 cxd5 18. f4 Qa5 19. Qe3 (19. h5 Ba3 20. Nb1 Bb4
21. c3 Bd6 juga tiada kesan buruk kepada Hitam.)
19 …Nb8! (Inilah punca gerakan
serangan balas Hitam yang akan memberi tekanan kepada Putih di ruangan petak-petak
tengah.)
20. f5? (20. g6?! atau 20.
Qe5 juga tiada kebaikan.)
20 …
Nc6 21. f6 (21. Bxg7? Bc5!)
21 …
Nxd4 22. Rxd4 (22. fxe7 Nxe2+ 23. Qxe2 Re8!)
22 …
Bc5 23. fxg7 Rd8! (23 … Re8? 24. Rhd1.)
24.
Rhd1
(24. Bd3 juga tak mampu meningkatkan permainan Putih.)
24 …
Qb4!
(Putih tak boleh boleh tawan Menteri Hitam di sini bagi mengelak kehilangan
banyak buah.)
25. b3
e5! 26. Qxe5 (26. g6 pun tak
mampu lawan Hitam.)
26 …
Qxc3 27. Rxd5 Qxe5 28. Rxe5 Ba3+ (Putih sudah kalah
tapi permainan diteruskan sehingga kesuntukan masa di gerakan ke-40.)
29. Kb1
Rxd1+ 30. Bxd1 Rd7! (Gerakan 30 … Kxg7? tak
sesuai kerana akan menghadapi 31. Ra5 Bb4
32. Rxa6 Rd7 33. Bg4 Re7 34. Bxc8 Bc3 35. Be6.)
31. Bg4
Rd4 32. Bf3 Kxg7 33. h5 h6
34. gxh6+ Kxh6 35. Ra5 Bb4 36. Re5 f6
37. Re8 Bf5 38. Rh8+ Kg5 39. Rb8 Ba3
40. h6 Rd2
(0-1)
2.
Di bawah ini pula saya letak beberapa permainan
pecatur-pecatur lain yang saya anggap menarik.
A. Seorang bukan grandmaster menewaskan seorang grandmaster yang guna sistem pertahanan
yang sama. Walau kalah, Tal gembira kerana lawannya sangat hebat lalu mereka
menjadi sahabat karib selepas pertarungan ini.
Rashid Nezhmetdinov vs Mikhail Tal
Kejohanan Catur Dunia Baku 8 Dis 1961 round 15 Pertahanan Sicilian: Najdorf Variasi Scheveningen B84
1. e4 c5 2. Nf3 d6
3. d4 cxd4 4. Nxd4 Nf6 5. Nc3 e6
6. Be2
a6 (Elak Gajah Putih di petak e2 gerak
ke petak b5.)
7. 0-0 Qc7 8. f4 Nbd7 9. g4 (Gerakan berani
Putih apabila ia serang bahagian Raja.)
9 … b5 (Niat Hitam untuk
turut serang bahagian Raja Putih dengan Gajah.)
10. a3 (Gerakan untuk
halang gerakan Bidak Hitam ke petak b4.)
10 … Bb7 11. Bf3 Nc5
12. Qe2
(Putih mempertahankan serangan Gajah Hitam yang bakal datang dari petak c5.)
12 … e5 (Hitam cuba
menguasai lebih petak tengah tapi dalam keadaan yang sama melemahkannya di dua
petak iaitu d5 dan f5.)
13. Nf5
g6 14 .fxe5 dxe5 15. Nh6 (Dalam banyak situasi, Kuda lemah
apabila berada di tepi papan catur. Tapi, dalam keadaan ini, Putih berkelebihan
kerana Hitam tak boleh 0-0 setelah Gajahnya di f8 diubah ke petak lain manakala
Benteng Hitam di petak h8 tak boleh digerak ke petak g8. Kuda Putih ini juga
tak bagus ditawan oleh Gajah Hitam berkenaan kerana Hitam akan kehilangan
pasangan Gajahnya.)
15 … Ne6 16. Bg2 Bg7
(Saya rasa, lebih baik Hitam gerak Kudanya yang berada di petak e6 ke
petak f4 bagi menghalang serangan Putih menghala ke Kudanya yang satu lagi di
petak f6.)
17. Rxf6 (Suatu pertukaran buah
yang mengikut nilai adalah merugikan Putih tapi menguntungkannya dari segi
penguasaan posisi.)
17 … Bxf6 18. Nd5 Qd8 (Hitam tak berani tukarkan Gajahnya
di petak b7 dengan Kuda Putih di petak d5 ini kerana nanti beliau sukar
pertahan Rajanya jika terpaksa melakukan gerakan 0-0-0 manakala Gajah Putih
yang menguasai petak-petak cerah akan menambah kekuatan serangan Putih.)
19. Qf2
Nf4 20. Bxf4 exf4 21. e5 (Putih melakukan sedikit kesilapan kerana tidak menawan
Bidak Hitam di petak f4 dengan Menterinya. Malah, Hitam boleh ambil kesempatan
ini dengan menyerang Menteri Putih dengan gerakan Gajahnya ke petak h4. Dan,
untuk mempertahankan Kudanya yang boleh ditawan Hitam, Putih terpaksa gerak
Menterinya ke petak d4.)
21 … Bxe5
22. Re1 f6
(Hitam sepatutnya tawan Kuda Putih di petak d5.)
23. Nxf6+
Qxf6 24. Qd4 Kf8 25. Rxe5 Qd8
26. Rf5+ gxf5 27. Qxh8+ Ke7 28. Qg7+ Ke6
29. gxf5+
(1-0)
B. Selanjutnya, seorang grandmaster menggunakan kaedah The
Sicilian Scheveningen tewas kepada seorang budak perempuan. Judith Polgar
difahamkan berusia 11 tahun sewaktu pertama kali beliau tewaskan seorang grandmaster. Dan, beliau kata, grandmaster berkenaan hentak kepala ke pintu
lif setelah kalah. Dalam suatu interbiu, Judith Polgar tidak bercerita secara
terperinci mengenai kejadian terbabit. Bagaimanapun, menurut rekod, grandmaster pertama yang dikalahkan
beliau ialah pecatur Jerman, Lev Gutman.
Judith Polgar vs Lev Gutman
SWIFT tournament (1987), Bruxelles, rd 3 Sicilian Defense:
Scheveningen. Classical Variation General B83
1. e4 c5 2. Nf3 d6 3. d4 cd4 4. Nd4 Nf6 5. Nc3 e6 6. Be2 Be7 7. O-O O-O 8. f4 a6 9. Be3 Qc7 (Jika ketika ini, Bidak Hitam di
petak c7 digerak ke petak b5 untuk halang Putih gerak Bidaknya ke petak a4,
Putih boleh serang Kuda Hitam di petak f6 dengan gerakan Bidaknya di petak e4 ke
petak e5. Setelah pertukaran Bidak masing-masing di petak e5, gerakan Kuda-Kuda
Putih amat berbahaya. Oleh itu, Menteri Hitam lebih baik digerak ke petak c7
bagi mengawal pencerobohan Putih ke petak e5.)
10. a4 Nc6 11. Qe1
Nd7 12. Qg3 Bf6 13. Rad1 Rb8 14. Nc6 bc6 15. e5 de5 16. Ne4 Be7 (Hitam terpaksa gerak Gajahnya ke
sini kerana jika Benteng Putih di petak d1 tawan Kuda Hitam di petak d7 dan
kemudiannya Putih tawan Gajah Hitam di petak f6 maka Hitam tak boleh tawan
balas dengan Bidak Hitam di petak g7 kerana ia di-pin oleh Menteri Putih yang
berada di petak g3.)
17. f5 ef5 18. Bh6
g6 19. Rf5 (Jika Gajah Putih tawan Benteng Hitam di petak f8, Kuda Hitam di
petak d7 akan tawan balas dalam keadaan Kuda Putih di petak e4 sedang diserang
Bidak Hitam di petak f5. Setelah Kuda ini dipindahkan tempat lain seperti petak
d2, Benteng Hitam boleh tawan Bidak Putih di petak b2. Putih dalam keadaan ini
amat mencemaskan kerana Hitam punya dua Gajah selain lebih jumlah Bidaknya
berbanding Putih.)
19 … Rb4 20. Bd3 f6 (Sepatutnya,
Benteng Hitam di petak f8 digerak ke petak d8.)
21. Rdf1 (Boleh buat gerakan lain iaitu tawan Benteng Hitam
di petak f8 sekarang kerana tindakan ini beri kelebihan kepada Putih. Tapi,
Putih lebih beri tumpuan kepada strategi menyerang.)
21 … Re4 22. Bf8 Kf8
23. Be4 gf5 24. Bf5 (Posisi HItam sekarang kelihatan lebih
baik kerana selain Menteri, Hitam ada dua Gajah dan satu Kuda sedangkan Putih sekadar
ada satu Benteng, satu Gajah selain Menteri. Tapi, fail d dan fail g yang terdedah
ini beri kelebihan kepada gerakan Benteng Putih.)
24 … Nb6 25. Bh7 Be6
(Gerakan terpaksa demi mengelak syahmat dengan gerakan Menteri Putih ke petak
g8.)
26. Be4 Nd5 27. Qh4
Nf4 28. Qh8 Bg8 29. Rd1 Ne6 (Hitam ketika ini boleh cuba cek
dengan gerakan Menterinya ke petak b6 dan selanjutnya Menterinya ini menuju ke
petak f2.)
30. Kh1 Bd8 31. Bf5
Nd4 32. Bh3 Qf7 (Gerakan lebih baik
ialah Menteri Hitam ke petak h7 untuk tawar pertukaran dengan Menteri Putih. Namun,
selepas Gajah Hitam tawan kembali Menteri Putih, Putih boleh gerak Bidaknya ke
petak c3 serang Kuda Hitam di petak d4 lalu Hitam akan kehilangan Kuda
berkenaan atau Gajah yang menguasai petak-petak gelap.)
33. c3 Qb3 34. Qh6 Ke7 35. Rf1 Ne6 36. Qf6 Kd6 37. Be6 (Hitam mengaku kalah kerana jika Gajah Hitam di petak d8 tawan Menteri Putih di petak f6, Gajah Putih di petak e6 akan tawan Menteri Hitam di petak b3, Gajah Hitam di petak g8 tawan Gajah Putih di petak b3, Benteng Putih di petak f1 tawan pula Gajah Hitam di petak f6. Jika Menteri Hitam di petak b3 tawan Gajah Putih di petak e6, Menteri Putih akan tawan Gajah Hitam di petak d8 serentak cek, Raja Hitam lari ke petak c5, Benteng Putih di petak f1 digerak ke petak f4 untuk kawal petak c4, selanjutnya Bidak Putih di petak b2 melakukan syahmat dengan digerak ke petak b4 atau jika Bidak Hitam di petak e5 tawan Benteng Putih di petak f4, Menteri Putih boleh melakukan syahmat dengan digerak ke petak d4.)
C. Lagi di bawah ini. Pertahanan The Sicilian Scheveningen
berjaya
ditumpaskan.
Robert James Fischer vs Jorge Alberto
Rubinetti
Palma de Mallorca Interzonal, Palma de Mallorca ESP, rd 17, 2 Dec1970 Sicilian Defense: Fischer-Sozin Attack. Flank Variation B87
1. e4 c5 2. Nf3 d6 3. d4 cxd4 4. Nxd4 Nf6 5. Nc3 e6 6. Bc4 a6 7. Bb3 b5 8. O-O Bb7 9. Re1 Nbd7 10. Bg5 h6 (Jika gerak Kuda Hitam di petak d7 ke petak c5, Putih boleh gerak Gajahnya di petak b3 ke petak d5.)
11. Bh4 Nc5 (Lebih baik Hitam gerak Bidaknya di petak g7 ke petak g5. Dan, setelah Gajah Putih dipindahkan dari petak h4 ke petak g3, Kuda Hitam di petak d7 digerak ke petak e5. Situasi jadi seimbang.)
12. Bd5 (Seperti yang disyorkan tadi, gerakan pengorbanan ini terbukti menarik! Sebagai contoh, jika Hitam gerak Gajahnya di petak f8 ke petak e7, Gajah Putih ini akan tawan Gajah Hitam di petak b7 lalu dibalas dengan Nxb7, Kuda Putih di petak d4 digerak pula ke petak c6, jika Menteri Hitam digerak ke petak c7, Kuda Putih ini tawan Gajah Hitam di petak e7. Bahaya kepada Hitam jika Rajanya tawan Kuda Putih ini. Sebaliknya, jika Menteri Hitam tawan Kuda Putih ini, Kuda Putih yang satu lagi akan digerak ke petak d5, jika Menteri Hitam berundur ke petak d8, Bidak Putih di petak e4 akan maju ke petak e5 dan jika Bidak Hitam ini ditawan Bidak Hitam disebelahnya, Kuda Putih di petak d5 tawan Kuda Hitam di petak f6. Hasilnya tak bagus kepada Hitam setelah Menteri Putih digerak ke petak f3.)
12 … exd5 13. exd5+ Kd7 (Hitam tak boleh halang dengan gerakan Gajah di petak f8 ke petak e7 kerana Kuda Putih di petak d4 akan digerak ke petak f5. Hitam seterusnya segera kalah.)
14. b4 Na4 15. Nxa4 bxa4 16. c4 (Putih terjah ke petak-petak tengah!)
16 … Kc8 17. Qxa4 Qd7 18. Qb3 g5 19. Bg3 Nh5 (Hitam boleh serang balas dengan gerakan bidaknya dari petak h6 ke petak h5 tapi tiada kesudahan menarik buatnya.)
20. c5 dxc5 21. bxc5 Qxd5 (Jika Hitam tawan dengan Gajahnya yang terletak di petak b7, Menteri Putih digerak ke petak b6, jika Menteri Hitam ke petak b7, Menteri Putih undur ke petak a5 dan seterusnya Bidak Putih di petak c5 akan digerak ke petak c6.)
22. Re8+ Kd7
23. Qa4+ Bc6 24. Nxc6 (Hitam mengaku kalah kerana jika Menterinya
tawan Kuda Putih ini, Benteng Putih di petak a1 akan digerak untuk cek di petak
d1. Jika Benteng Hitam di petak a8 tawan Benteng Putih di petak e8, Putih
melakukan discovered check dengan gerakan Kuda Putih ini ke petak b4 lalu
Menteri Hitam kena tawan dengan Kuda Putih yang sama. Jika Raja Hitam tawan
Benteng Putih di petak e8, Benteng Putih di petak a1 akan melakukan cek dengan
gerakan ke petak e1, Raja Hitam elak dengan beralih ke petak d7 lalu Kuda Putih
digerak ke petak a5 mengakibatkan Raja Hitam disyahmat atau jika Gajah Hitam di
petak f8 halang cek ini dengan digerak ke petak e7, Kuda Putih di petak c6 akan
tawan Gajah Hitam ini serentak melakukan
discovered check lalu Menteri Hitam kena tawan dengan Kuda Putih yang sama.)
3.
Saya temui pula dalam wikipedia.org, game 16 Karpov - Kasparov pada Kejohanan Dunia Moskow 1985 yang turut menggunakan sistem pertahanan seperti permainan di atas. Dan, di bawan ni adalah penjelasan berasas kepada kajian yang dilakukan Kasparov sendiri. Sepuluh gerakan pertama sama sahaja dengan game 12 sebelum itu. Selanjutnya, Karpov mulakan gerakan berbeza. Tapi, Kasparov dah kaji gila kaedah pertahanan ini sebelum bertarung untuk jadi Juara Dunia. Game 16 ini dianggap banyak pihak sebagai “Karya Agung” Kasparov. Apa tidaknya, Kasparov yang lebih awal mengganas walau beliau bermain Hitam dan beliau berjaya letak satu Kudanya di tengah-tengah posisi lawan pada gerakan ke-16. Kuda ini tercokoh di situ sehingga gerakan ke-34 apabila Karpov terpaksa mengorbankan Menterinya demi membunuh Kuda Hitam ini.
Karpov-Kasparov, Kejohanan Dunia Moskow 1985, Game 16
1. e4 c5 2. Nf3 e6 3. d4 cxd4 4. Nxd4 Nc6 5. Nb5 d6 6. c4 Nf6 7. N1c3 a6 8. Na3 d5 9. cxd5 exd5 10. exd5 Nb4 11. Be2 Bc5
Keseluruhan gerakan di atas ni dah tak diguna pakai lagi sekarang kerana didapati Putih boleh gerak 12. Be3 Bxe3 13. Qa4+ seiring kekal lebih jumlah bidak.
12. O-O O-O 13. Bf3 Bf5
Selepas 13. Bg5 Nbxd5 14. Nxd5 Qxd5 15. Bxf6 Qxd1 16. Rfxd1 gxf6, Hitam mudah untuk peroleh keputusan seri. Begitupun, Kasparov komen yang beliau fikir Karpov berasa perlu main untuk menang dalam posisi ini.
14. Bg5 Re8 15. Qd2 b5 16. Rad1 Nd3
Kuda Hitam berbentuk “sotong” mulai mendominasi posisi Putih.
17. Nab1
Karpov sepatutnya lebih aktif. 17. d6 lebih baik walau kedudukan Hitam masih kukuh setelah 17 ... Qxd6 18. Bxa8 Rxa8.
17 ... h6 18. Bh4 b4 19. Na4 Bd6
Kasparov bagitahu yang beliau dah kaji sampai ke gerakan tahap ini sewaktu bersedia untuk tentang Karpov: "Posisi yang saya telah tumpu dalam analisa persediaan! Hitam terserlah capai kelebihan. Putih meletakkan buah-buah kecilnya bertaburan di kedua-dua rusuk dalam keadaan sukar diselaraskan. Kedudukan kedua-dua Kudanya nyata tertekan. Sedangkan Hitam punya pasangan Bf5 and Nd3 yang melumpuhkan kesemua tiga buah utama Putih iaitu satu kejadian jarang-jarang berlaku dalam permainan secara praktikal!"
20. Bg3 Rc8 21. b3 g5 22. Bxd6 Qxd6 23. g3 Nd7 24. Bg2 Qf6 25. a3 a5 26. axb4 axb4 27. Qa2 Bg6 28. d6 g4 29. Qd2 Kg7 30. f3
Kasparov pelan-pelan beri tekanan kepada posisi Karpov lalu Karpov akhirnya cuba mematahkan cubaan ini.
30 ... Qxd6 31. fxg4 Qd4+ 32. Kh1 Nf6 33. Rf4 Ne4 34. Qxd3
Kuda ini akhirnya ditawan di petak d3 tapi ia memusnahkan Menteri Putih.
34 ... Nf2+ 35. Rxf2 Bxd3 36. Rfd2 Qe3 37. Rxd3
Karpov masih punya tiga buah penting akibat pengorbanan Menterinya. Keadaan sebegini kebiasaannya masih mampu memberi kekuatan yang seimbang untuk Putih terus bertarung. Bagaimanapun, buah-buah catur ini tak selaras kedudukannya untuk menyerang balas serangan Kasparov.
37 ... Rc1 38. Nb2 Qf2 39. Nd2 Rxd1+ 40. Nxd1 Re1+ (0-1)
Comments
Post a Comment