NYANYI, ULAS BUKU DAN CERITA POLITIK SIKIT JA PUN

1. Aku cuba masukkan seluruh video guna telefon aku tapi blog aku ni sekadar boleh terima separuh sahaja kerana setiap kali hantaran video, ia tak boleh menampung terlalu banyak bytes. Jadi, aku terpaksa letak dalam dua video. Sebaliknya, aku boleh hantar seluruh rakaman 4 min 34 saat ke Facebook aku tapi semua orang tak boleh tonton kerana aku kuncikan! ☺☺☺ Kat blog ni, selama ni, kau orang semua sekadar baca atau tonton sesuatu tanpa bagi komen, kan? Tapi, nak kritik pun tak dak masalah. Aku bekas wartawan general desk, ekonomi, jenayah dan politik! Kau orang ingat semua pengarah jabatan kerajaan tertentu, ahli politik, ahli perniagaan atau orang berpangkat menjaga keselamatan negara seperti imigresen, kastam dan polis hanya "marah" dengan orang-orang bawahannya saja? Tapi, secara keseluruhan, kebanyakan mereka ni biasanya baik dengan semua wartawan termasuk aku kerana banyak sebab. Kembali kepada lagu Suatu Masa dendangan asal M Nasir, kau orang perasan tak liriknya dari mula hingga habis tak dak ulang rangkap? 

Aku ada nyanyi sekali dulu sewaktu aku baru ja join grup WhatsApp bekas pelajar sekolah menengah aku dari 1978 hingga 1982. Suara aku rasanya terkucil sedikit tapi depa tak komen pun, cuma seorang dua bagi simbol not bad gitu. Aku terkenang pesanan sifu kewartawanan aku, Nash bahawa seseorang kena buat kejutan jika ingin diingat orang lain sampai bila-bila seperti kentut kuat - tambah-tambah lagi busuk - dalam mesyuarat! Aku sebenarnya bukan nak depa ingat aku sangat tapi saja nak tengok berapa ramai kawan sekolah aku yang jumud. Yang pasti, ramai rakan aku tu pro BN atau PH jika dikaji lengguk bahasa depa menaip serta video-video yang depa siar. PAS - selain daripada aku - pasti ada, tapi pendirian depa yang lain sukar dikesan melainkan diterjah Facebook individu-individu terbabit. Sekarang, aku dah pakai nombor telefon lain, jadi secara automatik aku dah terkeluar dari grup WhatsApp ini. Mungkin aku akan join balik seperti mana ramai rakan aku yang lain, yang rajin keluar dan masuk balik.

Sebelum ni, aku tengok ramai ahli dalam grup WhatsApp sekolah aku tu - seperti grup-grup  WhatsApp lain - suka siar gambar menjamu selera. Begitu juga, foto anak, cucu, suami, isteri dan "isteri-isteri." Ada juga gambar main golf - aku bagitahu aku suka snuker dan pool tapi tak dak sapa pula berani ajak berentap, nak lawan catur pun rasanya depa tak minat walaupun masa sekolah dulu ada di kalangan depa wakil sekolah sedangkan masa tu aku tak tahu langsung apa itu English Opening, Sicilian Defense, Ruy Lopez, French Defense, Petroff Defense dan lain-lain. Aku sebetulnya tak reti main golf dan malas nak belajar kerana merasakan ia sukan elit yang aku sebenarnya tentang kerana ramai golongan marhaen kena halau apabila kebanyakan padang golf dibangunkan di seluruh dunia. Depa nak main tak salah, tapi bukan aku kerana permainan ini berlawanan dengan prinsip aku! 

Ada juga seorang yang suka hantar pelbagai cerita dan video pelik-pelik lalu mamat ni kena kutuk berjemaah oleh beberapa rakan aku yang bertaraf pensyarah, jurutera, cikgu, jutawan dan penceramah membabitkan agama walau bukan berijazah dalam bidang al-Quran dan Hadis. Aku pula seorang diri pertahankan mamat ni kerana tak patut mereka berkasar bahasa amat dengan rakan sendiri. Sepatutnya depa secara diplomasi kutuk atau makilah bahan-bahan yang dia siarkan. Ada seorang yang tak pernah muncul dipersada WhasApp sekolah aku, walau beliau jadi ahli, hubungi aku dan memuji tindakan aku pertahan mamat tu. Aku pula ada sekali hentam suatu video ustaz buat lawak yang suka pertikai bab qunut, talkin dan lain-lain. Aku nak tengok berapa orang "Wasabi" dalam grup WhatsApp sekolah aku ni, tapi aku dapati hanya seorang usahawan wanita - zakat tahunan beliau difahamkan puluhan ribu ringgit - yang mempamerkan ayat sekadar berbentuk kejutan! Tak dak sapa pun hentam aku pulak!

Tapi, aku puji sungguh kumpulan WhatsApp bekas pelajar 1978-1982 sekolah aku yang jumlah ahlinya sekitar 100 orang ni. Depa - bukan aku - sebagai contoh, akan derma untuk keperluan sekolah kami, bantu orang miskin, cukupkan kos pembinaan masjid dan lain-lain dalam beberapa hari sahaja! Sebagai contoh, duit beli 40 komputer riba baru untuk pelajar tak mampu di sebuah universiti di Pahang berjaya dikutip tak sampai seminggu! Selalu juga kutipan dihentikan kerana seseorang telah derma sehingga puluhan ribu ringgit. Mungkin yang derma banyak tu yang kahwin dengan seorang menteri penuh, atau seorang dua lain yang mampu pakai kereta Ferrari bagai! Dan, adakah ini salah satu usaha yang membawa makna istilah baru #KitaJagaKita?

2. Baru-baru ni, aku baca sebuah buku diselenggara Ahmad Lutfi Othman, Revolusi Tanpa Darah. Aku sebenarnya nak tulis mengenai hal ni awal sikit tapi selepas kena cucuk vaksin kali ketiga pada 6 Januari lalu, aku rasa tak ketahuan tiga empat hari. Lebih teruk daripada kali pertama yang lebih teruk daripada yang kedua. Lengan kiri sakit, pinggang pun sama. Terasa sejuk seluruh badan, telan panadol pun tak berkesan. Solat Jumaat pun aku tak pergi. Alhamdulillah, sekarang rasa okey sikit.

Baiklah, buku ala majalah yang memuatkan tulisan-tulisan penulis politik selain catatan-catatan Lutfi yang berbentuk santai, artikel-artikel dikutip daripada beberapa akhbar termasuk yang diterjemah daripada English, serta interbiu bersama pensyarah-pensyarah tempatan atau tokoh-tokoh politik ni okey juga kerana ada beberapa fakta atau pandangan peribadi yang boleh aku dan kau orang semua ambil sebagai panduan. 

Tanpa mempertikai saiz font buku ini, mata aku sebenarnya sukar baca tulisan yang agak kecil kerana aku kini dah rabun dekat, selain rabun jauh yang aku alami sejak aku di sekolah rendah. Oleh itu, apabila aku baca beberapa catatan Lutfi yang mendedahkan beliau kini terlalu sukar membaca, aku faham sangat betapa derita yang beliau hadapi. Semoga beliau sihat. Amin.

Ada beberapa perkara yang aku nak sentuh mengenai buku ini. Setiap ayat yang digunakan dalam buku ni tiada unsur tuduhan atau berbentuk fitnah. Tak seperti banyak buku politik tempatan lain yang ada satu dua yang terlalu daring. Mungkin kerana buku ni sebahagiannya - aku difahamkan - diedit seorang yang turut berpengalaman dalam bidang kewartawanan maka buku ini tetap sedap dibaca walau tiada unsur kontroversi. Sedikit silap di segi ejaan dan gaya bahasa yang jika aku kritik di sini pun, hanyalah sekadar untuk aku kritik sikit-sikit ja, bukannya buku ni punya kesalahan nahu fatal! 

Dalam pada tu, sebagai seorang bekas wartawan yang cenderung kepada hard news, aku dulu tak suka tulis perkara yang orang ramai dah tahu seperti kerjasama-kerjasama yang pernah dilakukan parti-parti pembangkang sejak mula PRU pertama dulu. Aku hanya akan sisipkan maklumat sebegini - jika perlu - dalam berita yang aku tulis seperti backgrounder yang disediakan oleh pihak yang mengadakan sidang media. Namun, dalam ulasan ni aku lebih beri tumpuan kepada isu tertentu kerana apa yang aku taip sekarang bukannya sebuah berita. Di bawah ini, beberapa perkara dalam Revolusi Tanpa Darah yang aku rasa penting untuk aku ulas:

A. Dalam hal pembentukan gabungan pembangkang – Harakah Keadilan Rakyat 1986, Gagasan Rakyat 1990, Barisan Alternatif 1999 dan Pakatan Rakyat 2008 – Dr Syed Husin Ali berkata di muka surat 6, “Tiga yang pertama saya terlibat selaku Presiden Parti Rakyat, manakala yang keempat selaku Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat. Dalam yang pertama, DAP telah mengundur diri sebelum gabungan ditubuhkan. Dalam yang kedua, dibentuk dua gabungan yang mengasingkan DAP dengan PAS dalam dua gabungan yang berasingan. Dalam gabungan ketiga dan keempat, kedua-dua DAP dan PAS bersetuju untuk berada dalam gabungan yang sama, walaupun ada pendapat bertentangan antara mereka dalam sikap terhadap peranan Islam, negara Islam dan Hudud. Pertentangan inilah yang akhirnya membawa perpecahan gabungan selepas pilhan raya." Dalam sebuah artikel di muka surat 221 disebut lagi, “Soal Hudud akhirnya memutuskan hubungan antara PAS dan DAP yang membawa kepada pembubaran Pakatan Rakyat."

(Aku edit jadi PAS kerana Pas itu ejaan yang diamalkan kebanyakan akhbar seperti Berita Harian yang bertegas tak ikut permintaan PAS supaya semua huruf dalam nama parti politik ini dieja besar seperti MCA, MIC atau DAP  dengan alasan PAS disebut Pas bukannya P kemudiannya A diakhiri S. Kerana menghormati apa yang diinginkan PAS seperti mana ditulis mengikut house style Harakah maka aku edit Pas yang diguna dalam buku ni menjadi PAS. Di antara pula membawa maksud mengenai tempat, jarak atau masa, contohnya di antara Taiping dan Bagan Serai, manakala antara adalah sesama manusia atau yang membabitkannya seperti sesebuah persatuan, contohnya, antara dia dan aku, kau pilih siapa? Penggunaan antara di muka surat 221, betul. Mengenai Hudud pula, sebagaimana aku faham, ia adalah satu daripada "agenda" PAS. Masa aku kerja wartawan di Harakah pada pertengahan 1990-an, buat berita susulan mengenai isu hudud dengan temuramah kaedah man on the street pun disiar pihak editor Harakah! Oleh itu, jika PAS sendiri yang cakap PAS tarik diri kerana rakan-rakan tak mau Hudud maka ini kenyataan kartun kerana kenapa PAS tak berterus terang cakap sokongan terhadap Hudud adalah salah satu daripada syarat PAS jika nak bekerjasama dengan parti-parti politik lain?)

B. Di muka surat 146 tercatat, “Di Perak pula keadaan tergantung, BN pertahan 27 kerusi manakala PAS berpeluang menjadi kingmaker, menang tiga.” Ungkapan kingmaker ditulis lagi di muka surat 177. 

(Aku tak salahkan pandangan penulis di sini yang mendakwa PAS bakal menjadi kingmaker di segi menentukan siapa yang bakal memerintah negeri kelahiran aku ni kerana ramai pemimpin PAS sendiri yang berasa mereka boleh menjadi kingmakers. Tapi, istilah yang diguna ini merujuk kepada istilah moden dan bukan istilah zaman kerajaan British beratus-ratus tahun dahulu. Kisahnya begini, dulu-dulu ada seorang raja yang apabila buat keputusan, dia - aku guna gantinama dia kerana aku tak suka penjajah bukan melibatkan raja-raja di Malaysia, Brunei atau lain-lain negara - tak ambil nasihat penasihat yang sedia ada tapi menerima syor seorang hulubalang setianya. Makna kata jika PAS sekadar jadi pencukup bilang untuk tubuh sesebuah kerajaan, agenda PAS seperti Hudud nak letak kat mana? Baiklah, sekarang dikata pula sesiapa yang nakkan Hudud itu seperti setan. Isu nak suruh siasat Azam pula: Ada "hulubalang" syor macam kingmaker tapi puak-puak penasihat atasan dalam PAS kini bagaikan menyebelahi Azam, macam mana tu? Jadilah seperti kingmaker yang ori. Cepat-cepat la u-turn bagi mengelak huru-hara. Masalahnya, nak pilih usul yang mana satu?) 

C. Di muka surat 177 dalam perenggan sama dengan perkara B yang “menyebut” perkataan kingmaker, aku tertarik kepada ayat, “Saya menjangka, masih ramai penyokong PAS yang keliru dan kebengongan, berada di persimpangan, antara ketaatan tanpa soal atau walak kepada pemimpin PAS, dengan nekad membara untuk menjatuhkan regim usang. Saya yakin, jika diberi penjelasan, orang PAS, walau tidak meninggalkan parti, tapi sanggup memberi undi kepada PH, yang dilihat serius mahu menukar kerajaan.”

(Bengong suatu istilah yang tiada dalam Kamus Dewan edisi 3. Namun, perkataan tak berapa elok ni gemar dipakai oleh orang Kelantan dan beberapa negeri di Utara Semenanjung. Aku bersekolah dari Tingkatan Satu sampai Tingkatan 5 di Bukit Mertajam dan aku dapati kadang kala perkataan bengong disebut beberapa rakan dengan berdengung sikit bila disebut "NGONG." Kebengongan tak disebut, maka istilah ni adalah suatu yang boleh dikatakan sebagai ada originality dalam penulisan kerana aku tak pernah baca ia digunakan oleh penulis-penulis lain. Dan, aku rasa bengong itu orang Seberang Perai maksudkan sebagai bodoh dan bukannya bingung. Apa-apa pun, aku percaya orang-orang PAS yang tak meninggalkan parti takkan sanggup undi PH. Hanya penyokong-penyokong atas pagar yang beri undi kepada PAS dalam PRU14 dulu MUNGKIN beri undi kepada PH pada PRU15.)

D. Aku bersetuju dengan tulisan penulis yang mengulas mengenai PRU14 di muka surat 267, “Politik berpandukan simbol masih tebal di Kelantan. Hal sama juga berlaku di Terengganu.”

E. Di muka surat 278, “Dalam bulan Jun 2005, pengurusan Radar Sulteng, akhbar terbesar di Pertengahan Sulawesi, secara sukarela menghentikan penerbitan selama tiga hari berikutan protes terhadap pengarang tamunya bagi tulisan bertajuk “Islam, Agama Yang Gagal.” Biarpun hakikatnya artikel berkenaan memfokuskan kepada kecurian dana Jabatan Agama oleh bekas menteri kabinet, yang didedahkan – ia juga mengenai korupsi bukannya soal agama seluruhnya – semua ini hilang begitu sahaja pada pengetahuan mereka yang menyerang, juga pihak polis. Penulisnya, seorang pensyarah Universiti Muhammadiyah didakwa “menghina Islam.” Atmakusumah Astraatmadja menjelaskan bahawa malah Majlis Media juga mendapati amat sukar untuk mencari konsensus berkaitan topik ini.”

(Cara aku menulis ialah meletakkan titik dahulu sebelum tanda tertentu jadi aku terpaksa salin di blog aku dengan menukar … Gagal”. kepada ... Gagal.” Tapi, ungkapan “menghina Islam.” pula ditaip sama mengikut cara penulisan aku. Hal silap taip ni kecil. Malah, ramai penulis di Amerika Syarikat letak simbol dua koma kat atas tu sebelum period. Tapi, ikut pandangan aku, tajuk artikel yang disiar akhbar terbabit jelas salah walau dibubuh tanda soal lepas perkataan ... Gagal kerana seseorang penulis tak sepatutnya pertikai hal agama secara khusus. Jika tajuknya, Orang-orang Islam Yang Gagal? maka pada aku tak nampak salah sangat! Hal korupsi yang jelas salah bagaimana pula? Oleh itu, PAS perlu elak bertindak sehingga "sukar mencari konsensus berkaitan topik ini." Islam Memimpin, bukan?)

Comments