Beberapa sajak atau ucapan. Setelah aku tonton, aku akan delete yang tak sesuai - contohnya video-video terlajak "mengangkat" isu LGBTQ atau terlalu sensitif dari sudut agama!





Sempurna oleh Maia Mayor

 

[nota: Remaja perempuan ni bersajak mengenai apa yang dileter mak dia. Ada carutan dan makian berbentuk sifat kata dan sifat nama seperti mana yang kadang-kadang muncul dalam perbualan orang-orang biasa di Amerika Syarikat. Saya terjemah sajak ni dengan mengabaikan perkataan-perkataan tak penting tu. Perfect ni kelihatan semacam sebuah sajak - juga leteran seorang mak - karya Jamaica Kincaid berjodol Girl. Bezanya, Jamaica Kincaid tak mencarut atau maki.]

 

Apa yang tak kena dengan kau? Satu dua skru dah longgar sampai hilang keupayaan untuk berfungsi? Kenapa … kau sentiasa penat? Hidup kau ni tak bersemangat dan kecil. Apa yang kau buat hanya terkapar di kerusi panjang dengan kaki dan tangan terjulur seperti seekor sloth bergerak perlahan. Mana dia tumpuan kau untuk capai kejayaan, Maia? Adakah ia melayang keluar tingkap bersama-sama asap ganja yang kau hisap? Adakah aku perlu paksa kau berdisiplin sehingga kau akhirnya mengalah. Aku masak dan aku cuci dan aku tak henti sehinggalah tapak kaki aku berdarah. Tapi, aku dalam keadaan baik … Aku sempurna. Jadilah orang sempurna, Maia. Jadi sempurna seperti aku.

 

Jangan pakai lagi seluar koyak tak elok dan gincu bagai pelacur juga alat pelapik buah dada. Kau hanya ada satu peluang. Hentikan sikap bagai seekor kucing sembilan nyawa. Hentikan minat mengarut kau terhadap lagu-lagu dan cerita-cerita dan bersajak depan penonton sedangkan di dunia ini ijazah-ijazah dan pelbagai PhD menyekat keperluan terhadap puisi. Dan, henti gigit kuku. Patutlah kau tak menarik minat golongan lelaki. Kenapa kau lakukannya? Adakah kau suka rasanya? Adakah ia manis? Kau tak boleh makan gula-gula, Maia. Kau rosakkan gigi-gigi kau seperti mana kau rosakkan hidup kau. Gigi-gigi aku sempurna, Maia. Bersih dan tak rosak. Ia bersinar bagai lingkaran cahaya keemasan di atas kepala aku yang sempurna. Aku tak perlu gula, Maia. Aku di atas daripada gula. Kenapa kau berada di bawah, Maia? Kenapa di bawah apabila kau perlu berada di atas. Di atas dengan mereka yang mempunyai kerjaya, mereka yang mendengar maklumat dengan satu telinga dan tak menghilangkannya menerusi telinga satu lagi. Kau takkan capai ketinggian ini, Maia. Kau berlagak bagai kaedah mendengar suatu jenayah, jika tidak begini, kau tentu dengar nasihat aku, sudah 666 kali aku bagitahu kau henti gigit kuku kau bagai sampah tak berguna. Kau tak boleh jadi sampah, Maia. Kau perlu jadi sempurna. Jadi sempurna seperti aku.

 

Aku bangun tidur jam 5 pagi setiap hari. Aku mulakan hari aku sama sahaja, aku risau tersungkur kerana tulang-tulang aku mulai reput kerana membersihkan sisa-sisa kau. Kenapa bilik tidur kau bersepah? Pakaian kotor letak dalam raga. Bukan dipersembahkan atas katil kau bagai kau tidak bermoral. Bukan dibuang ke lantai lalu mengumpul habuk berbanding apa yang aku sedih amat jangkakan. Kau tak endah peraturan-peraturan dengan kedegilan dan kebencian kau dalam bentuk cubaan buruk seorang remaja memberontak. Tapi, kau tak boleh jadi seorang pemberontak, Maia. Kau tak mampu tarik perhatian orang. Kau perlu akur serta berkata ya dan okey. Kau perlu lakukannya dengan sebuah senyuman diiring muka seberseri mungkin. Kau perlu lebih kuat mencuba, Maia. Biar lebih lebar, Maia. Kenapa kau tak tahu senyum? Kau kecewakan aku, Maia. Kau tak pernah hargai apa yang aku lakukan untuk kau. Kau tak pernah cuba jadi juara dan kau tak sentuh makan malam kau. Kau tak jamah makan malam yang aku secara konsisten sediakan untuk kau seperti mana aku sentiasa ingatkan kau mengenai bentuk kehidupan yang aku peruntukkan untuk kau. Hidangan itu tak boleh bayar harga dirinya sendiri. Aku tak kisah jika ia suatu yang unggul. Berhenti bagitahu aku mengenai perasaan kau. Kau perlu makan. Habiskan semuanya. Makan mengikut tempoh yang sesuai dengan segelas susu. Kau perlu susu, Maia. Kau perlu kalsium seperti mana kau perlu pemangkin untuk membesar. Kau tak akan membesar menjadi tinggi. Jadilah tinggi seperti aku. Aku minum susu, Maia. Minum susu kau. Jadi tinggi. Jadi sempurna. Jadi sempurna seperti aku.

Kau perlu beri lebih tumpuan, Maia. Berhenti mimpi di siang hari, Maia. Berhenti renung siling bagai cara untuk memperbetulkan sikap negatif kau terselindung di sebalik plaster. Kau perlu atur kehidupan kau, kehidupan kau huru-hara seperti bilik tidur kau. Macam gigi-gigi kau. Macam masa depan kau yang bakal segera tamat jika kau tak letak pen tu. Kau perlu berhenti menulis, Maia. Kehidupan kau bukan buku. Jangan pandang aku macam tu, Maia. Aku cuma cuba tolong kau. Aku cuma cuba menyayangi kau. Aku cuma cuba menyayangi kau. Kau perlu benarkan aku sayang kau supaya kau boleh jadi sempurna. Jadilah sempurna seperti aku. 

























































































































Comments