Sajak-sajak Rumi lagi! Pada saya, nilai-nilai kesufian perlu ada dalam diri semua orang - amanah, jujur, berkata benar, serta hal-hal baik seumpamanya. Tapi, ritual segelintir aliran sufi yang tak sesuai seperti mencium kaki guru, memuja pusara, zikir kesurupan, serta hal-hal tak ikut ajaran al-Quran dan Nabi Muhammad SAW kita perlu tolak. Namun begitu, bukannya semua perkara yang nabi tak buat, kita tak boleh buat! Yang pasti, banyak juga perkara yang nabi buat, kita tak mampu buat; malah ada yang nabi buat, kita "dilarang" buat! Bersederhanalah dalam segala hal, khususnya membabitkan peraturan Islam yang tak muktamad. Dalam pada itu, saya dapati ramai juga yang jengok posting saya yang ni. Jadi, saya akan cuba terjemah beberapa sajak Rumi di bawah ni dalam masa terdekat, insya-ALLAH.☺☺☺


Bangkit

Jangan paling untuk lihat mereka yang dianggap pengemis – kau milik Aku! Jangan jual murah harga diri kau kerana kau tak ternilai harganya. 

Kongsi air bersama-sama kakitangan kau – kau adalah Musa hari ini. Koyak jubah kabut! Kau adalah cahaya, cahaya yang sama dengan Muhammad. Pecah cermin-cermin kecantikan, kau adalah Yusuf yang mempesonakan. Hembus nafas kehidupan bagai Isa – kau, juga, udara yang sama. 

Berpisah daripada mereka yang tak bertanggungjawab, jangan terpengaruh dengan penipuan hantu-hantu. Kau berketurunan mulia – kau daripada yang paling tinggi. Berasas kepada semangat, kau tak mati – tak binasa, dalaman mengkagumkan. Kau milik mereka yang cemerlang – kau adalah sinaran ilahi. 

Apakah yang kau lihat pada kecantikan diri sendiri? Kau masih berselubung … Subuh menjelang pagi, bagi mentari, kau akan akan bangkit daripada diri kau sendiri. Adalah memalukan dilitupi seperti ini, bagai bulan di bawah awan. Koyak tubuh awan! Kau adalah bulan yang mengkagumkan. Kau bagai seekor helang kaki-kakinya terikat, ditambat ke badan – ini kuku-kuku kau untuk kau rungkai simpulannya. 

Betapa gembira emas tatkala ia masuk ke dalam api! Kerana di celah kibaran apilah ia boleh tonjol mutu keunggulannya dan pancar kemurniannya. Jangan lari daripada kibaran api! Apa berlaku jika kau pijak sebagai suatu ujian? Ia takkan bakar kau, aku jamin. Wajah kau akan berseri seperti emas. 

Kerana kau adalah kerabat Ibrahim, pengetahuan dahulu kala berada pada kau. Tiada lombong berbatu permata seperti kau! Dunia ini tiada kehidupan seperti kau! Kerana dunia ini mereput sedangkan kau kehidupan yang memberi kehidupan. 



Lenyap Diri Kau

Lenyap diri kau dalam percintaan ini. Apabila kau lenyap diri kau dalam percintaan ini, kau akan temui semua benda. 

Lenyapkan diri kau, lenyapkan diri kau. Jangan risau kehilangan ini. Kerana kau akan bangkit dari bumi ini lalu peluk syurga-syurga tak berkesudahan. 

Lenyapkan diri kau, lenyapkan diri kau. Selamatkan diri daripada bentuk duniawi. Kerana tubuh ini adalah rantai, dan kau adalah banduan. Pecahkan dinding penjara dan berjalan di luar bersama raja-raja dan putera-puteranya. 

Lenyapkan diri kau, lenyapkan diri kau di kaki raja mulia. Apabila kau lenyapkan diri kau di hadapan raja, kau akan menjadi seorang raja. 

Lenyapkan diri kau, lenyapkan diri kau. Selamatkan diri daripada awan hitam yang menyelubungi kau. Nanti, kau akan lihat cahaya kau sendiri yang berseri-seri bagai bulan purnama. 

Sekarang masuk alam kesunyian. Ini adalah cara paling pasti untuk lenyapkan diri kau … Apakah sebenarnya kehidupan kau? Tiada apa melainkan perjuangan untuk menjadi seseorang. Tiada apa melainkan melarikan diri daripada kesunyian kau sendiri.



Kisah Hidup Aku 

Aku dah sedia untuk bercerita mengenai kisah hidup aku tapi lelehan air mata dan penderitaan hati aku tak membenarkanku. 

Aku mula tergagap-gagap sebut perkataan itu dan ini dan sepanjang tempoh ini aku berasa bagai selembut kristal yang nak berkecai. 

Di lautan bergelora yang kita namakan kehidupan, kapal-kapal besar berkecai sekeping papan demi sekeping papan. 

Bagaimana mungkin aku selamat menaiki sebuah perahu kecil yang sunyi tanpa dayung dan lengan. [nota: Makna arms lebih kepada senjata seperti pistol dan senapang, tapi di sini agak ganjil jika dikembarkan perkataan dayung dengan senjata.]

Perahuku akhirnya pecah dipukul ombak dan aku bebas daripadanya dengan mengikat tubuhku kepada sekeping papan. 

Walau cemas menghilang, aku kini tersinggung, kenapa aku amat tak berdaya apabila dilambung gejolak ombak dan tenggelam ditarik ombak yang datang berikutnya? 

Aku tak tahu sama ada aku tak wujud di kala aku wujud tapi aku pasti bahawa sewaktu aku wujud, aku tak wujud manakala semasa aku tak wujud, aku wujud. 

Sekarang bagaimana mungkin aku keliru mengenai kebangkitan semula dan kembali hidup. Kerana di dunia ini aku banyak kali berkhayal yang aku mati dan dilahirkan semula. 

Inilah sebabnya setelah lama aku hidup terseksa sebagai seorang pemburu, aku akhirnya berhenti berburu lalu kemudiannya aku ditawan dan menjadi seorang merdeka.





































































































Comments