Aku sekarang cepat letih mata jika baca buku begitu juga apabila renung skrin komputer. Jadi, aku letak berbaris di sini beberapa cerpen dan sajak - majoritinya, mungkin semua, karangan penulis Indonesia kerana karya mereka mudah dicapai dari YouTube - dan aku akan dengar sekali-sekala kelak. Ketika di sekolah rendah, aku sering pinjam buku-buku kanak-kanak nipis di kutub khanah Sekolah Kebangsaan Batu Hampar, Jalan Taiping-Bruas. Contohnya, buku Sang Kancil Dengan Buaya serta Hikayat 1001 Malam. Ketika di sekolah menengah dari akhir 1970-an ke awal 80-an, aku makin kuat membaca, dan aku baca genre novel pula walaupun aku pelajar aliran sains. Setiap minggu, aku pasti pinjam satu novel dari perpustakaan sekolah melainkan di musim peperiksaan - karya-karya Hamka, A Samad Said, Pak Sako, Usman Awang, Shahnon Ahmad, Khatijah Hashim, Anas K Hadimaja dan lain-lain. Novel-novel dalam bahasa Inggeris karya penulis Barat aku tak pernah sentuh melainkan beberapa buku Enid Blyton dan Pearl S Buck, yang pertama aku baca di perpustakaan kerana cerita detektif kanak-kanaknya amat menarik manakala yang kedua aku perlu baca sebuah novelnya, The Good Earth ketika belajar di kelas bahasa Inggeris semasa di Tingkatan 3. 

 

















































































































































































Comments