Ketika remaja di era 1980-an, aku kerap juga menonton penyajak-penyajak tempatan baca sajak di Kompleks Dayabumi serta sekitar Pasar Seni, Kuala Lumpur. Sebenarnya, aku lebih gemar genre novel, tapi di waktu itu kebanyakan sasterawan tempatan tiada yang rasanya suka baca excerpt novel mereka seperti yang dilakukan ramai penulis luar negara sekarang. Aku ketika itu sekadar suka tengok gaya sebahagian penulis tempatan yang terpekik terlolong baca sajak sementara aku sekadar memandang di kejauhan sambil menyedut asap rokok. Semasa mula bekerja sebagai wartawan pada awal 1990-an, pernah juga aku beberapa kali ke majlis anjuran kumpulan sasterawan, termasuk acara "berkelah" di perkarangan Masjid Negara - makan, minum dan berbual kisah-kisah bukan hal sastera sangat pun! Apa-apa pun, bila dah usia separuh abad, aku terasa sedap juga melayan sajak, khususnya yang beraliran sufi. Aku letak kat sini beberapa video yang aku nak tonton sekali sekala. 


































































































































































































































































































































Comments