Henning Mankel, penulis Sweden, terkenal dengan novel penyiasatan dengan watak utama, Inspector Wallander, serta kisah-kisah di Afrika kerana beliau banyak melakukan kerja kebajikan di benua berkenaan. Ada beberapa novel beliau yang jelas menunjukkannya "bersimpati" dengan kaum Yahudi. Beberapa penulis lain yang ada di sini pun sama. Jadi, jika anda tonton video-video di bawah ni, jangan abai pemahaman Islam sebenar. 



Ayah

Kau tak lakukannya, kau tak lakukannya
Lagi, kasut hitam
Di mana aku hidup seperti kaki
Selama tiga puluh tahun, orang kulit putih tapi miskin,
Tak berani bernafas atau bersin.

Ayah, aku terpaksa bunuh kau
Kau mati sebelum aku sempat lakukannya -
Marmar berat, beg penuh Tuhan,
Patung ngeri dengan satu ibu kaki kelabu
Besar seperti singa laut San Francisco

Dan berdepan kepelikan Atlantik
Di mana ia curah kacang hijau ke atas biru lautan
Di perairan hadapan Pantai Nauset nan indah.
Aku pernah berdoa supaya kau sembuh.
Oh Tuhan.

Berbahasa Jerman, di bandar warga Poland

Rata dilanyak jentolak
Dek kerana perang, perang, perang.
Tapi bandar itu namanya biasa-biasa sahaja.
Rakan aku warga Poland

Katanya ada sedozen dua.
Jadi aku tak dapat bagitahu di mana kau
Letak kaki kau, akar kau,
Aku tak pernah bercakap dengan kau.
Lidahku tersangkut di rahang.

Terjebak dalam jerat kawat duri.
Ich, ich, ich, ich
Aku sukar bercakap.
Aku fikir setiap warga Jerman adalah kau.
Dan bahasa lucah

Sebuah enjin, sebuah enjin,

Mengunyah aku seperti seorang Yahudi.
Seorang Yahudi menuju Dachau, Auschwitz, Belsen.
Aku mula bercakap seperti Yahudi.
Aku fikir aku mungkin sebenarnya Yahudi.

Salji di wilayah Tyrol, bir jernih Winna
Adalah sangat murni atau benar.
Dengan leluhur Gipsi aku dan tuah pelik aku
Dan pek tarot aku dan pek tarot aku
Aku mungkin sedikit seperti seorang Yahudi.

Aku sering takutkan kau,
Dengan Luftwaffe kau, Gobbledygoo kau,
Dan misai rapi kau
Dan mata Aryan kau, biru cerah.
Pemandu panser, pemandu panser, oh kau –

Bukan Tuhan tapi swastika

Sangat hitam tiada langit mampu mengatasi.
Setiap wanita memuja seorang Fasis
Pondok di wajah, kasar
Hati kasar seorang kasar seperti kau.

Kau berdiri dekat papan hitam, ayah,
Dalam gambar yang aku ada tentang kau
Kau sumbing di dagu bukannya di kaki
Tapi tidak juga kurang syaitan kerana itu, tidak tak
Kurang seperti lelaki kulit hitam yang

Gigit jantung merah berseri aku menjadi dua.
Aku sepuluh tahun ketika mereka menguburkan kau
Ketika dua puluh tahun aku cuba untuk mati
Dan kembali, kembali, kembali kepada kau.
Aku fikir tulang-tulang pun akan melakukannya.

Tapi mereka tarik aku keluar dari karung,
Lalu mereka lekat aku bersama-sama perekat.
Dan kemudiannya aku tahu apa perlu dibuat.

Aku buat model seperti kau,

Seorang lelaki berpakaian hitam dengan wajah Meinkapf

Dan sebuah cinta rak dan skru.
Dan aku sahut aku terima, aku terima.
Oleh itu ayah, aku telah sampai ke akhirnya.
Telefon hitam berpisah di bahagian akar,
Suara sudah tak mampu berhubung melalui cacing.

Jika aku telah bunuh seorang lelaki, aku telah bunuh dua -

Puntianak yang mengaku dia itu kau

Dan telah minum darah aku selama setahun,
Tujuh tahun, sebenarnya jika kau ingin tahu.

Ayah, kau boleh kembali berbaring sekarang.

Ada tusukan dalam jantung hitam gemuk kau

Dan penduduk kampung tak pernah sukakan kau

Mereka menari dan menginjak tubuh kau.
Mereka sejak dulu tahu bahwa itu kau.
Ayah, ayah, kau anak haram, ucapan aku habis di sini.

12 Oktober 1962

(nota: Ach du adalah ungkapan terkejut dan tak suka akan sesuatu dalam bahasa Jerman yang jika disebut dalam bahasa Melayu seperti Oh! Tuhan atau Oh! Sayang. Sebenarnya, sajak ini jelas dituju kepada ayah penyajak kerana ada ungkapan satu ibu jari kelabu yakni bahagian kecil pada tubuh ayahnya itu terpaksa dipotong kerana kencing manis, manakala singa laut menunjukkan badan ayahnya besar. Ich itu maksudnya saya atau aku. Dachau, Auschwitz, Belsen ialah kem tahanan semasa perang yang dipenuhi orang Yahudi. Tyrol ialah kawasan di utara Itali. Pek tarot popular dimainkan di Eropah Tengah. Jumlah kadnya tak tentu tapi biasanya mengandungi 22 atau ditambah 40, 52 atau 56 kad. Ia juga diguna sebagai alat untuk menelik nasib. Luftwaffe ialah bala tentera udara. Gobbledygoo ialah istilah bagi bahasa yang kelihatan penting dan rasmi tapi sukar difaham. Panzer ialah kereta kebal Jerman. Booth dan brute adalah sekadar perkataan seirama, jadi apabila saya terjemah pondok dan kasar jadilah kedua-duanya tak seirama. Selain itu, pondok yang biasanya comel itu pula tidak kedengaran ganas seperti perkataan kasar. Namun begitu, saya tak tahu nak letak perkataan lain dan saya gambarkan pondok itu usang dan tetap ganas! Dulu-dulu semasa saya sekolah rendah dan sekolah menengah, dari awal 1970-an sehingga awal 1980-an, istilah papan hitam diguna pakai bagi papan tulis yang digantung depan bilik darjah atau kelas tapi kemudiannya istilah ini semakin kurang digunakan sebab warna papan yang dikatakan hitam itu difahamkan bukan hitam. Saya buta warna tapi saya rasa papan hitam itu - guna batang kapur tulis pelbagai warna sebagai alat menulis - kebanyakannya berwarna hijau, bukan? Dan, sekarang, kebanyakan sekolah  menggunakan whiteboard dan marker pen. Meinkapf bermaksud Perjuangan Aku iaitu manifesto Hitler yang mengandungi komponen Nazi, anti Yahudi, pandangan dunia perkauman serta dasar antarabangsa agresif untuk memperolehi Lebensraum atau keselesaan golongan berkenaan menetap di Timur Eropah.) 




























































Comments