LAYAN SAJAK KE-2


Waktu Aku Henti Benci Diri Sendiri

oleh illneas

 

wahai aku di masa lalu

sebelum kau putus asa

lihat diri kau di cermin tanpa ilusi masa

lihat bagaikan jarak di antara kita boleh dihitung di sebalik parut-parut yang semakin pudar

bukannya beberapa saat

sebelum kau meninggalkan harapan

ingat bahawa untuk mencukupi

tiada kaitan dengan siapa kau

dan lebih kepada siapa kau akan jadi

sebelum kau menyerah kalah kepada suara-suara dalam kepala kau

aku perlu bagitahu kau bahawa idea-idea kau takkan diam

oleh itu cuba bentuk semula mereka

biar mereka memancar melalui kau

sebelum kau kecewa terhadap orang ramai

fahamilah bahawa kesepian tak seteruk kegembiraan yang tak dikongsikan

dunia ini dipenuhi orang cantik

dalam bentuk-bentuk yang tak terjangkakan

oleh itu belajar mempercayai mereka

kadang-kadang aku harap kau boleh lihat diri kau sendiri melalui mata aku

dan kemudiannya aku sedari yang kau akan buat begini

untuk masa sekarang

renung ke cermin di hadapan kau

bagai kau boleh sedar bahawa ketidaksempurnaan adalah satu lagi teori kemanusiaan

dan jika kau masih ingin putus asa

jika kau masih lagi mahu menyerah kalah kepada suara-suara berkenaan

jika kau masih pergi tidur dengan harapan kau takkan bangkit kembali

letak tangan kau di atas jantung kau

dan bayangkan darah dalam tubuh kita

biar setiap hembusan nafas membawa kau ke masa depan

sehingga kita menjadi satu

aku yakinkan kau

ia semakin baik

dan malah jika kau tak setuju dengan aku

kekal sedar bahawa

aku akan selalu berbangga dengan pencapaian kau



5 perkara aku belajar daripada mak aku

 

I

Bagaimana merokok berhubung puntung dalam bilik hotel

Yang sengaja dilabel

“Dilarang Merokok” dengan membuka

Tingkap dan pasang pendingin hawa paling kuat.

II

Bagaimana mencintai vodka lebih daripada diri sendiri.

Dua puluh dollar boleh beli sebotol Sky

Berbanding menyediakan makan malam di atas meja.

Aku dah tahu bahawa alkohol suatu ketagihan

Lebih teruk daripada dadah kerana ia sah.

Vodka mengubat semua benda,

Melainkan patah hati.

III

Patah hati hanya boleh diubati dengan lebih ramai lelaki.

Perkenalkan mereka kepada anak perempuan kau, tidur dengan mereka,

Dan jangan jemput semula mereka adalah persekitaran terbaik

Kepada anak-anak kau

Dan jika anak-anak kau marah kau –

Minum koktel.

Vodka mengubat semua benda.

IV

Dia telah mengajar aku bagaimana untuk hidup

Dengan masalah suhad sewaktu dia tiada.

Kerana malam-malam aku harung seorang diri di rumah

Menanti “berjam-jam” bertukar menjadi seluruh malam –

Aku tak tidur.

Aku belajar benci diri sendiri kerana terlalu penyayang

Jika dia okey

Kerana sewaktu memikirkan tentangnya,

Dia memikirkan secara rambang

Lelaki di katil di sebelah dia.

Aku takut malam-malam itu

Selindung malam-malam itu dengan

“Aku hanya tak cukup tidur”

Sedangkan sebenarnya hati aku remuk lagi dan lagi.

Kepingan-kepingan itu menjadi terlalu kecil

Kerana dia tak pernah bantu aku mengutipnya

Dalam tempoh berpanjangan.

Dia tak pernah berada di rumah untuk lihat bagaimana kemurungan

Boleh membunuh,

Bagaimana penyakit ini mulai membunuh anak perempuannya sendiri.

Bagaimana kebimbangan telah meracuni aku dengan

Lelaki-lelaki secara rambang tidur di bawah

Bumbung yang sama seperti aku.

Aku ajar diri aku sendiri bahawa cinta tak wujud

Dan aku takkan temui cinta sebenar dengan bertemu janji dengan bajingan-bajingan

Seperti mana yang dia alami.

Dia tak dapat lihat bagaimana teruk kesesatan aku.

Berapa keping cermin aku telah pecahkan berbanding

Diri aku sendiri,

Tapi jangan riisau.

Vodka mengubat semua benda.

V

Dia mengajar aku pelajaran mengenai imej diri

Dan asalkan kau tutup muka kau

Dengan solekan

Dan tubuh kau dengan pakaian-pakaian yang mendedahkan

Dan asalkan kau berada di bar,

Seseorang akan tidur dengan kau.

Namun, dia tak dapat pilih untuk melihat

Bahawa perkataan bunuh diri pernah wujud dalam

Kosa kata aku.

Bagaimana dia tak pernah ada di sana

Apabila aku amat memerlukan dan

Jika dia kata dia ada,

Dia pening teruk kerana mabuk arak.

Tinggal di rumah “kawan-kawan” bukannya

Pergi kerja kerana dia berasa tak sedap badan

Mengajar aku supaya tidak reka alasan-alasan

Bersedih diri sendiri seperti yang dilakukannya.

Dia ajar aku apa yang perlu tidak dibuat.

Bagaimana untuk tidak berlakon jika aku tak

Mahu anak-anak aku membesar

seperti aku.

Dia ajar aku

Sifat berdikari tak boleh dielak

Tapi kau takkan cukup hebat untuk menyara diri sendiri.

Dunia akan sentiasa menekan engkau ke bawah

Dan dia ajar aku bahawa tak penting pun jika kau lawan kembali

Atau jika kau hormat diri kau sendiri

Atau kau ambil berat mengenai sesiapa pun yang lain

Kerana dia ajar aku

Vodka mengubat segala benda.

 

Dan kali terakhir dia pulang rumah mabuk

Aku lempar botol berkenaan keluar tingkap

Dan dapati diri aku berada dalam kesejukan salji

Air mata membasahi muka aku.

Aku tahu dapatkan sokongan.

Aku tahu perjuangan ini paling sukar dalam kehidupan.

Aku tahu aku telah putus asa,

Hancur berkecai.

Aku tahu dia takkan cukup bagus

Untuk mengajar aku satu lagi perkara sial dalam kehidupan aku

Kerana aku berhak yang lebih baik.

 

Dan di atas kehancuran aku,

Aku kecap vodka miliknya.

Dan aku pelajari

Bahawa vodka tak mengubat semua benda.

 

(nota: Kebiasaannya, cocktail atau koktel ialah campuran sejenis arak atau pelbagai jenis arak dengan sebarang jus buah-buahan atau krim. Vodka ialah arak cecair jernih yang bahan utamanya ialah air dan ethanol yang dikilangkan di Poland, Rusia dan Sweden. Suhad atau arik adalah istilah yang sama makna dengan insomnia.)























































































Comments