Lagu di bawah ni saya minat sangat semasa saya berusia hampir 20 tahun. Saya nak juga dengar sekali-sekala sekarang. Apa-apa pun, liriknya tetap sesuai untuk menggambarkan keadaan yang berlaku di seluruh dunia mutakhir ini. Selanjutnya, saya letak sajak-sajak yang saya rasa ada kaitan dengan Synchronicity II.
Nenek menjerit-jerit hala ke dinding
Kami perlu memekik mengatasi bunyi bijirin beras
Kami tak dengar apa-apa langsung
Mak ulang doa mengenai kebosanan dan kekecewaannya
Tapi kami tahu semua kejadian bunuh diri itu palsu
Ayah sekadar merenung jauh
Inilah sahaja yang boleh dilakukannya
Berbatu-batu jauhnya, sesuatu merangkak dari lendiran di dasar sebuah
tasik di Scotland.
Seterusnya, pagi di kawasan perindustrian jelik
Kilang mengeluarkan kepulan kotoran ke langit
Seorang lelaki berjalan tanpa dihalang melintasi sempadan berpiket hari
ini
Dia tak berfikir apa sebabnya
Setiausaha-setiausaha mencebik dan berhias diri bagai kuih tart murah di
daerah lampu merah
Tapi, apa yang dia terfikirkan untuk buat hanya memandang
Dan, setiap mesyuarat dengan orang yang kononnya berpangkat lebih tinggi adalah
amat mengaibkannya bagai di tendang celah kangkang
Jauh berbatu-batu, sesuatu merangkak ke permukaan sebuah tasik gelap di Scotland
Suatu hari bekerja sekali lagi selesai
Hanya perlu tempuh masa sibuk untuk balik
Sesak bagai tikus-tikus artik di dalam kotak-kotak logam berkilat calon-calon
perlumbaan bunuh diri
Ayah tetap terpaku dan keseorangan merenung jauh
Dia tahu sesuatu dan di mana-mana bakal meledak
Dia melihat ancaman yang bakal menimpa keluarganya
Penderitaan ke atasnya membuatkan bebola matanya rasa sakit
Jauh berbatu-batu kelihatan bayang-bayang di pintu kotej, di pantai
sebuah tasik gelap, di Scotland
Berbatu-batu jauhnya, berbatu-batu jauhnya
Sebuah kotej di pantai
Sebuah tasik gelap di Scotland
Berbatu-batu jauhnya, berbatu-batu jauhnya
nota: Saya terjemah terus maksud beberapa peribahasa Bahasa Inggeris dalam lagu di atas ini bagi memudahkan anda faham liriknya. Dalam pada itu, perkataan sinkronisiti tiada dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga tapi pada saya ia sesuai di-Melayu-kan sebegini. Yang ada dalam kamus ini hanya sinkronik dan sinkronisasi. Synchronicity pula bermaksud berlaku serentak. Oleh itu, maksud lagu ini ialah si ayah mungkin bertindak ganas serentak dengan kemunculan raksasa di Tasik Lock Ness. Lock dalam loghat di negara terbabit bermaksud lake atau tasik.
Comments
Post a Comment