Video-video saya nak tonton kemudian nanti, dan di sini saya ucapkan kepada yang berkunjung ke blog saya ini Selamat Menyambut Aidiladha tak lama lagi, insya-ALLAH. Saya turut minta maaf zahir & batin kepada kamu semua. Anda pula, jika ada salah pun, saya insya-ALLAH maafkan ♡♡♡
Di bawah ini, ada beberapa monolog, sajak & lagu sufi - selain video-video hal politik dan sebagainya - yang tentunya sukar difahami atau diterima pakai orang awam kerana aliran ini bagaikan air. Air boleh jadi penawar, air juga boleh jadi racun. Saya difahamkan, sebuah pertubuhan sufi kian popular dan beribu pejabat berdekatan Jalan TAR, Kuala Lumpur, tak jauh dari Kompleks Pertama. Ramai cendiakawan yang berkedudukan tinggi dan bergaji besar menyertainya. Pada saya - saya tak sertai sebarang pertubuhan sufi - nilai kesufian perlu ada dalam dada setiap orang Islam meskipun kita tidak menjadi ahli sesebuah pertubuhan sufi.
Bukankah Aku telah bagitahu kau
jangan tinggalkan Aku kerana
Aku adalah satu-satunya rakan kau,
Aku adalah mata air kehidupan.
Jika pun kau membawa diri
beribu-ribu tahun lamanya
kau akan kembali kepada Aku
kerana Aku adalah matlamat kau dan penghujung
hidup kau.
Bukankah Aku telah bagitahu kau
jangan tergoda dengan
warna-warni dunia kerana
Aku adalah pelukis paling muktamad.
Bukankah Aku telah bagitahu kau
kau seekor ikan
jangan hampiri daratan kering
kerana Aku adalah samudera dalam.
Bukankah Aku telah bagitahu kau
jangan terjebak dalam pukat
bagai unggas kerana Aku adalah
sayap-sayap kau dan punca kekuatan
cahaya.
Bukankah Aku telah bagitahu kau
jangan biar mereka ubah
fikiran kau dan jadikan kau ais
kerana Aku adalah api kau dan
kehangatan.
Bukankah Aku telah bagitahu kau
mereka akan memusnahkan kau
dan memaksa kau lupa yang
Aku adalah mata air kepada segala
kebaikan.
Bukankah Aku telah bagitahu kau
jangan pertikai tindakan-tindakan Aku
kerana semuanya mengikut aturan.
Aku adalah pencipta.
Bukankah Aku telah bagitahu kau
hati kau boleh tunjukkan kau jalan pulang
kerana ia sentiasa tahu yang
Aku adalah tuan yang memiliki kau.
Jangan cinta kekasih-kekasih yang
separuh hati
Jangan layan rakan-rakan yang separuh
kawan
Jangan memanjakan karya mereka separuh
mahir
Jangan hidup separuh kehidupan dan
jangan mati separuh kematian
Jika kau pilih kesunyian, duduk
senyap-senyap
Tatkala kau cakap, terus bersuara hingga
kau selesai
Jangan berdiam diri jika kau ingin
nyatakan sesuatu
dan jangan bercakap jika kau ingin
sepikan diri kau
Jika kau akur, perlihatkan secara terus
terang,
jangan selindungkannya
Jika kau menolak pula, pastikan jelas
kerana penolakan samar-samar
bermakna kau ada sedikit hasrat
menerimanya
Jangan terima rumusan separuh masak
Jangan percaya segala kenyataan yang
separuh betul
Jangan impi impian separuh bayangan
Jangan berkhayal mengenai
harapan-harapan separuh jalan
Minum separuh takkan mengubat dahaga
kau,
makan separuh takkan mengenyangkan kebuluran kau
Bergerak sebahagian jarak perjalanan takkan membawa kau ke mana-mana
Sebahagian idea sahaja takkan
mendatangkan kau sebarang hasil
Sebahagian yang lain ini bukanlah apa
yang kau damba
Ia adalah kau dalam tempoh berlainan walau kau tetap berada dalam ruang sama
Ia adalah kau meskipun bukan sebenarnya kau
Sebahagian kehidupan daripada suatu kehidupan yang kau tak pernah tempuh
Sepatah perkataan yang kau tak pernah kata
Sekuntum senyuman yang kau tangguh
lontarkan
Sebutir cinta yang kau belum kecap
Sebuah persahabatan yang kau tak
sedar terjalin
Menggapai tujuan dan yang tidak
pernah tiba
Bermakna dan yang tidak berkesan
Hadir tapi tidak ada
Apa yang membuatkan kau seorang asing
kepada mereka amat mirip kepada kau
dan mereka yang asing kepada kau
Yang sebahagian ini adalah
semata-mata suasana ketidakmampuan
tapi kau berkemampuan kerana kau bukan manusia yang separuh wujud
Kau adalah insan sepenuhnya yang wujud
untuk mengharungi kehidupan yang
bukannya sebahagian kehidupan
Para Penjilat
oleh Toga Nainggolan
Aku: perkenalkan saya, hmmm … siapa ya??? (dengan wajah
pura-pura tahu.) Sebut saja saya Robert atau Micheal. Ya hanya nama itu yang
bisa mencerminkan betapa kayanya saya.
(berjalan-jalan mengelilingi stage, sambil berfikir lagi)
Aku: aku memang kaya, tapi maaf saya bukan maksud hati untuk
sombong atau congkak, tapi buat apa minta maaf, iya khan? (dengan wajah sinis)
(duduk di kursi sambil mengangkat kaki satu ke atasnya)
Aku: kalian tahu, sebenarnya saya ini ramah, sudah kaya
pula. Tapi kenapa kalian-kalian memaksaku menjadi begini? (dengan nada marah)
(berdiri dan naik ke atas kerusi)
Aku: apa? Apa kau lihat-lihat? Mau nantangin? Apa?
Menyuruhku minta maaf? Gara-gara aku tak sopan? Pintar sekali kau. Enyah
(semakin marah)
(kembali duduk di kursi)
Aku: baiklah. Baik saya akan beri tahu kenapa saya seperti
ini dan kenapa saya sangat enggan meminta maaf. (dengan ekspresi jengkel)
(membuka jas dan memutari kursi)
Aku: mama, aku sudah pulang kerja Mama? Ma? Masih di salon
ya? (sambil melihat jam tangan)
Aku: papa? Oh iya, papa masih di amrik ya? Ck, bisa-bisanya
aku lupa. Sudah lah.
Aku: rumah segede ini yang tinggal Cuma aku? Payah.
Benar-benar payah jadi orang kaya, sangat kesepian, dengan tetangga saja tak
kenal, bukannya aku tak mahu tapi pasti mereka juga tak mau. Maklum, pasti
sibuk alasannya. Alasan klasik yang manjur juga untuk menolak sesuatu.
(kembali berdiri dan mengelilingi stage)
Aku: mana bisa tahan kalau hidup di tengah-tengah orang yang
hanya memikirkan harta dan kekayaan saja.
Aku: pengen rasanya aku hidup sederhana, atau miskin
sekalian. Yang penting dapat merasakan suasana kekeluargaan yang bahagia, yang
di mana tak ada yang bersifat individualis dan hanya mencari uang tanpa peduli
dengan keluarga dan anaknya sendiri.
(ke backstage
mengganti pakaian)
Aku: pagi ibu, saya Michael. Boleh tidak saya tinggal
beberapa waktu? (dengan wajah tersenyum)
Aku: boleh? Bener nich? Terima kasih ya bu.
(duduk di lantai)
Aku: kalo ibu kerjanya apa? Adik-adik, masih pada sekolah
khan? Bapak kerjanya apa?
Aku: oh begitu (dengan wajah sedih). Jadi bapak tak kerja
lagi ya? Jadi adik-adik ini sudah tak sekolah lagi ya? Oh, adik-adik masih
sekolah tapi sudah tak punya uang lagi ya untuk melanjutkan sekolah?
Aku: adik kalau sekolah di jemput ya bu? Enggak? Tapi khan
adik masih terlalu kecil kalau jalan sendiri. (merasa kasihan dan cemas)
Aku: ibu punya HP? Saya ingin menelfon ke rumah agar mereka
tahu bahwa saya baik-baik saja. Tidak punya ya? Maaf ya bu (dengan tampang
menyesal)
Aku: ya bu? Ibu butuh uang? Untuk beli dan bayar uang
sekolah adik-adik? Oh ya, ini bu. Adik-adik juga? Ini buat jajan ya (dengan
perasaan tenang)
(keesokan harinya)
Aku: pagi pak, duduk-duduk saja nich? Ah, bapak jangan
seperti itu, saya tidak kaya hanya saja memiliki harta yang cukup.
Aku: apa? Bapak ingin motor? Iya, iya ntar saya usahakan
(dengan rasa sedikit jengkel)
Aku: bapak, saya izin keluar dulu ya? Sebentar saja kok.
(kemudian si Michael memutuskan untuk pergi dari rumah
miskin itu selamanya)
Aku: semuanya sama saja. Keparat. Taka da yang bermoral
baik, yang kaya egois. Yang miskin pemeras. Semua sama, enyah saja (dengan nada
marah dan berteriak)
(kembali ke belakang stage
dan mengganti baju)
Aku: sekarang sudah tahu kenapa saya enggan minta maaf.
Dasar para penjilat.
Comments
Post a Comment