Sejak sekolah menengah, aku suka baca majalah dan buku sastera, walaupun aku belajar dalam aliran sains. Di rumah aku di kampung tiada lemari atau rak buku, lalu aku letak semuanya dalam kotak-kotak. Arwah mak aku telah memberikan kepada orang yang minta sehingga tiadalah lagi komik, akhbar, novel dan Dewan Sastera yang aku kumpul dan beli sejak akhir 70-an. Mak aku tak salah, aku yang jarang pulang kampung bermula awal 80-an. Al-Fatihah untuk mak aku. Ada yang mak aku buang, dan ada juga satu dua yang tersisa kerana terselit di celah-celah dokumen-dokumen lain dalam sideboard bercermin untuk bersolek. Sekarang, apabila ada masa lapang, aku nak tonton orang lain atau penulisnya sendiri baca cerpen. Ditakdirkan, aku mudah mendapatkan bahan dari Indonesia melalui YouTube berbanding tulisan sasterawan tempatan. Aku main letak saja cerpen-cerpen di sini, dan besar kemungkinan, banyak yang sama tajuknya. 









































































































































Comments