PKP pulak! Berlanjutan selama 2 minggu. Selain beribadat khusus, dengar la sajak-sajak di bawah ni dan semoga anda peroleh manfaat! Ada sebilangan sajak - dibaca dalam Bahasa Inggeris - saya akan terjemah suatu masa nanti, insya-Allah.
Menghisap sebatang lisong
oleh Meggie Royer
Pagi hari setelah aku bunuh diri, aku bangun tidur.
Aku masak sendiri sarapan untuk aku lahap di atas katil. Aku tambah garam dan lada pada telur-telur lalu guna roti bakar untuk buat sandwic bakon berkeju. Aku perah limau gedang dengan meneteskan jusnya ke dalam gelas. Aku kikis kotoran pada kuali dan cuci sisa mentega di kaunter. Aku basuh pinggan dan lipat tuala-tuala.
Pagi hari setelah aku bunuh diri, aku jatuh cinta. Bukan kepada remaja lelaki di hujung lorong atau pengetua sekolah menengah. Bukan juga kepada dia yang berlari setiap hari atau pekedai runcit yang sering membiarkan avokado-avokado di luar beg. Aku jatuh cinta kepada ibu aku dan cara beliau duduk di atas lantai bilik aku sambil memegang setiap koleksi batu aku di dalam kedua-dua tapak tangannya sehingga ia menjadi gelap dibasahi peluh. Aku jatuh cinta kepada ayah aku yang berada di sungai sewaktu beliau memasukkan nota aku ke dalam botol lalu melepaskannya ke dalam arus. Begitu juga dengan saudara lelaki aku yang dulunya percaya kewujudan unicorn tapi sekarang duduk depan mejanya di sekolah sambil berusaha untuk percaya aku masih wujud.
Pagi hari setelah aku bunuh diri, aku bawa anjing bersiar-siar. Aku perhati ekornya tersentak sewaktu seekor burung terbang berdekatan atau bagaimana dia bergerak semakin laju tatkala melihat seekor kucing. Aku dapat lihat ruang kosong di matanya ketika dia mencapai sebatang ranting lalu berpusing untuk menyapa aku seiring mengajak aku bermain tapi tak lihat sesiapa melainkan langit sebagai pengganti diri aku. Aku berdiri di samping semasa mereka tak dikenali menggosok muncungnya dan dia layu tatkala disentuh seperti mana perlakuan dia dan aku dulu.
Pagi hari setelah aku bunuh diri, aku pergi ke laman jiran di mana aku tinggalkan bekas-bekas tapak kaki aku pada konkrit sewaktu aku berusia dua tahun dan meneliti bagaimana ia sudah pudar. Aku petik beberapa kuntum day lily dan rentap sedikit rumpai liar lantas renung seorang wanita tua di belakang tingkap rumahnya sedang membaca akhbar yang memaparkan berita kematian aku. Aku lihat suaminya meludah tembakau ke dalam sinki dapur sebelum bawakan ubat-ubat harian isterinya.
Pagi hari setelah aku bunuh diri, aku hayati kemunculan mentari. Setiap pokok oren terserlah bagai sebelah tangan dan seorang kanak-kanak di hujung lorong menunjuk-nunjuk segumpal awan merah kepada ibunya.
Pagi hari setelah aku bunuh diri, aku kembali ke sekujur tubuh di bilik mayat dan cuba mengajaknya berfikir wajar. Aku beritahu beliau mengenai avokado-avokado dan batu-batu loncatan, sungai dan ibu bapanya. Aku beritahu juga mengenai mentari terbenam dan anjing dan pantai.
Pagi hari setelah aku bunuh diri, aku cuba hidupkan kembali diri aku, tapi aku tak boleh menamatkan apa yang aku sendiri mulakan.
If porcelain then only the kind
by Stanisław Barańczak
translated from Polish with the help of Anna Grela
If porcelain, then only the kind you won’t miss under the shoe of a mover
or the tread of a tank;
if a chair, then not too comfortable, lest
there be regret in getting up and leaving;
if clothing, then just so much as can fit in a suitcase,
if books, then those which can be carried in the memory,
if plans, then those which can be forgotten
when the time comes for the next move
to another street, continent, historical period
or world:
who told you that you were permitted to settle in?
who told you that anything would last forever?
did no one ever tell you that
you will never in this world feel at home?
Jika oleh Rudyard Kipling
Jika kamu mampu tenang tika semua orang lain
Kalut lalu menyalahkan semuanya kepadamu,
Jika kamu dapat percaya dirimu sendiri tika semua lelaki meragui kamu,
Tapi kamu turut mempertimbang keraguan mereka;
Jika kamu mampu menunggu dan tak letih menunggu,
Atau kamu ditipu, kamu tidak berkompromi dengan penipuan,
Atau kamu dibenci, kamu tidak memberi laluan kepada kebencian,
Dan kamu tidak terlihat terlalu baik, juga tidak bersuara bijaksana;
Jika kamu mampu bermimpi - dan tidak anggap mimpi-mimpi kamu menjadi tuan kamu;
Jika kamu mampu berfikir - dan tidak menjadikan fikiranmu sebagai matlamat kamu;
Jika kamu mampu berdepan dengan Kemenangan dan Kemusnahan
Dan memperlakukan kedua-dua penyamar ini sama sahaja;
Jika kamu sanggup dengar kebenaran yang kamu suarakan
Diputar belit oleh mereka yang tidak jujur bagi memerangkap manusia bodoh,
Atau lihat rancangan yang kamu atur, hancur,
Dan kamu membongkok diri lalu kamu bina kembali dengan sisa-sisa kehancuran;
Jika kamu mampu mengumpul semua kemenanganmu
Dan mempertaruh semuanya itu pada satu kali lambungan syiling,
Dan kalah, dan kamu mula semula seperti awal dulu
Dan kamu tidak menghirup nafas sepatah perkataan pun mengenai kekalahan kamu;
Jika kamu mampu paksa hati dan saraf dan otot kamu
Untuk kembali berkhidmat setelah lama mereka menghilang diri,
Dan kamu tetap bertahan tika tiada tenaga tersisa di dalam dirimu
Kecuali Keazaman yang berkata kepada mereka: "Bertahanlah!"
Jika kamu mampu bercakap dengan masyarakat dan menjaga moral kamu,
Atau berjalan dengan Raja-raja - tanpa hilang jiwa rakyat,
Jika musuh-musuh mahupun rakan-rakan tersayang mampu menyakiti kamu,
Jika semua lelaki anggap kamu penting, tapi tidak terlalu berlebihan;
Jika kamu mampu mengisi minit yang hilang tak termaafkan
Dengan enam puluh saat jarak larian,
Milikmu adalah Bumi dan segala yang ada di dalamnya,
Dan - apa yang lebih daripada ini - kamu akan menjadi seorang Lelaki, wahai anak!
Sajak di atas ditulis pada 1895 oleh Rudyard Kipling, seorang sasterawan British yang dilahirkan di India. Ia kemudiannya diterbit dalam buku, Rewards and Fairies pada 1910. Sajak ini, 32 baris dengan empat stanza, lapan baris bagi setiap stanza. Ia berbentuk nasihat Kipling kepada anaknya, John. Ia juga ditulis sebagai penghormatannya kepada Leander Starr Jameson, seorang ahli politik dari Progressive Party yang turut berkelayakan dalam bidang perubatan serta perundangan. Menurut Wikipedia.org, Jameson pernah menjadi Perdana Menteri ke-10 bagi wilayah jajahan British di Cape Colony. Jameson meninggal dunia pada 1917 di England tapi dikebumikan di Zimbabwe.
Mengikut pendengaran saya, Sir Michael Caine sebut 40 saat sewaktu beliau mendeklamasikan sajak di atas. Begitupun, saya memilih untuk mengikut ungkapan yang saya baca dalam ulasan sajak ini yang dibuat beberapa individu lain iaitu 60 saat kerana sesuai diganding dengan satu minit. Saya turut terjemah ulasan Sir Michael Caine mengenai sajak di atas: "Sajak Kipling ini adalah salah satu sajak yang saya gemar sejak saya budak sekolah. Ayah saya pernah bacakan kepada saya, saya rumuskannya sebagai sifat-sifat yang perlu ada pada seorang lelaki. Apabila saya menjadi pelakon, ada beberapa baris sajak ini yang memberi kesan kepada diri saya. Jika kamu mampu berdepan dengan Kemenangan dan Kemusnahan dan memperlakukan kedua-dua penyamar ini sama sahaja. Ayat ini sesuai kepada pelakon yang kehidupannya tiada pertengahan kerana semua (karya-karya) bergantung kepada sama ada menjadi hit atau kemusnahan teruk. Ada lagi satu. Jika kamu sanggup dengar kebenaran yang kamu suarakan diputar belit oleh mereka yang tidak jujur bagi memerangkap manusia bodoh. Ini wartawan sering cakap (tulis) kemudiannya ucap saya tidak kata (tulis) begitu. Oleh kerana ini, sajak ini sebati dalam badan saya, sepanjang hidup saya hingga hari ini. Perang pula telah mengambil ayah saya selama enam tahun, saya takkan maafkan hal ini. Perang mengganggu segala macam. Saya sendiri terpaksa berpindah, dilayan dengan teruk dan semuanya tak keruan. Suasana aman, semua tiada masalah. Saya pernah menjadi askar sewaktu berumur 19 tahun, bertugas di Korea dalam infantri, dibekal dengan senapang lantak. (infantri adalah pasukan berjalan kaki atau foot soldiers) Oleh itu, saya tahu apa yang saya suarakan apabila saya bercakap mengenai peperangan. Ia suatu perkara paling meluat yang awak terfikirkan, dan saya dapati bahawa setiap pengisytiharan perang dilakukan oleh mereka yang sudah terlalu tua untuk pergi berjuang, dan hal ini membuatkan saya berasa sangsi."
Comments
Post a Comment