oleh
Dexter Filkins
The
New Yorker 30 Sep 2013
(Sebelum baca artikel
ini, anda perlu tahu, terjemahan ini sekadar untuk membolehkan kita menilai
bagaimana badan-badan risikan, ahli-ahli politik, wartawan-wartawan dan
lain-lain pihak berkenaan, khususnya yang berpangkalan di Barat, cuba memporak-perandakan
Timur Tengah yang sudah pun berada dalam keadaan bagai api dalam sekam. Kita
juga dapat melihat bagaimana mereka terbabit bertahun-tahun mengkaji sifat dan
sikap subjek yang diintip sehingga sekecil-kecil perkara. Saya terjemah dengan
tidak menukar sesetengah ayat atau perkataan dieja mengikut Bahasa Inggeris
bagi mengelak tersilap, seiring mengekalkan keaslian artikel asal. Untuk pengetahuan anda, Qassem Suleimani dibunuh Amerika Syarikat pada 3 Januari 2020.)
Februari lalu,
beberapa pemimpin berpengaruh Iran berkumpul di Masjid Amir al-Momenin, di
timur laut Tehran, di kawasan penempatan berpagar yang dikhaskan untuk didiami
pegawai-pegawai Pengawal Revolusi. Mereka datang untuk memberi penghormatan
terakhir kepada seorang komrad yang gugur, Hassan Shateri, seorang veteran
"perang di Timur Tengah serta Asia Selatan yang tidak diwar-war kepada
pengetahuan umum." Beliau seorang komander kanan cawangan elit Pengawal
Revolusi yang digelar Quds Force.
Pasukan ini adalah alat tajam bagi dasar luar negara Iran, secara kasar ia
boleh dianalogi bagai kekuatan bersama C.I.A. dan Special Forces kendalian Amerika Syarikat, manakala namanya itu
berasal daripada perkataan Parsi bagi Jerusalem yang askar-askarnya telah
berikrar untuk membebaskannya daripada Israel. Sejak 1979, matlamatnya ialah menggulingkan
musuh-musuh serta melebarkan pengaruh negara Iran merentasi Timur Tengah.
Shateri mempergunakan tempoh kerjayanya di pejabat di luar negara, bermula di
Afghanistan kemudian Iraq, di mana Quds
Force membantu militia Syiah bunuh tentera-tentera Amerika Syarikat.
Shateri
telah dibunuh dua hari sebelumnya, di jalan yang menghubungi Damsyik dan
Beirut. Dia ke Syria dengan ribuan ahli Quds
Force lain untuk menyelamatkan Presiden Bashar al-Assad, seorang sekutu
penting Iran. Sejak beberapa tahun lalu, Shateri bergerak secara menyamar bagi
mengetuai Quds Force di Lubnan, di
mana dia mempertahankan kumpulan bersenjata Hezbollah, yang ketika upacara
pengkebumian berkenaan, telah mencurahkan anggota-anggota lelaki ke Syria untuk
berperang membantu regim terbabit. Punca kematiannya tak jelas: Seorang pegawai
Iran berkata Shateri "disasar tepat oleh regim Zionis," istilah warga
Iran suka sebut apabila mereka rujuk kepada Israel.
Semasa
pengkebumian, orang ramai yang berkabung menangis terisak-isak, dan segelintir
pula memukul dada masing-masing mengikut kaedah Syiah. Keranda Shateri dibalut
dengan bendera Iran, dan dikelilingi komander-komander Pengawal Revolusi yang memakai
pakaian tentera hijau tak formal. Dia adalah seorang anggota plot membunuh
empat pemimpin pembangkang dalam buangan di sebuah restoran di Berlin pada
1992, juga bapa kepada Imad Mughniyeh, komander Hezbollah yang bertanggungjawab
terhadap pengeboman yang mengorbankan lebih 250 warga Amerika Syarikat di
Beirut pada 1983. Mughniyeh dibunuh pada 2008, dikatakan oleh ejen-ejen Israel.
Watak dalam Revolusi Iran, mati adalah suatu khidmat untuk negara. Sebelum
pengkebumian Shateri, Ayatollah Ali Khamenei, pemimpin tinggi negara
mengeluarkan nota pujian: "Akhirnya, dia minum sirap manis
kesyahidan."
Melutut
dalam barisan kedua di atas lantai masjid berpermaidani itu ialah Major Jeneral
Qassem Suleimani, pemimpin Quds Force,
lelaki kecil berusia 56 tahun, rambut berwarna perak, janggut dirapi pendek,
dan wajah gigih tak bergantung kepada orang lain. Suleimanilah yang menghantar
Shateri, seorang rakan lama yang dipercayai, ke alam kematian. Sebagai komander
Pengawal Revolusi, dia dan Shateri berada dalam satu fraterniti yang ditubuh
semasa Sacred Defense, nama yang
diberi kepada Perang Iran-Iraq yang berlaku dari 1980 hingga 1988, mengorbankan
kira-kira sejuta orang. Ia adalah pertempuran yang membawa malapetaka, tapi
bagi Iran ia adalah permulaan Projek 3 Abad untuk membina ruang lingkup
pengaruh Syiah, merentasi Iran dan Syria sehingga ke Mediterranean. Dengan
rakan sekutu di Syria dan Lubnan, Iran membentuk Paksi Penentangan bagi
memerangi pihak Sunni dan Barat yang dominan di situ. Di Syria, projek ini tersekat,
oleh itu Suleimani terdesak berjuang
keras walau harga kepada kemenangan bakal mengakibatkan konflik mazhab yang
telah menyelubungi wilayah terbabit sejak bertahun-tahun lalu.
Suleimani
mengetuai Quds Force sejak 15 tahun
lalu, dan pada waktu itu dia telah berusaha untuk membentuk kembali Timur
Tengah supaya menjadi citarasa Iran. Dia berkhidmat sebagai broker utama serta
menghela pasukan tentera: Membunuh seteru-seteru, membekalkan senjata kepada
sekutu-sekutu, dan bagi tempoh yang lebih lama dalam dekad berkenaan, dia
mengarah rangkaian kumpulan militan yang membunuh beratus-ratus warga Amerika
Syarikat di Iraq. Jabatan Kewangan Amerika Syarikat telah bertindak ke atas
Suleimani kerana dia telah berperanan dalam menyokong regim Assad, dan kerana
bersubahat dalam aktiviti keganasan. Namun, hingga kini, dia kekal tak
diketahui oleh dunia luar, walaupun dialah yang menguruskan ejen-ejen serta
mengetuai operasi-operasi. "Suleimani adalah seorang yang paling berkuasa
dalam operasi di Timur Tengah hari ini," John Maguire, bekas pegawai
C.I.A. di Iraq beritahu saya, "dan, tiada siapa kenal dia."
Sewaktu
Suleimani berada di depan orang ramai - selalunya ketika memberi ucapan di
hadapan golongan veteran atau hadir dalam perjumpaan dengan Khamenei - dia
membawa diri sehingga kelihatan tak ketara dan jarang-jarang meninggikan suara.
Dia pamer tabiat yang warga Arab gelar khilib
yakni karisma yang menyenangkan. "Dia amat pendek, tapi dia ada kelebihan
ini," seorang bekas pegawai kanan Iraq beritahu saya. "Ada 10 orang
dalam sebuah bilik, dan apabila Suleimani berjalan masuk, dia tak datang lalu
duduk di sebelah awak. Dia duduk di sana, di bahagian lain bilik, seorang, dengan
diam. Tak bercakap, tak komen, hanya duduk dan dengar. Dan, sudah tentu, semua
orang hanya memikirkan tentang dia."
Di
upacara pengkebumian, Suleimani memakai jaket hitam, baju juga hitam, tanpa
tali leher, cara lelaki Iran berpakaian, mukanya panjang bersudut tajam,
manakala keningnya yang melengkung kelihatan terpintal dalam keperitan. Quds Force tak pernah mengalami kejadian
seorang pegawai tinggi terkorban di luar negara. Sehari sebelum pengkebumian,
Suleimani pergi ke rumah Shateri untuk menyampaikan ucapan takziah kepada ahli
keluarganya. Dia mempunyai hubungan yang kukuh dengan askar-askar yang
terkorban syahid, dan sering melawat ahli-ahli keluarga mereka. Dalam interbiu
terkini dengan media Iran dia berkata: "Apabila saya lihat anak-anak askar
yang terkorban, saya hendak menghidu bau mereka, lalu saya rasa kehilangan
amat." Sebaik upacara pengkebumian diteruskan, dia dan mereka yang
berkabung membongkok ke depan untuk berdoa, tekan dahi mereka ke atas
permaidani. "Seorang yang jarang-jarang ditemui, yang membawa revolusi dan
seluruh dunia kepada anda, sudah tiada," Alireza Panahian, seorang imam,
beritahu mereka yang berkabung. Suleimani meletak kepala ke atas telapak tangannya,
lalu meratap.
Bulan-bulan awal
2013, sekitar waktu kematian Shateri, menyerlahkan kelemahan cengkaman Iran di
Syria. Assad semakin hilang kekuatan dalam menghadapi pemberontak-pemberontak yang
didominasi kumpulan Sunni, seteru Iran. Jika Assad kalah, regim Iran akan
terputus hubungan dengan Hezbollah, pangkalan hadapannya dalam menentang
Israel. Dalam suatu ucapan, seorang ulama Iran berkata, "Jika kita hilang
Syria, kita tak dapat kekalkan Tehran."
Meskipun
Iran menderita akibat sekatan Amerika Syarikat, dikenakan untuk menghentikan
regim itu daripada mengeluarkan senjata nuklear, mereka ketara dalam usaha
untuk menyelamatkan Assad. Antaranya, mereka menghulurkan $7 bilion pinjaman
bagi menyemarak kembali ekonomi Syria. "Saya tak fikir Iran mengira terma
ini dalam dollar," seorang pegawai Middle Eastern beritahu saya.
"Mereka merasakan kehilangan Assad sebagai suatu bentuk ancaman."
Bagi Suleimani, menyelamatkan Assad adalah suatu kebanggaan, khususnya jika ia
bermaksud membezakannya dengan Amerika Syarikat. "Suleimani bagitahu kami,
pihak Iran akan lakukan apa yang perlu," seorang bekas pemimpin Iraq
beritahu saya. "Dia kata, 'Kami bukan seperti Amerika Syarikat. Kami tak
meninggalkan kawan-kawan kami.'"
Tahun
lalu, Suleimani minta pemimpin-pemimpin Kurdish di Iraq supaya benarkan dia
buka laluan untuk membawa barangan melintasi utara Iraq ke Syria. Bertahun-tahun,
dia telah membuli serta merasuah pihak Kurdish supaya bekerjasama dalam menjayakan
rancangan-rancangannya, tapi kali ini mereka tolak. Tambah teruk, askar-askar
Assad tak nak berperang - atau apabila mereka pergi berperang, mereka
kebanyakannya bunuh orang awam lalu mendorong ramai orang awam bangun
memberontak. "Tentera Syria tak berguna," Suleimani beritahu seorang
ahli politik Iraq. Dia inginkan sangat Basij, militia Iran yang mana
anggota-anggotanya telah menumpaskan kebangkitan popular menentang regim
negaranya pada 2009. "Bagi saya satu briged Basij, saya boleh tawan sebuah
negara," katanya. Pada Ogos 2012, pemberontak-pemberontak anti Assad tawan
48 warga Iran di Syria, pemimpin-pemimpin Iran protes bahawa mereka terbabit
adalah penziarah yang ingin berdoa di makam suci Syiah, tapi
pemberontak-pemberontak berkenaan begitu
juga agensi-agensi siasatan Barat dakwa mereka yang terbabit ialah
anggota-anggota Quds Force. Dalam hal
apa-apa pun mereka itu berharga juga sehingga Assad bersetuju untuk membebaskan
2,000 pemberontak yang ditawan untuk mereka terbabit dibebaskan pula. Dan, selepas
itu Shateri dibunuh.
Akhirnya,
Suleimani mula kerap terbang Damsyik bagi membolehkan dia secara peribadi
mengawal intervensi Iran. "Dia mengendalikan perang sendirian,"
seorang pegawai pertahanan Amerika Syarikat bagitahu saya. Di Damsyik, dia dikatakan
bekerja di pangkalan memberi arahan perang yang terletak di sebuah bangunan tak
menarik, tapi amat kukuh pertahanannya, di mana dia meletakkan pegawai-pegawai
dari pelbagai negara: Ketua-ketua tentera Syria, seorang komander Hezbollah,
seorang penyelaras militia Syiah Iraq, yang digerak dan dibawa Suleimani ke
medan perang. Jika Suleimani tak dapat khidmat Basij, dia bergantung kepada
yang kedua terbaik: Brigadier General Hossein Hamedani, mantan Timbalan
Komander Basij. Hamedani, seorang lagi komrad dari Perang Iran-Iraq,
berpengalaman dalam mengendali militia tak teratur yang dihimpunkan Iran demi terus berjuang
jika Assad berjaya dijatuhkan.
Akhir
tahun lalu, pegawai-pegawai Barat mendapati berlaku peningkatan ketara jumlah
penerbangan membawa barangan bantuan dari Iran ke Lapangan Terbang Damsyik.
Berbanding hanya beberapa penerbangan dalam seminggu sebelum ini, kapal
terbang-kapal terbang tiba setiap hari, membawa senjata-senjata dan
peluru-peluru, "Bertan-tan," pegawai Middle Eastern bagitahu saya,
dengan disertai pegawai-pegawai Quds
Force dalam penerbangan terbabit. Mengikut pegawai-pegawai Amerika Syarikat,
pegawai-pegawai berkenaan merancang serangan, latih militia, dan merangka
sistem lanjutan untuk menyelia komunikasi pemberontak. Mereka juga memaksa
pelbagai cabang servis keselamatan Assad
- direka bagi merisik satu sama lain - supaya bekerja bersama-sama.
Pegawai Middle Eastern berkata jumlah jaluran operasi Quds Force, disertai lelaki-lelaki militia Syiah Iraq yang mereka
bawa bersama, mencapai angka ribuan. "Mereka bertebaran merentasi seluruh
negara ini," dia bagitahu saya.
Perubahan
genting bermula April, setelah pemberontak-pemberontak menawan sebuah bandar di
Syria, Qusayr yang terletak berdekatan sempadan Lubnan. Untuk mengambil alih
semula bandar ini, Suleimani menghubungi Hassan Nasrallah, pemimpin Hezbollah,
minta lebih 2,000 pejuang. Ia tak sukar. Qusayr terletak di muka pintu Lembah
Bekaa, saluran utama penghantaran misil-misil dan lain-lain material kepada Hezbollah,
jika ia ditutup, kelangsungan hidup Hezbollah akan menjadi sukar. Suleimani dan
Nasrallah kawan lama, pernah berkerjasama bertahun-tahun di Lubnan dan banyak
lagi tempat di seluruh dunia di mana operator-operator Hezbollah melakukan misi
pengganas mengikut arahan pihak tertentu di Iran. Mengikut Will Fulton, pakar
Iran di American Enterprise Institute, pejuang-pejuang Hezbollah mengepung
Qusayr, menyekat hubungan menerusi jalan-jalan, lalu memasuki bandar ini.
Berdozen-dozen daripada mereka terbunuh termasuk sekurang-kurangnya lapan
pegawai Iran. Pada 5 Jun, bandar itu ditawan seluruhnya. "Seluruh operasi
dikawal selia Suleimani," kata Maguire yang masih aktif di wilayah ini,
"Ia adalah kemenangan besar kepadanya," jelasnya lanjut.
Meskipun
tugas Suleimani kasar dan sukar, imejnya di mata pencinta Iran adalah dia
seorang hero perang yang tiada cacat cela - veteran Perang Iran-Iraq yang
menyerlah, dia menjadi komander bahagian semasa berumur 20-an. Di hadapan orang
awam, dia bagai melakonkan sikap kesederhanaan dirinya. Dalam kemunculan
terkini, dia menerangkan tentang dirinya sebagai "askar paling kecil"
dan mengikut media massa Iran, dia
mengelak daripada dicium tangannya oleh hadirin. Kuasanya datang daripada
hubungan erat dengan Khamenei yang memberikan visi kepada masyarakat Iran.
Pemimpin tinggi ini yang hanya kerap memuji askar-askar yang terkorban, telah
merujuk Suleimani sebagai "sang syahid revolusi yang hidup."
Suleimani adalah seorang penyokong tegar sistem "kuku besi" Iran.
Pada Julai 1999, ketika kemuncak protes pelajar, dia tandatangani dengan
komander-komander Pengawal Revolusi lain suatu surat memberi amaran kepada pihak
reformasi, Presiden Mohammad Khatami bahawa jika beliau tak hentikan bantahan,
pihak tentera akan lakukannya - mungkin guling Khatami dalam proses berkenaan.
"Sabar kami sudah habis," general-general menulis. Pihak polis
menggempur para demonstran, seperti mana yang mereka lakukan sedekad
kemudiannya.
Kerajaan
Iran amat berpecah-belah, dan ada ramai watak di sekeliling Khamenei yang
membantu dalam membentuk dasar luar negara, termasuk komander-komander Pengawal
Revolusi, ulama-ulama kanan dan pihak kementerian luar. Tapi, Suleimani telah
diberi kebebasan dalam melaksana visi Khamenei. "Dia ada hubungan di
setiap sudut dalam sistem," Meir Dagan, bekas Ketua Mossad bagitahu saya.
"Dia saya panggil sebagai seorang bijak politik. Dia ada hubungan dengan
semua orang." Pegawai-pegawai kerajaan anggap dia sebagai seorang yang
percaya kepada Islam dan revolusi, dalam keadaan watak-watak kanan dalam
Pengawal Revolusi menjadi mewah disebabkan kawalan badan ini terhadap
industri-industri utama Iran, Suleimani dikurnia kekayaan peribadi oleh
Pemimpin Tertinggi. "Dia diurus dengan baik," kata Macguire.
Maguire
bagitahu saya, "Suleimani seorang lelaki yang sempurna berbanding
kebanyakan lelaki lain. Dia boleh bergerak dalam lingkaran politik tapi dia
punya inti pati yang mengancam." Walaupun dia luas membaca, nilai
estetiknya kelihatan amat tradisional. "Saya tak fikir dia dengar musik
klasik," pegawai Middle Eastern itu bagitahu saya. "Benda dari Eropah saya tak fikir mempengaruhi dirinya."
Suleimani punya sedikit pendidikan formal, namun bekas pegawai kanan kerajaan
Iraq berkenaan bagitahu saya, "Dia seorang strategis bijak yang licik
serta menakutkan." Modalnya termasuk bayaran kepada ramai ahli politik
merentasi Timur Tengah, ancaman apabila diperlukan, dan bunuh sebagai cara
terakhir. Sejak bertahun-tahun lalu, Quds
Force telah membina jalinan aset luar negara, banyak daripadanya diambil
daripada warga-warga Iran yang bertebaran di merata-rata negara asing yang
boleh dihubungi untuk menyokong sesuatu misi. "Mereka ada di
mana-mana," seorang lagi pegawai Middle Eastern berkata. Pada 2010,
mengikut beberapa pegawai Barat, Quds
Force dan Hezbollah telah melancarkan kempen baru terhadap sasaran
membabitkan Amerika Syarikat dan Israel. Ia jelas suatu serangan balas
disebabkan usaha terselindung pihak terbabit dalam memperlahankan program
nuklear Iran yang dilakukan melalui serangan siber dan pembunuhan pakar-pakar
nuklear Iran.
Sejak
itu, Suleimani telah mengawal selia serangan di beberapa tempat sejauh
Thailand, New Delhi, Lagos dan Nairobi - sekurang-kurangnya 30 cubaan sejak dua
tahun lalu. Yang paling terkenal ialah hasrat mempergunakan seorang ahli kartel
dadah Mexico untuk meletupkan duta Arab Saudi ke Amerika Syarikat sewaktu dia
hendak duduk untuk makan di sebuah restoran beberapa batu jaraknya dari Rumah
Putih. Ahli kartel yang didekati ejen Suleimani itu sebenarnya ialah seorang
pemberi maklumat Jabatan Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat. (Quds Force kelihatan lebih efektif
ketika berada di dalam negaranya, sejumlah pelannya di luar negara hancur.)
Meskipun begitu, setelah plot terbabit gagal, dua bekas pegawai Amerika
Syarikat bagitahu sebuah jawatankuasa kongres bahawa Suleimani perlu dibunuh.
"Suleimani sering bergerak ke sana ke mari," seorang individu
berkata. "Dia ada di mana-mana. Dapatkan dia. Sama ada cuba tangkap atau
bunuh terus." Di Iran, lebih 200 pembesar menandatangani satu surat
bantahan dengan mempertahan Suleimani, satu kempen media sosial pula isytihar:
"Kita semua Qassem Suleimani."
Beberapa
pegawai Middle Eastern, segelintir yang saya kenal sejak sedekad lalu, berhenti
bercakap sewaktu saya ajukan perkara mengenai Suleimani. "Kami tak mahu
terbabit dengan hal ini," seorang pegawai Kurdish di Iraq berkata. Di
kalangan perisik di Barat, dia kelihatan wujud dalam kategori istimewa, seorang
musuh yang dibenci dan dikagumi: Seseorang dari Timur Tengah yang bagaikan
Karla, perisik hebat Russia yang sukar ditangkap dalam novel John le Carre. Apabila
saya telefon Dagan, bekas Ketua Mossad dan sebut nama Suleimani, talian
terhenti panjang, "Ah," dia kata dalam nada bosan dan letih berbaur
ironi, "seorang kawan baik."
Pada Mac 2009, di
ambang sambutan Tahun Baru Iran, Suleimani mengetuai sekumpulan veteran Perang
Iran-Iraq ke Paa-Alam Heights, sebuah
tanjung berbatu yang gersang di sempadan Iraq. Pada 1986, Paa-Alam adalah
tempat pertempuran sukar untuk menguasai Semenanjung Faw, di mana beribu-ribu
lelaki mati sewaktu bersusah payah mara melangkah. Sebuah video merekodkan
lawatan itu, memperlihatkan Suleimani berdiri di atas puncak gunung, bercerita
kembali mengenai pertempuran di situ kepada komrad-komrad lamanya. Dengan suara
lunak, dia bercakap berlatar belakangkan bunyi muzik dan doa.
"Ini
Jalan Dasht-e-Abbas," kata Suleimani dengan menunjuk lembah di bawah.
"Kawasan ini terletak di antara kita dan musuh." Kemudian, Suleimani
dan kumpulan berkenaan berdiri di tebing teluk sempit, di mana dia membaca nama
askar-askar Iran yang terkorban, suaranya bergetar dengan emosi. Sewaktu rehat,
dia bercakap dengan penginterbiu, dan menjelaskan pertempuran itu dalam
terma-terma semacam mistik. "Medan perang adalah syurga kemanusiaan yang
hilang - syurga di mana moraliti dan perlakuan manusia terletak pada tahap
tertinggi," katanya. "Satu bentuk syurga yang dibayangkan oleh orang
lelaki ialah mengenai aliran sungai, perawan-perawan cantik dan lanskap yang
subur. Tapi, ada satu bentuk syurga lain - medan perang."
Suleimani
dilahirkan di Rabor, sebuah kampung orang miskin di kawasan perbukitan di timur
Iran. Sewaktu dia budak, bapanya, sepertimana petani-petani lain, buat pinjaman
pertanian daripada kerajaan Shah. Dia berhutang 900 Toman - bernilai kira-kira
$100 ketika itu - dan tak mampu bayar balik. Dalam sebuah memoir pendek,
Suleimani menulis mengenai kisah dia meninggalkan kampung bersama seorang
saudara yang masih muda bernama Ahmad Suleimani, yang menghadapi situasi yang
sama. "Di waktu malam, kami tak boleh tidur kerana sedih memikirkan yang
ejen kerajaan akan datang menangkap bapa-bapa kami," tulisnya. Mereka berdua
ke Kerman, bandar terdekat, sebagai usaha untuk cuba menyelesaikan hutang
keluarga masing-masing. Tempat itu tak sedia menerima mereka. "Kami baru
13 tahun, tubuh kami amat kecil, ke mana-mana kami tuju, mereka tak terima kami
bekerja," tulisnya lagi. "Sampailah suatu hari, apabila kami diambil
sebagai buruh di tapak pembinaan sebuah sekolah di Jalan Khajoo, terletak di hujung bandar.
Mereka bayar kami dua Toman sehari." Setelah lapan bulan berlalu, mereka
cukup simpan wang untuk bawa pulang ke kampung, tapi salji musim dingin amat
tebal. Mereka diberitahu supaya mencari seorang pemandu tempatan bernama
Pahlavan - "Champion" - iaitu "seorang lelaki kuat yang boleh angkat
seekor lembu atau keldai dengan menggunakan giginya." Sepanjang
perjalanan, apabila kenderaan tersangkut, "dia akan angkat jip dan letak
ke sebelah tepi!" Mengikut penceritaan Suleimani, Pahlavan adalah
pengkritik tegar Shah. Katanya, mengenai dua budak lelaki berkenaan, "Ini
masa mereka berehat dan bermain, bukan menjadi buruh di sebuah bandar asing.
Aku ludah terhadap kesusahan kehidupan yang mereka telah buat kepada
kami!" Mereka sampai kampung halaman, tulis Suleimani, "sebaik sahaja
cahaya kelihatan dari rumah-rumah kampung. Apabila berita tersebar ke seluruh
kampung, maka berlaku huru-hara."
Sebagai
seorang lelaki muda, Suleimani memaparkan tanda-tanda ia bercita-cita besar.
Menurut Ali Alfoneh, seorang pakar Iran di Foundation
for Defense of Democracies, dia hanya mempunyai pendidikan setakat sekolah
tinggi, dan bekerja di Jabatan Air Kerman. Tapi, masa itu waktu revolusi, dan
unjuk rasa menyaksikan suasana kehidupan memang begitu. Di luar waktu kerja,
Suleimani menghabiskan masa berjam-jam mengangkat besi di sebuah gimnasium
tempatan, seperti di mana-mana negara di Timur Tengah yang menawarkan latihan
fizikal dan inspirasi semangat kepahlawanan. Semasa bulan Ramadan, dia
mengikuti ceramah seorang pendakwah bergerak bernama Hojjat Kamyab - seorang
anak didik Khamenei - dan di sinilah dia terinspirasi terhadap kemungkinan
tercetusnya Revolusi Islam.
Pada
1979, sewaktu Suleimani berusia 22 tahun, Shah jatuh akibat kebangkitan popular
pimpinan Ayatollah Ruhollah Khomenei dengan nama Islam. Terdorong dalam
keghairahan, Suleimani menyertai Pengawal Revolusi, satu pasukan yang
ditubuhkan oleh kepimpinan baru ulama Iran bagi mengelak pihak tentera
melakukan rampasan kuasa. Walau dia menerima hanya sedikit latihan - mungkin
kursus cuma 45 hari - dia meningkat dengan pantas. Sebagai seorang pengawal
muda, Suleimani dihantar ke baratlaut Iran di mana dia membantu kebangkitan
etnik Kurdish.
Apabila
revolusi menjangkau 18 bulan berlalu, Saddam Hussien hantar tentera Iraq
melepasi sempadan negara, berharap untuk mengambil kesempatan di atas huru-hara
dalaman. Sebaliknya, pencerobohan itu mengukuhkan kepimpinan Khomeini dan
menyatukan rakyat dalam hal mempertahan negara, lalu memulakan suatu peperangan
ganas dengan kaedah berkubu kukuh. Suleimani dihantar ke medan perang dengan
tugasan mudah, edar air kepada askar-askar di sana, dan dia tak pernah
tinggalkan kedudukannya di situ. "Saya menyertai perang dengan misi 15
hari, namun akhirnya kekal berada di situ sehingga perang tamat," dia
pernah berkata. Sekeping foto di masa berkenaan menunjukkan Suleimani yang muda
memakai pakaian tentera hijau, tanpa sebarang lambang pangkat, mata hitamnya
fokus di hujung langit. "Kami masih muda dan berhasrat untuk berbakti demi
revolusi," dia bagitahu seorang penginterbiu pada 2005.
Suleimani
terkenal dengan reputasi sebagai seorang berani, bergaya serta bertenaga,
terutama apabila membabitkan hasil daripada misi intipan yang dilakukannya di
bahagian belakang barisan tentera Iraq. Dia pulang beberapa misi dengan menggalas
seekor kambing, yang askar-askarnya sembelih dan panggang. "Malah, pihak
Iraq, musuh kami, mengkaguminya kerana ini," seorang bekas pegawai
Pengawal Revolusi yang belot ke Amerika Syarikat bagitahu saya. Di radio Iraq,
Suleimani terkenal sebagai "pencuri kambing." Penghargaan ke atas
keefektifannya, kata Alfoneh, dia diberi kuasa mengendali briged dari Kerman,
termasuk lelaki-lelaki dari gimnasium di mana dia pernah mengangkat berat.
Tentera
Iran lebih lemah dari segi persenjataan, lalu komander-komandernya memilih
kaedah kasar dan kos tinggi. Dalam serangan "ombak manusia" ribuan
lelaki-lelaki muda dihantar mereka secara jelas ke perbatasan tentera Iraq,
selalunya untuk memusnahkan periuk api, dan ramai tentera terkorban. Suleimani
kelihatan tertekan dengan kehilangan banyak nyawa. Sebelum hantar
anggota-anggotanya ke medan perang, dia akan peluk setiap mereka dan ucap
selamat tinggal. Dalam ucapannya, dia mengangkat askar-askar yang terkorban
lalu memohon kemaafan kerana dirinya sendiri tidak terkorban. Apabila
pihak-pihak atasan Suleimani umum hendak menyerang Semenanjung Faw, dia menolak
cadangan mereka kerana ia merugikan serta ia sikap berani tapi bodoh. Bekas
pegawai Pengawal Revolusi itu mengenang kembali bahawa dia melihat Suleimani
pada 1985 setelah berlaku satu pertempuran yang menyaksikan brigednya mengalami
banyak kematian serta kecederaan. Dia duduk sendirian di bucu sebuah khemah.
"Dia amat diam, memikirkan tentang mereka yang sudah tiada," kata
pegawai itu lagi.
Ahmad,
saudara muda yang merantau ke Kerman bersama Suleimani telah terbunuh pada
1984. Sekurang-kurangnya dalam suatu keadaan, Suleimani sendiri tercedera.
Namun, dia tak hilang semangat dalam melakukan tugasnya. Pada 1980-an, Reuel
Marc Gerecht adalah seorang pegawai muda C.I.A. yang ditugaskan di Istanbul, di
mana dia merekrut daripada ribuan askar Iran yang ke sana untuk berehat
sehingga sembuh. "Awak akan dapati keseluruhan dan pelbagai bentuk askar
pengawal," Gerecht, yang sering menulis mengenai Iran, bagitahu saya.
"Awak temui ulama-ulama, awak dapati juga mereka yang datang untuk
melegakan diri, mencari wanita jalang dan minum arak." Gerecht
mengasingkan veteran-veteran itu kepada dua kumpulan. "Ada mereka yang
kecewa, keletihan sehingga henti berfungsi, mata cengkung - yang telah
musnah," katanya. "Dan, kemudian ada lelaki-lelaki bermata cerah yang
tak sabar-sabar untuk ke medan tempur. Saya letak Suleimani di kategori
kedua."
Ryan
Crocker, Duta Amerika Syarikat ke Iraq dari 2007 ke 2009 punya perasaan hampir
sama. Semasa Perang Iran-Iraq, Crocker kadang-kadang berbincang dengan
Suleimani secara tak langsung melalui pemimpin-pemimpin Iraq yang keluar dan
masuk Tehran. Pernah, dia tanya warga Iraq berkenaan sama ada Suleimani kuat
beragama. Jawapannya: "Tak sebenarnya," Crocker bagitahu saya.
"Dia ke masjid mengikut masa tertentu. Agama bukan pendorongnya.
Nasionalisme mendorongnya, selain cintanya kepada perjuangan."
Pemimpin-pemimpin
Iran memperolehi dua pengajaran daripada Perang Iran-Iraq. Pertama, Iran
dikelilingi musuh-musuh, dekat dan jauh. Bagi regim Iran, pencerobohan itu
bukannya sangat plot Iraq berbanding negara Barat. Pegawai-pegawai Amerika
Syarikat menyedari persediaan-persediaan yang dilakukan Saddam untuk menceroboh
Iran pada 1980, dan mereka kemudiannya membantunya di segi maklumat sasaran
yang digunakan dalam serangan senjata kimia yang dicipta dengan bantuan
firma-firma Eropah. Memori serangan-serangan ini amat pahit. "Adakah awak
tahu berapa ramai yang masih tersiksa akibat kesan-kesan senjata-senjata
kimia?" Mehdi Khalaji, seorang pengkaji di Washington Institute for Near East Policy berkata. "Beribu-ribu
bekas askar. Mereka percaya itu semua senjata-senjata dari Barat yang diberi
kepada Saddam." Pada 1987, sewaktu bertempur dengan tentera Iraq, satu
divisyen di bawah perintah Suleimani diserang dengan peluru-peluru meriam
mengandungi senjata-senjata kimia. Lebih 100 lelaki di bawah seliaannya
menerima kesan.
Pengajaran
lain daripada Perang Iran-Iraq ialah ia adalah suatu konfrontasi pertembungan tak
berfaedah dua pihak. Pada 1982, setelah Iran halau angkatan tentera Iraq, Khomeini
arah orang-orangnya mara untuk "membebaskan" Iraq dan meredah terus
ke Baitul Maqdis. Setelah enam tahun dan beratus ribu maut, ia setuju henti
perang. Mengikut Alfoneh, ramai general generasi Suleimani percaya mereka akan
menang jika ulama-ulama terbabit tidak gentar. "Ramai di kalangan mereka
berasa mereka ditikam dari belakang," katanya. Mereka telah menyuburkan
mitos hampir 30 tahun. Tapi pemimpin-pemimpin Iran tak mahu pertumpahan darah
lagi. Sebaliknya, mereka perlu membina kapasiti memerangi perjuangan tak
simetri - serang kuasa-kuasa besar secara tak langsung, di luar Iran.
Quds Force adalah alat paling
unggul. Khomeini telah cipta prototaip bagi pasukan ini pada 1979 dengan matlamat
mempertahan Iran serta mengeksport Revolusi Islam. Peluang besar muncul di
Lubnan, di mana Pengawal Revolusi dihantar pada 1982 untuk membina organisasi
militia Syiah dalam perang saudara yang disertai banyak pihak. Usaha-usaha ini
menghasilkan Hezbollah yang berkembang di bawah asuhan Iran. Komander tentera
Hezbollah yang bijak serta bersifat membunuh, Imad Mughniyeh membantu
menubuhkan sebuah badan yang dikenali sebagai Special Security Apparatus, sayap Hezbollah yang bekerja rapat
dengan Quds Force. Dengan bantuan
Iran, Hezbollah menolong mengorkestrakan serangan-serangan terhadap Kedutaan
Amerika Syarikat dan berek tentera Perancis dan Amerika Syarikat. "Pada
waktu mula-mula dulu, semasa Hezbollah bergantung sepenuhnya kepada bantuan
Iran, Mughniyeh dan lain-lain lagi secara dasarnya adalah aset-aset yang
tersedia untuk berbakti," kata David Crist, pakar sejarah tentera Amerika
Syarikat dan pengarang "The Twilight
War."
Meskipun
regim Iran bersikap agresif, kesungguhan berbentuk agama kelihatan kehabisan
sumbu pelita. Pada 1989, Khomeini berhenti desak warga Iran menyebarkan
semangat revolusi, sebaliknya mengarah kesuaian bagi mengekalkan untung yang
diperolehi daripadanya. Kepentingan Parsi adalah perkara yang utama ketika itu,
walaupun ia samar-samar di segi memberi kebaikan kepada revolusi. Pada
tahun-tahun itu, Suleimani bertugas di medan perang timur Iran, membantu
pemberontak-pemberontak Afghanistan yang memerangi Taliban. Regim Iran lihat
Taliban dengan penuh perseteruan, lebih kepada penindasan penduduk minoriti
Syiah. (Pada suatu keadaan, kedua-dua negara hampir berperang. Iran
menggerakkan suku juta tentera dalam bentuk berkelompok, dan
pemimpin-pemimpinnya mengutuk Taliban sebagai pencela Islam.) Di kawasan rasuah
membiak, nama Suleimani terkenal kerana dia memerangi penyeludup-penyeludup
candu di sepanjang sempadan Afghanistan.
Pada
1998, Suleimani dinobatkan sebagai Ketua Quds
Force, mengambil alih ajensi yang telah mempunyai sejarah butir peribadi
pembawa maut: pegawai-pegawai Amerika Syarikat dan Argentina percaya regim Iran
bantu Hezbollah melaksanakan pengeboman Kedutaan Israel di Beunos Aires pada
1992, membunuh 29 orang dan serangan Pusat Yahudi di bandaraya yang sama dua
tahun kemudian, membunuh 85 orang. Suleimani telah membina Quds Force menjadi sebuah organisasi yang hebat untuk menjangkau
lapangan dengan cabang-cabang yang memberi fokus terhadap risikan, kewangan,
politik, sabotaj dan operasi-operasi khusus. Dengan pangkalan di bekas bangunan
Kedutaan Amerika Syarikat di Tehran, pasukan ini ada 10,000 dan 20,000 anggota,
terbahagi kepada mereka yang bertempur serta mereka yang melatih dan mengawasi
aset-aset luar negara. Anggota-anggotanya dipilih berasas kepada kemahiran dan kepatuhan
kepada dokrin Revolusi Islam (begitu juga, dalam beberapa kes, hubungan
kekeluargaan). Mengikut akhbar Israel, Israel Hayom, pejuang direkrut dari
seluruh wilayah berkenaan, dilatih di Shiraz dan Tehran, didokrin di Jerusalem Operation College di Qom,
kemudiannya "dihantar mengikut misi sebulan ke Afghanistan dan Iraq bagi
memperolehi pengalaman di lapangan. Mereka selalunya bergerak dengan menyamar
sebagai pekerja di tapak pembinaan dari Iran."
Setelah
mengetuai pasukan ini, Suleimani mengeratkan lagi hubungan di Lubnan dengan
Mughniyeh dan Hassan Nasrallah, Ketua Hezbollah. Ketika itu, tentera Israel
telah menduduki selatan Lubnan selama 16 tahun, manakala Hezbollah begitu
bersemangat untuk menguasai negara ini, maka Suleimani hantar operator-operator
Quds Force untuk membantu.
"Kedatangan mereka terserlah - latihan, nasihat, rancang," kata
Crocker. Pada 2000, Israel berundur, penat dengan serangan tak henti-henti
Hezbollah. Ia suatu tanda kemenangan Syiah, dan kata Crocker, "contoh lain
bagaimana negara-negara seperti Syria dan Iran boleh mainkan permainan tempoh
masa panjang dengan mengetahui kami tak boleh lakukan begitu."
Sejak
itu, regim ini mula beri bantuan kepada sejumlah kumpulan militan Islam yang
menentang sekutu-sekutu Amerika Syarikat di wilayah terbabit seperti Arab Saudi
dan Bahrain. Bantuan bukan sekadar untuk Syiah tetapi juga kumpulan Sunni
seperti Hamas - bantuan untuk untuk menubuhkan gugusan sekutu dari Baghdad ke
Beirut. "Tiada siapa di Tehran yang memulakan master plan bagi membina Paksi Penentangan, tapi peluang-peluang
terhidang sendiri," seorang diplomat Barat di Baghdad bagitahu saya.
"Bagi setiap kes, Suleimani lebih bijak, pantas serta punya sumber lebih
baik daripada sesiapapun di wilayah berkenaan. Dengan merenggut peluang yang
datang, dia buat binaan, perlahan tapi pasti."
Dalam suasana
huru-hara selepas serangan 11 September, Ryan Crocker, ketika itu seorang
pegawai kanan di sebuah jabatan di Amerika Syarikat, terbang terus ke Geneva
untuk menemui sekumpulan diplomat Iran. "Saya naik kapal terbang Jumaat,
pulang Ahad, oleh itu tiada siapa dalam pejabat yang tahu ke mana saya
pergi," Crocker bagitahu saya. "Kami bermesyuarat lama setiap
malam." Kelihatan jelas kepada Crocker bahawa semua warga Iran berkenaan
mengikut arahan Suleimani, yang mereka panggil "Haji Qassem," dan
mereka hendak sangat menolong Amerika Syarikat untuk memusnahkan musuh bersama,
Taliban. Walaupun Amerika Syarikat dan Iran memutuskan hubungan diplomatik pada
1980, setelah diplomat-diplomat Amerika Syarikat di Tehran dijadikan tebusan,
Crocker tak terperanjat mendapati sikap Suleimani melentur. "Awak tak
hidup dengan berperang lapan tahun tanpa bersikap sedikit pragmatik,"
katanya. Sekali-sekala Suleimani menghantar mesej kepada Crocker, tapi dia
mengelak daripada mengutuskannya secara tulisan. "Haji Qassem terlalu
bijak untuk berbuat begitu," kata Crocker. "Dia takkan meninggalkan
kesan berbentuk tulisan kepada Amerika Syarikat."
Sebelum
pengeboman bermula, Crocker dapat mengesan bahawa Iran tak sabar lagi dengan
pentadbiran Bush, fikir bahawa masa yang diambil terlalu lama untuk menyerang
Taliban. Ketika mesyuarat pada awal Oktober 2001, ketua rundingan bangun dan
menghempas seberkas kertas ke atas meja. "Jika awak semua tak henti
membangunkan kerajaan-kerajaan dongeng di langit, dan sebenarnya mula melakukan
beberapa tembakan di atas muka bumi, tiada kejadian seperti ini semua akan
berlaku!" Dia menjerit. "Apabila anda semua sedia bercakap mengenai hasrat
berlawan secara serius, awak tahu di mana awak boleh cari saya." Dia
bergegas keluar bilik. "Itu adalah kejadian yang hebat," kata
Crocker.
Kerjasama
antara dua negara bertahan pada fasa pertama peperangan. Pada suatu ketika,
ketua perunding serah kepada Crocker satu peta lengkap mengenai penyusunan
kedudukan tentera Taliban. "Ini nasihat kami: Hentam mereka di sini dulu,
dan kemudian belasah mereka di sana. Dan, ini logiknya." Kaget, Crocker
bertanya, "Boleh saya ambil nota-nota?" Jururunding itu membalas,
"Awak boleh simpan peta ini." Aliran maklumat mengalir dua arah. Pada
suatu masa, kata Crocker, dia beri kepada rakan sejawat lokasi penyelaras Al
Qaeda yang tinggal di timur Mashhad. Pihak Iran tahan dia dan serah kepada
pemimpin-pemimpin kerajaan baru Afghanistan, yang Crocker percaya, setelah itu
dia diserahkan pula kepada pihak Amerika Syarikat. Jururunding berkenaan
bagitahu Crocker, "Haji Qassem amat suka dengan kerjasama kita."
Kerjasama
tak kekal lama. Pada Januari 2002, Crocker yang ketika itu Timbalan Ketua di
Kedutaan Amerika Syarikat di Kabul dikejutkan oleh seorang pembantu pada suatu
malam lalu bagitahu dia yang Presiden George W. Bush dalam suatu ucapan telah
menamakan Iran sebagai sebahagian daripada "Axis of Evil." Bagai diplomat-diplomat kanan lain, Crocker
tergamam dengan kenyataan berkenaan. Dia menemui jururunding berkenaan keesokan
harinya di halaman bangunan PBB di Kabul, dan dia begitu marah. "Awak amat
merosakkan saya," Crocker mengingati kata-katanya. "Suleimani dalam
keadaan amat marah. Dia berasa diburuk sangka." Jururunding itu bagitahu
Crocker, dengan menghadapi risiko politik, Suleimani sedang memikirkan suatu
penilaian menyeluruh mengenai Amerika Syarikat dengan berkata, "Mungkin
sekarang masanya untuk menilai semula perhubungan dengan Amerika
Syarikat." Ucapan "Axis of Evil"
menamatkan pertemuan-pertemuan. Puak reformasi dalam kerajaan terbabit yang
anjur pemulihan hubungan baik dengan Amerika Syarikat berada dalam keadaan
defensif. Kenang kembali masa ini, Crocker geleng kepala. "Kita dah dekat
sangat," katanya. "Satu patah perkataan dalam satu ucapan menukar
sejarah."
Sebelum mesyuarat
menemui kehancuran, Crocker bercakap dengan ketua perunding mengenai
kemungkinan berlaku perang di Iraq. "Lihat," kata Crocker, "Saya
tak tahu apa bakal terjadi, tapi saya ada tanggungjawab terhadap Iraq - ia portfolio
saya - dan saya boleh ramal berasas kepada tanda-tanda, dan saya fikir kami
akan memasuki negara ini." Dia lihat suatu peluang besar. Iran benci
Saddam, dan Crocker fikir mereka akan sedia bekerjasama dengan Amerika
Syarikat. "Saya bukan seorang yang menyukai pencerobohan," dia
bagitahu saya. "Tapi, saya ketika itu berfikir, jika kita akan
melakukannya, cuba lihat sama ada kita boleh terbalikkan musuh supaya menjadi
kawan - sekurang-kurangnya secara taktikal, kemudian lihat ke mana arah kita
boleh hala matlamatnya." Jururunding mempamerkan Iran sedia bincang, dan
Iraq sepertimana Afghanistan diringkaskan Suleimani: "Ia bagai seorang
mengendalikan dua persembahan hiburan."
Setelah
pencerobohan bermula, pada Mac 2003, pegawai-pegawai Iran cemas untuk
memberitahu Amerika Syarikat yang mereka mahukan kedamaian. Ramai mereka
melihat regim-regim di Afghanistan dan Iraq jatuh dan diyakinkan Iran adalah
negara seterusnya. "Mereka takut gila," Maguire, bekas pegawai C.I.A.
di Baghdad bagitahu saya. "Mereka hantar utusan-utusan merentas sempadan
bagi menemui elemen-elemen elit kami dengan ucapan, 'Lihat, kami tak mahu ada
masalah dengan kamu.' Kami ada kelebihan dan penguasaan yang besar." Pada
tahun yang sama, pegawai-pegawai Amerika Syarikat buat ketentuan bahawa Iran
telah mengubah suai pelan-pelannya dalam membina senjata nuklear secara
perlahan dan tersembunyi, bagi mengelak serangan Barat.
Selepas
regim Saddam runtuh, Crocker dihantar ke Baghdad untuk menguruskan kerajaan
tanpa pengalaman yang digelar Iraqi
Governing Council. Dia dapati ramai ahli politik Iraq terbang ke Tehran
untuk mendapatkan nasihat, lalu dia menggunakan peluang itu untuk berunding
dengan Suleimani. Pada musim panas itu, Crocker menyampaikan senarai prospek
calon-calon Syiah, dan kedua-dua lelaki ini memeriksa dengan teliti setiap
seorang calon. Crocker tak mengamalkan kuasa veto dalam rundingan itu, malah
dia abaikan calon-calon yang ditolak Suleimani. "Pembentukan jawatan kuasa
pemerintah adalah berasaskan kepada rundingan antara Tehran dan
Washington," katanya.
Pertukaran
kepimpinan yang dibentuk adalah kerjasama Iran-Amerika Syarikat yang paling
bermakna. "Setelah kami bentuk jawatan kuasa pemerintah, semuanya
rebah," kata Crocker. Akibat pencerobohan Amerika Syarikat semakin
terhenti-henti, Suleimani mula melakukan kempen agresif dalam bentuk sabotaj.
Ramai warga Amerika Syarikat dan Iraq yang saya interbiu berkata bahawa
pertukaran strategi adalah berpunca daripada oportunisme: Iran menjadi agresif
apabila ketakutan kepada pencerobohan Amerika Syarikat mulai surut.
Bertahun-tahun,
Suleimani hantar operator-operator ke
Iraq untuk menyuburkan militia Syiah, oleh itu, apabila Saddam jatuh, dia sudah
ada pasukan untuk berjuang di sana: Briged Badar iaitu sayap sebuah parti
politik Syiah yang digelar Majlis Tertinggi Revolusi Islam di Iraq. Pemimpin-pemimpin
parti ini diidentifikasi dengan Revolusi Islam sehingga Militia Badar berperang
dengan membantu tentera Iran dalam Perang Iran-Iraq.
Briged
Badar menggunakan banyak masa mereka dengan melakukan pembunuhan balas dendam
terhadap Baathists, selain lebih
banyak menghalakan tembakan ke arah pihak Amerika Syarikat. Tapi, militia lain
yang dibantu Iran - Tentera Mahdi, diketuai ulama popular Moqtada al-Sadr -
berkonfrontasi dengan Amerika Syarikat lebih awal. Pada Ogos 2004, setelah
Amerika Syarikat melakukan serangan balas hebat, saya berjalan melalui tanah
perkuburan sementara di bandar suci, Najaf di selatan Baghdad dan temui
berdozen-dozen kubur cetek, setiap satu ditanda dengan kendi gelas kecil yang
mengandungi sekeping kertas dengan nama pejuang yang terkorban serta alamat.
Banyak yang bertanda "Tehran."
Suleimani
dapati Sadr adalah seorang yang sukar dijangka sikapnya dan payah pula
diuruskan, oleh itu Quds Force mulai
mengurus militia-militia lain yang sanggup menyerang Amerika Syarikat. Operator-operatornya melatih
pejuang-pejuang di Iran, kadang-kadang dibantu sebilangan komrad dalam
Hezbollah. Kawalan Suleimani terhadap sebilangan militia Iraq pada sesuatu masa
mencapai tahap sepenuhnya. Pada suatu waktu, seorang pegawai kanan Iraq sewaktu
dalam pemergian ke Washington, menuduh di hadapan umum bahawa Pemimpin
Tertinggi terbabit dalam meningkatkan keganasan di Iraq. Sebaik sahaja pulang
ke Baghdad, dia bagitahu saya, dia menerima mesej-mesej daripada
pemimpin-pemimpin dua militia Syiah Iraq. Kedua-dua pihak mengemukakan soalan
serupa: Awak nak matikah?
Pada
2004, Quds Force mulai membanjirkan
Iraq dengan bom-bom diletupkan tepi jalan yang amat membunuh, yang Amerika
Syarikat gelar E.F.P.s iaitu akronim kepada 'explosively formed projectiles." E.F.P.s yang membebaskan
ketulan peluru tembaga cair mampu menembusi perisai, menimbulkan kekecuhan yang
menyebabkan kemarahan di kalangan askar Amerika Syarikat dek kerana ia
menyebabkan hampir 20 peratus kematian dalam pertempuran. E.F.P.s hanya boleh
dibuat oleh juruteknik pakar dan ia sering kali diletupkan dengan menggunakan
sensor gerakan yang canggih. "Tiada pertanyaan mengenai dari mana ia
datang," General Stanley McChrystal, yang ketika itu adalah Ketua kepada Joint Special Operations Command,
bagitahu saya. "Kami tahu tempat semua kilang-kilang adalah di Iran.
E.F.P.s membunuh beratus-ratus warga Amerika Syarikat."
Kempen
Suleimani menentang Amerika Syarikat merentasi perpecahan kefahaman
Sunni-Syiah, yang dia sedia letak ke tepi demi sebab yang lebih utama. Pegawai-pegawai
Iraq dan Barat bagitahu saya bahawa sewaktu perang bermula, Suleimani galak
ketua risikan regim Assad memudahkan gerakan ekstrimis Sunni seluruh Syria
untuk menentang Amerika Syarikat. Dalam banyak kes, Al Qaeda pula diberi
sedikit kebebasan untuk bergiat di Iran. Crocker bagitahu saya pada Mei 2003,
Amerika Syarikat memperolehi maklumat risikan bahawa pejuang-pejuang Al Qaeda
di Iran sedang bersedia untuk menyerang sasaran-sasaran Barat di Arab Saudi.
Crocker telah diberi amaran. "Mereka di sana, di bawah lindungan Iran,
merancang operasi-operasi," katanya. Dia terbang ke Geneva lalu sampaikan
amaran kepada Iran, tapi tak diambil kira, lalu puak militan mengebom tiga
kawasan kediaman di Riyadh, membunuh 35 orang, termasuk sembilan warga Amerika
Syarikat.
Terbukti
kemudiannya, strategi Iran bersubahat dengan ekstrimis Sunni memakan diri
sendiri: Sebaik sahaja pencerobohan bermula, ekstrimis yang sama mula menyerang
orang awam Syiah dan kerajaan Iraq yang didominasi Syiah. Ia adalah pembukaan
kepada perang saudara di masa kehadapan. "Selamat datang ke Timur
Tengah," diplomat Barat di Baghdad berkenaan bagitahu saya.
"Suleimani mahu menumpahkan darah Amerika Syarikat, oleh itu dia jemput
jihadis, lalu keadaan menjadi di luar kawalan."
Begitupun,
dasar Iran terhadap Amerika Syarikat di Iraq tak sepenuhnya bermusuhan - kedua-dua
negara ini cuba memberi kuasa kepada majoriti Syiah Iraq - dan oleh itu
Suleimani beralih arah ke sana dan ke sini antara melakukan penawaran serta
membunuh warga-warga Amerika Syarikat. Sepanjang tempoh perang, dia menyuruh
pemimpin-pemimpin Iraq ke Tehran untuk membincangkan urusan-urusan, terutama
hasrat meningkatkan kuasa Syiah. Sekurang-kurangnya sekali, dia pergi ke
kawasan Amerika Syarikat mempunyai "kuasa" di Baghdad.
"Suleimani ke Green Zone untuk
menemui warga-warga Iraq," ahli politik Iraq berkenaan bagitahu saya.
"Saya fikir Amerika Syarikat hendak tahan dia, tapi mereka merasakan
mereka tak boleh buat begitu."
Dek
kerana kedua-dua pihak cuba memperolehi kelebihan, perubahan kesetiaan menjadi
suatu yang tak menyelesakan, kadang-kadang pertemuan menjadi pelik.
Pemimpin-pemimpin dua parti politik Kurdish yang utama, Massoud Barzani dan
Jalal Talabani, bertemu secara berkala dengan kedua-dua pihak, Suleimani dan
Amerika Syarikat. Dalam keadaan hubungan Kurdish dengan Amerika Syarikat sentiasa
baik, hubungan mereka dengan pemimpin-pemimpin Iran seperti Suleimani lebih
mendalam dan kompleks. Regim Iran telah melindungi Kurdish Iraq ketika Iran
berperang dengan Saddam. Tapi, ia bukan hubungan yang sama rata.
Pemimpin-pemimpin Kurdish kata objektif Suleimani sentiasa sejak dulu lagi bagi
mengekalkan parti-parti politik Iraq berpecah-belah dan tak stabil, bagi
memastikan negara ini sentiasa lemah: Perang Iran-Iraq tak hilang dalam
fikirannya. "Sukar untuk kami mengatakan tidak kepada Suleimani," seorang
pegawai kanan Kurdish bagitahu saya. "Apabila kami kata tak, dia akan
membuatkan kami susah. Bom. Tembakan. Iran adalah jiran kami. Mereka telah
sentiasa di sana, mereka kekal begini pada masa depan. Kami perlu menangani
sesuatu perkara dengan mereka."
Seorang
pegawai kanan risikan di Baghdad ingat suatu hari dia melawat Talabani di
rumahnya semasa pemergiannya ke utara Iraq. Sewaktu dia berjalan masuk, Qassem
Suleimani kelihatan duduk di situ, pakai baju hitam serta jaket hitam. Dua
lelaki itu lihat ke atas ke bawah sesama sendiri. "Dia tahu siapa saya,
saya tahu siapa dia. Kami berjabat tangan, tak cakap apa-apapun," pegawai
itu berkata. "Saya tak pernah lihat Talabani amat menghormati sesiapa. Dia
ketakutan."
Beberapa tahun
selepas pencerobohan, General McChrystal tumpu mengalahkan pemberontak Sunni
dan seperti lain-lain komander di Iraq, dia elak menangkap atau membunuh
ejen-ejen Quds Force. Memanaskan hati
Iran akan hanya memburukkan lagi konflik, dan dalam sebarang kes, ramai ejen
beroperasi di bawah lindungan diplomatik. Tapi, sebaik peperangan berlanjutan, kegiatan
militia-militia ditulangbelakangkan Iran lebih mengancam. Pada akhir 2006,
McChrystal bagitahu saya, dia bentuk satu pasukan untuk membunuh dan menangkap
pemberontak-pemberontak yang ditulangbelakangkan Iran, begitu juga operator-operator Quds Force.
Pada
Disember tahun berkenaan, komando-komando Amerika Syarikat menyerbu kediaman
Abdul Aziz al-Hakim, seorang ahli politik Syiah yang berkuasa, dan menemui
Jeneral Mohsen Chizari, Ketua Operasi Quds
Force. Menurut "The Endgame"
oleh Michael Gordon dan Bernard Trainor, Chizari ditahan dalam serbuan itu sehingga
mengejutkan seluruh Baghdad. "Semua terkejut," seorang bekas komander
militari kanan bagitahu saya. "Semua warga Iran terkejut. Kita telah
merosakkan undang-undang tak bertulis." Nuri al-Maliki, Perdana Menteri
Iraq, desak Amerika Syarikat kembalikan Chizari. Apabila Amerika Syarikat
lakukan - dengan enggan - Maliki pula bebaskannya. Selepas kejadian ini, Duta
Amerika Syarikat bagitahu Maliki, lain kali mereka tangkap operator Iran, mereka akan tahan terus.
Sebulan
selepas itu, McChrystal mendapat laporan Jeneral Mohammed Ali Jafari, Ketua
Pengawal Revolusi Iran, mungkin dalam konvoi menuju sempada Iraq. Mengikut
sumber risikan lain, Suleimani sedang menaiki kenderaan bersama-samanya.
Sekumpulan pejuang Kurdish sedang menanti untuk meraikan mereka sebaik sahaja
mereka melintasi sempadan. McChrystal buat keputusan untuk membenarkan
warga-warga Iran berkenaan melintasi sempadan. "Kami tak mahu terbabit
dengan pertempuran bersenjata api dengan Kurdish," katanya.
Pegawai-pegawai
di bawah McChrystal mengesan konvoi yang melalui kawasan ratusan batu ke Iraq,
menuju bandar berpenduduk Kurdish, Erbil lalu berhenti di sebuah bangunan tak
menarik, tapi mempunyai tanda kecil bertulis "Konsulat." Tiada siapa
yang tahu bahawa konsulat di situ wujud, tapi yang nyata ia bermakna lelaki-lelaki
yang bekerja di dalamnya beroperasi dengan lindungan diplomatik. Amerika
Syarikat, bagaimanapun tetap bertindak dengan menahan lima warga Iran. Semua
mereka mempunyai pasport diplomatik dan - mengikut McChrystal - ahli Quds Force.
Suleimani dan Jafari tiada di situ, mereka terbukti meninggalkan konvoi pada
minit akhir lalu berlindung di sebuah rumah yang selamat di bawah kawalan
pemimpin Kurdish, Massoud Barzanji. "Suleimani bernasib baik," Dagan,
bekas ketua Mossad bagitahu saya sewaktu merujuk kepada serbuan terbabit.
"Penting betul bernasib baik."
Sembilan
hari kemudian, lima S.U.V. berhenti
depan pagar Pusat Wilayah Karbala, di selatan Iraq. Lelaki di dalamnya bercakap
Bahasa Inggeris, pakai seragam gaya Amerika Syarikat, lalu menunjukkan I.D. dan oleh itu mereka dibenar
melepasi kawalan. Di kawasan laman, mereka loncat keluar kenderaan lalu berlari
terus ke sebuah bangunan di mana askar-askar Amerika Syarikat sedang bekerja.
Mereka bunuh seorang dan tawan empat, tak bertindak terhadap orang lain. Dalam
beberapa jam, empat yang ditawan itu dibunuh, ditembak jarak dekat.
Serbuan
berkenaan dilakukan oleh Asa'ib Ahl al-Hab, satu daripada kumpulan militia yang
disokong Iran. Pegawai-pegawai Amerika Syarikat mengagak Suleimani yang mengarahkan serangan itu,
sebagai balasan terhadap penahanan operator-operator
Quds Force di Erbil. Dalam dua bulan berikutnya, Amerika Syarikat bunuh
seorang yang dituduh sebagai ketua serangan itu serta kumpulkan beberapa yang
menyertainya. Seorang daripadanya ialah Ali Musa Daqduq, seorang komander
Hezbollah yang pernah berlatih di Iran. Mulanya, Daqduq berpura-pura tak boleh
bercakap, lalu petugas-petugas Amerika Syarikat namakannya Hamid si Bisu.
Bagaimanapun, setelah beberapa lama, mereka kata, dia mula bercakap dan
bagitahu yang operasi berkenaan telah diarah pegawai-pegawai Iran. Buat kali
pertama, komander-komander Amerika Syarikat secara terbuka menunjukkan
Suleimani. Dalam suatu sidang media, Brigadier Jeneral Kevin Bergner berkata,
"Quds Force tahu dan menyokong
dalam merancang serangan Karbala yang mengorbankan lima askar gabungan."
Seiring
perang terselindung dengan Iran memuncak, pegawai-pegawai Amerika Syarikat
bercadang untuk melintas ke Iran bagi menyerang kem-kem latihan serta
kilang-kilang bom. "Beberapa orang hendak sangat serang mereka,"
seorang pegawai kanan Amerika Syarikat yang berada di Iraq ketika itu bagitahu
saya. Perbahasan mengenainya berakhir menjelang 2011, sehingga kumpulan askar
terakhir Amerika Syarikat meninggalkan negara ini. Setiap kali apa yang berlaku
ialah Amerika Syarikat mengelak melintas sempadan kerana merasakan ia amat
mudah bagi Iran meningkatkan tahap perjuangan mereka.
Pada
ketika yang sama, Suleimani berhubung dengan pegawai-pegawai kanan Amerika
Syarikat, hantar mesej-mesej melalui beberapa orang tengah - kadang-kadang
untuk memperolehi kaedah meyakinkan Amerika Syarikat, kadang-kadang untuk
mendapatkan sesuatu. Satu daripada mesej-mesej awal pada 2008 itu ialah apabila
Presiden Iraq, Jalal Talabani memberikan telefon sel dengan mesej teks kepada
Jeneral David Petraeus yang telah mengambil alih jawatan Komander Tentera
Amerika Syarikat setahun sebelum itu. "Kehadapan yang dihormati Jeneral
Petraeus," teks diteruskan, "awak tentu tahu yang saya, Qassem
Suleimani, mengawal dasar Iran berhubung kait dengan Iraq, Lubnan, Gaza dan
Afghanistan. Malah sebenarnya, duta di Baghdad itu ialah seorang ahli Quds Force. Individu yang bakal
menggantikannya juga seorang ahli Quds
Force." Selepas lima askar Amerika Syarikat dibunuh di Karbala,
Suleimani hantar mesej kepada duta Amerika Syarikat berkenaan. "Saya
bersumpah dengan kubur Khomeini, saya tak memberi kebenaran sebutir peluru pun
dituju kepada pihak Amerika Syarikat," kata Suleimani. Tiada seorang di
pihak Amerika Syarikat yang percayakannya.
Dalam
suatu laporan kepada Rumah Putih, Petraeus menulis yang Suleimani adalah seorang
yang "benar-benar jahat." Begitupun, pada ketika-ketika tertentu,
kedua-dua mereka tidak buat perkara-perkara lain melainkan berunding. Menurut
kabel-kabel diplomatik yang didedahkan WikiLeaks, Petraeus hantar mesej melalui
pegawai-pegawai Iraq kepada Suleimani, minta dia hentikan serangan roket
terhadap Kedutaan Amerika Syarikat dan pangkalan-pangkalan Amerika Syarikat.
Pada 2008, tentera Amerika Syarikat dan Iraq memberi tekanan ofensif terhadap
Tentera Mahdi - militia Syiah Moqtada al-Sadr - dan sebagai balasan, pihak
militia berkenaan menghujani bom ke atas Zon Hijau secara berkala. Suleimani
yang berasa dia berada dalam situasi kesenggangan politik, hantar mesej kepada
Petraeus, mengeluh mengenai keadaan ini dan berkata dia sudah hantar beberapa
lelaki untuk menangkap penyerang-penyerang terbabit. Petraeus balas, "Saya
dilahirkan pada hari Ahad, tapi ia bukan Ahad yang baru berlalu."
Akhirnya, Suleimani menjadi orang tengah bagi mendamaikan Sadr dengan kerajaan.
Pada
ketika-ketika tertentu, Suleimani kelihatan selesa mengejek pihak-pihak Amerika
Syarikat, malah cerita-cerita mengenai eksploit yang dilakukannya tersebar
luas. Pada musim panas 2006, semasa Perang 34 Hari Israel-Hezbollah di Lubnan,
keganasan di Baghdad kelihatan merosot. Setelah pertempuran selesai, ahli
politik Iraq terbabit beritahu saya, Suleimani kononnya sampaikan mesej kepada
pihak berkuasa Amerika Syarikat. "Saya harap awak bersuka ria dengan
keamanan dan suasana diam di Baghdad," tertulis begini. "Saya sejak
beberapa lama sehingga ini sibuk di Beirut!"
Dalam ucapan pada
1990, Khameini berkata misi Quds Force
ialah untuk "mewujudkan sel-sel Hezbollah yang popular di seluruh
dunia." Meskipun matlamat ini tak berjaya, Hezbollah menjadi kuasa paling
berpengaruh di Lubnan - kuasa militari dan sebuah parti politik yang hampir
mengambil alih tempat kerajaan. Beberapa pakar wilayah ini percaya ia tumbuh
subur dengan semakin kurang pergantungan kepada Iran seiring kedewasaannya.
Tapi, pada suatu jamuan malam di Beirut tahun lalu, Walid Joumblatt, seorang
ahli politik Lubnan, merungut yang pemimpin-pemimpin Hezbollah masih menjadi
hamba abdi kepada Tehran. "Awak perlu duduk dan bercakap dengan mereka,
tapi apa yang awak hendak katakan?" Dia kata kepada saya. "Mereka tak
buat keputusan. Khameini dan Qassem Suleimani yang buat keputusan."
Pemimpin
Hezbollah, Hassan Nasrallah, telah menyokong Konsep Velayat-e-Faqih yang
menobatkan Pemimpin Tertinggi Iran sebagai pihak berkuasa paling agung, dan dia
mengetahui kewujudan operator-operator
Quds Force di Lubnan. Dari 2000
hingga 2006, Iran menyumbang $100 juta setahun kepada Hezbollah.
Pejuang-pejuangnya adalah proksi yang menarik: Berlainan orang Iran, mereka
bercakap Bahasa Arab, membuatkan mereka lebih lengkap untuk berkhidmat di Syria
dan di tempat-tempat lain dalam dunia Arab. Bekerja dengan Iran, mereka sama
ada sudah atau sedia menyerang Cyprus, Azerbaijan dan Turki.
Mereka
tak selalu bertindak bersama-sama. Setelah seorang operator Hezbollah serang sebuah bas pelancong dipenuhi warga
Israel di Bulgaria, Julai lalu, pihak-pihak berkuasa Amerika Syarikat mengetahui
bahawa Suleimani menyoal beberapa orang bawahannya, "Adakah sesiapa tahu
mengenai ini?" Tidak ada siapa. "Hezbollah bertindak sendiri dalam
kes ini," seorang pegawai pertahanan Amerika Syarikat bagitahu saya. Bagaimanapun,
Quds Force kelihatan terbabit dalam
sejumlah kejadian paling ketara dalam sejarah terkini Lubnan. Pada 2006,
Nasrallah mengarah sekumpulan pejuangnya menculik askar-askar Israel - satu
operasi yang seorang pegawai keselamatan Middle Eastern bagitahu saya bahawa ia
dijalankan dengan bantuan Suleimani. Perang sekejap tapi garang menggila, di
mana pihak pertahanan Israel memusnahkan banyak tempat di Lubnan. "Saya
tak fikir Suleimani jangka reaksi sebegitu," pegawai berkenaan berkata.
Persoalan
mengenai pengaruh Iran di Lubnan muncul semula pada 2011 apabila Tribunal
Spesial Bagi Lubnan, disokong PBB, mendakwa empat ahli kanan Hezbollah kerana
membunuh bekas Perdana Menteri Lubnan, Rafik Hariri pada 2005. Hariri, seorang
Sunni, telah cuba tarik keluar Lubnan daripada Orbit Iran-Syria. Pada Hari
Valentine, dia dibunuh dalam letupan
sebuah trak dengan muatan 5,000 paun yang dipandu seorang pembunuh diri.
Pendakwa-pendakwa
mengenal pasti kesemua orang kena tuduh daripada Hezbollah dengan kaedah
"analisa ko-lokasi." Mengaitkan telefon sel-telefon sel yang dipakai
buang pada waktu pembunuhan dengan telefon-telefon lain yang diguna semua
tertuduh. Mereka elak dakwa pegawai-pegawai Syria tapi, mereka kata, mereka ada
bukti meyakinkan bahawa kerajaan Assad terbabit dengan pembunuhan Hariri.
Seorang penyiasat kanan bagi tribunal spesial itu bagitahu saya yang terdapat
juga sebab untuk mencurigai Iran: "Teori kami mengenai kes ini ialah
Hezbollah menarik pemicu, tapi tak boleh atau tak akan buat begitu tanpa restu
dan sokongan logistik dari kedua-dua pihak, Syria dan Iran." Satu daripada
telefon-telefon dipercayai telah digunakan oleh pembunuh-pembunuh telah
didapati membuat sekurang-kurangnya sedozen panggilan ke Iran sebelum dan
selepas pembunuhan.Tapi, penyiasat-penyiasat bagitahu saya yang mereka tak tahu
siapa di Iran yang ditelefon, manakala mereka tak boleh pujuk agensi-agensi
risikan Barat untuk membantu mereka. Akhirnya terpecah cerita, agensi-agensi
berkenaan tahu sedikit maklumat. Pegawai risikan kanan terbabit pula bagitahu
saya yang ada pihak terdengar operator-operator
Iran bercakap beberapa minit sebelum pembunuhan. "Ada beberapa warga Iran
menggunakan telefon-telefon mengarah serangan itu," katanya. Robert Baer,
seorang bekas pegawai kanan C.I.A. bagitahu saya, "Jika Iran benar-benar
terlibat, Suleimani, tanpa teragak-agak untuk dikata, dia berada di
tengah-tengahnya."
Sementara
itu, empat tertuduh membunuh daripada Hezbollah telah menghilangkan diri.
Seorang daripadanya, Mustafa Badreddine - ipar lelaki Imad Mughniyeh dan orang
lama pembuat bom Hezbollah - dilihat di Syria oleh pemberontak-pemberontak yang
berkata dia berjuang untuk Assad.
Pada 22 Disember
2010, James Jeffrey, duta Amerika Syarikat ke Iraq, dan Jeneral Lloyd Austin,
komander paling top di sana,
mengeluarkan nota penghargaan kepada rakyat Iraq di atas pembentukan kerajaan
baru, pimpinan Perdana Menteri Nuri al-Maliki. Negara itu tiada kerajaan
sembilan bulan setelah pilihan raya Parlimen berakhir dengan kebuntuan.
Komposisi kerajaan dalam keadaan kritikal, ketika pilihan raya, masih ada
hampir 100,000 askar Amerika Syarikat dalam negara itu, dan komander-komander
Amerika Syarikat masih berhasrat untuk meninggalkan baki kekuatannya itu.
"Kami memandang ke depan untuk bekerjasama dengan kerajaan campuran demi
meningkatkan visi mewujudkan kerajaan Iraq yang demokratik," kedua-dua
lelaki itu berkata.
Apa
yang Jeffrey dan Austin tidak kata ialah rundingan penting yang membawa
kerajaan Iraq bersatu bukan dilakukan mereka tetapi Suleimani. Dalam beberapa
bulan sebelumnya, mengikut beberapa pegawai Iraq dan Barat, Suleimani jemput
pemimpin-pemimpin kanan Syiah dan Kurdish untuk menemuinya di Tehran dan Qom, lalu
mereka berkenaan dipaksa sokong Maliki, calon kesukaannya. Urusan berkenaan
mempunyai godaan yang kompleks. Maliki dan Assad tak suka satu sama lain;
Suleimani kumpulkan mereka dengan membuat perjanjian palsu untuk membina paip
minyak yang menguntungkan dari Iraq ke sempadan Syria. Untuk membawa Moqtada
al-Sadr sekali, Suleimani setuju letak ramai orang rapat pemimpin berkenaan ke
dalam kementerian-kementerian Iraq.
Paling
menonjol, mengikut pegawai-pegawai Iraq dan Barat, ialah dua syarat yang
Suleimani kenakan terhadap Iraq. Yang pertama, Jalal Talabani, seorang kawan
lama regim Iran, dijadikan Presiden. Yang kedua, Maliki dan rakan-rakan
gabungannya berkeras semua kelompok pasukan tentera Amerika Syarikat keluar
Iraq. "Suleimani kata: tiada pihak-pihak Amerika Syarikat," bekas
pemimpin Iraq itu bagitahu saya. "Hubungan 10 tahun hanyut ke
longkang."
Pegawai-pegawai
Iraq bagitahu saya bahawa sewaktu Jefrey buat pengumuman, Amerika Syarikat
sudah tahu Suleimani telah tolak mereka keluar negara itu tapi begitu malu
untuk mengaku di hadapan umum. "Kami ketawakan warga-warga Amerika
Syarikat," bekas pemimpin Iraq bagitahu saya, menjadi semakin marah
sewaktu dia mengimbas kembali peristiwa berkenaan. "Fuck it! Fuck it!" Katanya.
"Suleimani mengatasi mereka sepenuhnya, dan depan masyarakat mereka ucap
tahniah kepada mereka sendiri kerana menyatukan kerajaan."
Kejayaan
berkenaan rundingan gabungan kerajaan ini menyentap Ayad Allawi, sebuah parti
politik sekular pro-Amerika Syarikat yang paling banyak menang kerusi Parlimen
dalam pilihan raya sebelumnya, tapi gagal menubuhkan suatu kerajaan gabungan
majoriti. Dalam suatu interbiu di Jordan, dia kata dengan sokongan Amerika
Syarikat, dia mampu capai majoriti. Sebaliknya, Amerika Syarikat tolak dia ke
samping kerana minat dengan Maliki. Dia bagitahu saya Naib Presiden Joe Biden
telefonnya, bagitahu dia supaya henti menawarkan dirinya sebagai Perdana
Menteri dengan berkata, "Awak tak boleh bentuk kerajaan."
Allawi
jangka Amerika Syarikat takkan bersedia untuk menghadapi masalah yang mungkin
dilakukan Iran jika dia menjadi Perdana Menteri. Mereka hendak kekal di Iraq,
katanya, tapi hanya jika kesusahan yang mereka bakal hadapi pada tahap minimal.
"Saya perlu sokongan Amerika Syarikat," katanya. "Tapi, mereka
nak tinggalkan negara ini, dan mereka serahkan negara ini kepada Iran. Iraq
sebuah negara gagal sekarang, ia tanah jajahan Iran."
Menurut
bekas pegawai-pegawai Amerika Syarikat dan Iraq, Suleimani berusaha mengumpil
politik Iraq dengan merasuah pegawai-pegawai, dengan mensubsidikan akhbar dan
stesen televisyen, dan apabila diperlukan dengan intimidasi. Ramai yang kebal
dengan godaan dan umpan. "Saya sedang nanti untuk melihat sebuah parti
politik Syiah yang tidak mengambil wang daripada Qassem Suleimani," bekas
pegawai kanan Iraq itu bagitahu saya. "Dia adalah lelaki paling berkuasa
di Iraq, tanpa soal."
Malah,
Maliki sering berasa bagai tahanan Iran. Terbuang ke luar negara pada zaman
Saddam, Maliki tinggal sebentar di Iran, kemudian pindah ke Syria - sebagai kaedah
untuk elak pengaruh Iran, warga-warga Iraq yang mengenalinya berkata. Crocker
kata yang Maliki pernah sekali bagitahunya, "Awak tak tahu apa maksud
sombong sehinggalah awak adalah Arab Iraq dipaksa berlindung dengan Iran."
Ahli politik yang rapat dengan kedua-dua lelaki terbabit bagitahu saya yang
Maliki marahkan Suleimani dan perasaan marah ini adalah secara saling
berbalas-balasan. "Maliki cakap, Suleimani tak ikut," dia bagitahu
saya. "Suleimani cakap, Maliki hanya membalas dengan menipu."
Namun,
Maliki mungkin berlebihan membayar semula Suleimani di atas usahanya
menjadikannya sebagai Perdana Menteri. Mengikut bekas pegawai risikan kanan
berkenaan, kerajaan Maliki mengawal sejumlah skim mencapai jumlah ratusan juta
dollar setahun untuk membantu regim Iran mengakali sekatan ekonomi Barat.
Seorang ahli perniagaan Iraq yang terkemuka bagitahu saya bahawa ejen-ejen
disokong Iran kerap guna sistem bank Iraq untuk menanggung transaksi-transaksi
palsu yang membolehkan mereka menjual matawang Iraq dengan keuntungan besar.
"Jika pihak bank tak benar, mereka akan diarah tutup oleh kerajaan,"
katanya.
Sumber
penting lain Iran ialah minyak, kata pegawai-pegawai: kerajaan Maliki
kesampingkan sejumlah 200,000 tong sehari - kira-kira $30 juta pada harga
semasa - dan hantar wang kepada Suleimani. Dengan cara ini, Quds Force menjadikannya kebal kepada
tekanan-tekanan ekonomi membabitkan sekatan ekonomi Barat. "Ia program
bermodal sendiri yang terselindung," kata bekas pegawai perisik kanan
berkata. "Suleimani tak perlu belanjawan Iran untuk membiayai
operasi-operasinya."
Disember lalu, apabila
regim Assad hampir runtuh, pegawai-pegawai Amerika Syarikat lihat
juruteknik-juruteknik Syria membuat bom-bom, bawa gas sarin masuk ke dalam perut
kapal terbang. Semua indikasi ialah mereka rancang serangan kimia
besar-besaran. Kalut, Amerika Syarikat hubungi pemimpin-pemimpin di Russia yang
menghubungi rakan sejawat di Tehran. Menurut pegawai pertahanan Amerika
Syarikat terbabit, Suleimani didapati berguna sebagai alat memujuk Assad supaya
elak guna senjata-senjata berkenaan.
Sentimen
Suleimani mengenai etika penggunaan senjata-senjata kimia tak diketahui.
Sewaktu Perang Iran-Iraq, beribu-ribu askar Iran merana akibat serangan kimia,
dan mereka yang terselamat masih berceramah umum mengenai trauma masing-masing.
Tapi, sebilangan pegawai Amerika Syarikat percaya usahanya untuk menahan perbuatan
Assad adalah lebih kepada inspirasi pragmatik: Rasa takut membuatkan Amerika
Syarikat campur tangan menggunakan tentera. "Kedua-dua pihak, Russia dan
Iran telah kata kepada Assad, 'Kita tak boleh sokong awak di mahkamah pendapat
dunia jika awak guna benda ini,'" kata bekas pegawai kanan tentera Amerika
Syarikat.
Regim
berkenaan dikatakan telah guna senjata-senjata kimia sekurang-kurangnya 14 kali
sejak tahun lalu. Malah, selepas serangan gas sarin secara besar-besaran pada
21 Ogos yang mengorbankan 1,400 orang awam, sokongan Suleimani terhadap Syria
tidak lentur. Untuk selamatkan Assad, Suleimani telah guna semua aset yang dia
bina sejak dia ambil alih Quds Force:
pejuang-pejuang Hezbollah, militia Syiah dari seluruh dunia Arab, serta semua
wang dan material yang dia boleh perah daripada kerajaannya yang terkepung. Di
Baghdad, seorang muda Syiah bernama Abu Hassan bagitahu saya yang dia telah direkrut
untuk berjuang bersama-sama sekumpulan lelaki Iraq. Dia naik bas ke sebuah
bandar di Iran bernama Mashdad di mana dia dan tiga dozen warga Iraq menerima
latihan dua minggu oleh jurulatih-jurulatih Iran. Lelaki-lelaki berkenaan
berkunjung ke Makam Sayyidah Zaynab dekat Damascus di mana mereka berperang
tiga bulan untuk kerajaan Assad, bersama-sama askar Hezbollah dan sekumpulan sniper dari Iran. "Kami hilang
ramai anggota," Abu Hassan bagitahu saya.
Kejayaaan
besar Suleimani mungkin cara dia memujuk proksi-proksinya dalam kerajaan Iraq
untuk membenarkan Iran guna ruang udara negara itu untuk menerbangkan warga
lelaki serta senjata api ke Damascus. Jeneral James Mattis, sehingga Mac lalu
bertugas sebagai komander semua bala tentera Amerika Syarikat di Timur Tengah
bagitahu saya bahawa tanpa bantuan ketenteraan ini regim Assad mungkin runtuh
berbulan-bulan lalu. Penerbangan-penerbangan diawasi Menteri Pengangkutan Iraq,
Hadi al-Amri, sekutu lama Suleimani iaitu bekas Ketua Briged Badar, dan seorang
askar di pihak Iran dalam Perang Iran-Iraq. Dalam suatu interbiu di Baghdad,
Amri nafi yang Iran menggunakan ruang udara Iraq untuk menghantar
senjata-senjata. Tapi, dia jelas menunjukkan yang dia sayang kepada bekas komandernya.
"Saya sayang Qassem Suleimani !" Dia kata sambil memukul meja.
"Dia adalah rakan karib saya."
Sehingga
ini, Maliki bertahan terhadap tekanan untuk membekalkan bantuan kepada Assad
melalui jalan darat melalui Iraq. Tapi, dia tak sekat penerbangan-penerbangan bagi mengelak suatu
prospek kepada regim Sunni radikal di Syria mengatasi kelemahannya yang
kelihatan mengelak terbabit dalam perang saudara. "Maliki tak suka orang Iran, dan dia benci Assad,
tapi dia benci Al Nusra," Crocker bagitahu saya. "Dia tak mahu
kerajaan Al Qaeda ditubuhkan di Damsyik."
Suasana
perbezaan mazhab yang berkekalan di Timur Tengah jelas merupakan kesan paling
utama yang dibawa Suleimani. Untuk menyelamatkan Empayar Iran di Syria dan
Lubnan, dia meningkatkan konflik Sunni-Syiah yang bakal meliputi wilayah
berkenaan beberapa tahun mendatang iaitu perang yang dia kelihatan gembira
untuk sertai. "Dia punya pelbagai alasan untuk percaya Iran adalah kuasa
yang semakin meningkat di wilayah terbabit," Mattis bagitahu saya.
"Kita belum pernah menghentam dia dengan pukulan padu."
Pada
Jun, seorang Presiden baru yang moderat, Hassan Rouhani dilantik di Iran.
Beliau berjanji untuk menamatkan sekatan-sekatan yang telah melelahkan negara itu serta
membinasakan kehidupan kelas pertengahan. Harapan-harapan muncul di Barat yang
Khameini mungkin benarkan Rouhani mengadakan rundingan. Walaupun Rouhani
seorang moderat mengikut piawaian Iran - beliau ulama Syiah dan penyokong
revolusi sejak dulu - pentadbiran barunya telah melakukan isyarat-isyarat
berniat baik, termasuk membebaskan 11 tahanan politik serta berbalas-balas
surat dengan Presiden Obama. Rouhani berada di New York minggu ini untuk
berucap di PBB dan mungkin bertemu Obama. Perbincangan-perbincangan pasti akan memberi
tumpuan kepada kemungkinan Iran melimitkan program nuklearnya dengan pertukaran
membabitkan sekatan -sekatan yang lebih nyaman.
Ramai
di Barat berharap Iran akan cuba cari kaedah penamat kepada perang menggila di
Syria. Timbalan Perdana Menteri kerajaan Assad baru-baru ini menawarkan
kemungkinan menamatkan perang dengan berkata, "Biar tiada yang berasa
takut dengan regim dalam bentuk terkini yang meneruskan pemerintahan."
Tapi, dia tak berkata yang Assad akan letak jawatan sedangkan pihak
pemberontak-pemberontak telah kata ia suatu kondisi perlu sebelum mereka sedia
berunding. Namun, terdapat
isyarat daripada pihak berkuasa Iran yang Assad tak perlu terus pegang jawatan.
Dalam ucapan terbaru, bekas Presiden Hashemi Rafsanjani berkata, "Rakyat
telah menjadi sasaran serangan-serangan kimia oleh kerajaan mereka
sendiri." (Setelah rakaman ucapan ini bocor lalu mengocak suasana di Iran,
Rafsanjani menafikannya.) Tapi, regim yang kurang belas kasihan di Syria
berhasrat untuk menghancurkan Paksi Penentangan dan secara radikal akan
merumitkan hubungan Iran dan Hezbollah. Dalam sebarang kes, regim Iran mungkin
terlalu berpecah untuk mencapai kata sepakat. "Bila saja awak lihat
kenyataan keluar daripada kerajaan, fikir terdapat sarang tikus di atas rakyat
yang bergaduh di bawahnya," Kevan Harris, pakar sosiologi di Princeton
yang mengkaji Iran secara meluas bagitahu saya. Seiring Rouhani cuba tumpu
kepada Barat, beliau akan perlu menandingi dengan puak-puak berwatak keras,
termasuk Suleimani serta komrad-komradnya yang sejak lebih sedekad lalu telah
mengukir dasar luar negara sebagai perang terselindung dengan Amerika Syarikat
dan Israel. "Mereka tak percaya pihak lain," kata Harris.
"Mereka rasa bahawa sebarang konsesi yang mereka buat akan dilihat Barat
sebagai suatu isyarat mereka lemah."
Gambar dari atas ke bawah: 1. Warga Iran semua peringkat berarak sewaktu upacara pengkebumian Suleimani, 2. Anaknya, Zeinab minta supaya Iran bertindak balas terhadap pembunuh ayahnya dan 3. Suleimani rapat dengan Pemimpin Tertinggi Iran.
Comments
Post a Comment