Senarai
Simpulan Bahasa Yang Jarang-Jarang Digunakan
1.
Abu Jahal - Orang yang suka menghalang perbuatan baik seseorang.
2.
Abu Nawas - Orang yang pintar mencari helah.
3.
Air mata - a. Air surut timpas. b. Air yang dimasak dan disejukkan untuk
diminum.
4.Alas
dulang - Wang hadiah yang ditinggalkan di dalam dulang atau tip.
5.
Alas nikah - Tikar tempat duduk pengantin lelaki ketika upacara akad nikah.
6.
Alas peti - Wang disimpan sedikit di dalam peti supaya tidak kosong.
7.
Alas kubur - Orang yang memikul kesalahan orang lain.
8.
Ambil abu - Maksud yang tidak sampai. Contoh, pergi ke pekan hendak beli durian
tapi buah itu sudah habis dijual.
9.
Ambil muka - Buat sesuatu pekerjaan kerana mahukan pujian daripada pihak
tertentu.
10.
Anak batu - Antan batu untuk batu penggiling.
11.
Anak gahara - Anak raja yang lahir daripada permaisuri atau daripada keturunan
bangsawan.
12.
Anak seluang - Orang bawahan, orang kecil yang tidak berpangkat tinggi.
13.
Anak tut - Sama maksud dengan anak angkat.
14.
Angin-anginan - Panas baran atau pemarah.
15.
Angkat alis - Menunjukkan hairan.
16.
Angkat diri - Sombong.
17.
Angkat kening - Menyatakan hairan atau terperanjat.
18.
Angkat mata - Isyarat dengan menggunakan mata.
19.
Babi tunggal - Orang yang berperangai
buruk.
20.
Baharu celik - Baru mendapat kesenangan.
21.
Bahasa dalam - Bahasa yang diguna
kerabat diraja.
22.
Balik mata - Berpakat untuk buat jahat.
23.
Bapa ayam - Orang yang tidak mempedulikan hal anak-anaknya.
24.
Bekas tubuh - Pakaian yang sudah dipakai.
25.
Beri hati - Memanjakan.
26.
Besar hati - Gembira.
27.
Berani lalat - Pura-pura berani.
28.
Bintang hati - Kekasih atau buah hati.
29.
Bodoh sepat - Orang yang nampaknya bodoh tapi sebenarnya tidak.
30.
Bongkok udang - Bongkok yang lebih teruk daripada bongkok sabut.
31.
Buah pena - Hasil karangan seseorang.
32.
Buang anak - Gugurkan anak yang masih dalam kandungan.
33.
Buang belakang - a. Melarikan diri b. Tidak peduli.
34.
Buang malu - Menghilang aib atau balas dendam.
35.
Buka telinga - Mendengar dengan betul supaya lebih faham.
36.
Bulan kesiangan - Wajah yang pucat.
37.
Buta ayam - Tidak dapat melihat pada waktu senja.
38.
Buta hati - a. Bengis dan kejam. b. Susah menerima pelajaran.
39.
Buta larang - Mata yang tidak dapat melihat dengan sempurna.
40.
Cakap angin - Cakap yang tidak memberi kebaikan.
41.
Cincin kerajaan - Cincin diraja.
42.
Dada ayam - Dada yang bidang dan membusung.
43.
Dada burung - Dada yang bergembung ke atas.
44.
Dahi sehari bulan - Bentuk dahi yang cantik.
45.
Darah putih - Orang bangsawan.
46.
Daun telinga - Bahagian luar telinga untuk menangkap suara.
47.
Embun betina - Embun yang kecil titiknya. Biasanya berlaku lewat malam.
48.
Embun jantan - Embun yang besar titiknya pada waktu pagi.
49.
Gelap mata - Mengamuk kerana terlalu marah.
50.
Gertak keling - Gertak hanya untuk menakut-nakutkan.
51.
Golok kayu - Pembohong.
52.
Goyang kepala - Sangat hairan.
53.
Hadiah penghibur - Sagu hati.
54.
Harta bawaan - Harta benda yang dibawa sewaktu berkahwin.
55.
Hati celaka - Derhaka.
56.
Hati kuman - Sangat penakut.
57.
Hati pekat - Tekad, fikiran tetap.
58.
Hati putih - Tulus ikhlas.
59.
Hati tikus - Pengecut.
60.
Hawa agas - Inginkan benda-benda mustahil.
61.
Hitam muka - Muram, marah.
62.
Hujan lalu - Hujan sekejap.
63.
Hulu kepala - Ubun-ubun.
64.
Ibu ifrit - Ketua kumpulan budak-budak jahat.
65.
Ibu keladi - Wanita yang mempunyai ramai anak.
66.
Induk ayam - a. Ayam betina yang telah bertelur b. Orang yang penakut.
67.
Induk karangan - Tajuk karangan dalam akhbar atau majalah.
68.
Induk madu - Sarang lebah.
69.
Induk sutera - Sarang ulat sutera.
70.
Isi kahwin - Wang wajib daripada pihak pengantin lelaki untuk diberi kepada pihak
pengantin perempuan.
71.
Istana rupa - Wajah yang cantik.
72. Jadi angin - Usaha yang sia-sia.
73. Jadi umang-umang - Menumpang.
74. Jalan bahasa - Gaya bahasa, cara tertentu
dalam menggunakan bahasa.
75. Jari lipan - a. Sejenis anyaman. b. Terlalu
banyak.
76. Jatuh iman - Terpedaya.
77. Jawi pekan - Kacukan India dan Melayu atau Arab
dan Melayu.
78. Jelatang negeri - Pengacau keamanan.
79.
Kambing keramat - Orang yang ditakuti.
80.
Kaum merah - Penganut fahaman komunis.
81.
Kaum murba - Rakyat jelata.
82.
Kaum penarung - Golongan penentang.
83.
Kaum serobot - Orang yang suka merampas atau mencuri harta orang.
84.
Kaya hati - Pemurah.
85.
Kayu bengkok - Orang yang senang disuruh.
86.
Kayu bongkok - Miskin dan hina.
87.
Kayu lempung - Tidak berguna.
88.
Kena angin - Tiba-tiba berubah perangai.
89.
Kena emas - Menerima rasuah.
90.
Kena hama - Kejangkitan benih penyakit.
91.
Kena hantu - Perangai tidak siuman.
92.
Kena pesona - Kena guna-guna atau kena ilmu sihir.
93.
Kepala dua - Tidak berpendirian.
94.
Kepala negeri - ibu kota kepada sesebuah negeri, namun kepala negara bermaksud raja
atau presiden.
95.
Kepala raja - Setem.
96.
Kepala santan - Santan kelapa yang pekat.
97.
Keringat dingin - Ketakutan.
98.
Ketam batu - Sangat kedekut.
99.
Kincir air - Pintar menjawab soalan.
100.
Kirim diri - Serah diri untuk minta perlindungan.
101.
Kitab loghat - Kamus.
102.
Kunci hati - Rahsia.
103.
Kunci maling - Anak kunci palsu seperti yang digunakan perompak.
104.
Kunci wasiat - Sesuatu yang dipakai untuk mencapai sesuatu matlamat atau
rahsia.
105.
Kuncup hati -Takut.
106.
Kunyah batu - Nasib malang.
107.
Kunyah nasi - Nasib baik.
108.
Kutu buku - Suka membaca.
109.
Lalat hijau - Hina dan buruk perangai.
110.
Landas kata - Bukti yang menguatkan hujah.
111.
Langkah serong - Perbuatan curang.
112.
Lanjut fikiran - Bijaksana.
113.
Lapang kira-kira - Berasa lega.
114.
Larat hati - Sangat sedih.
115.
Lembu dogol - Penakut tapi bercakap besar.
116.
Lengah mata - Lalai.
117.
Lenyap daratan - Putus harapan.
118.
Lepas kira-kira - Lega hati, rasa selamat, rasa senang.
119.
Lepas laku - Benar-benar bebas.
120.
Lepas lelas - Lepas sama sekali.
121.
Lepas malu - Sudah dikhatan.
122.
Letak tangan - Memukul.
123.
Lewat jenuh - Terlampau kenyang.
124.
Lidah bengkok - Tidak fasih. Lurus lidah pula bermaksud fasih.
125.
Lidah buaya - a. Aloe vera b. Kuat makan.
126.
Lidah panjang - Suka membuka rahsia.
127.
Lincir mulut - Pandai mempedaya.
128.
Lurus tabung - Perangai tersangat lurus.
129.
Lurus-lurus telunjuk - Ikut cakap orang.
130.
Mabuk agak-agak - Angan-angan sahaja.
131. Mabuk air sejuk - Jatuh cinta.
132.
Mabuk bunga raya - Mabuk - khususnya arak - dan muka menjadi merah.
133.
Mabuk bunga selasih - Mabuk - khususnya arak - hingga tidak boleh berdiri
tegak.
133.
Mabuk cendawan - Khayal dilamun cinta.
134.
Mabuk gadung - Lupa diri kerana jatuh cinta.
135.
Mabuk kecubung - Sangat berahi.
136.
Mabuk tahi telinga - Bingung kerana mendengar bermacam-macam kata orang.
137.
Main angin - Cakap dusta, cakap yang selalu berubah-ubah.
138.
Main muda - Bersuka-sukaan dengan perempuan.
139.
Mainan hati - Anak kesayangan.
140.
Mak bonda - Perempuan tua berlagak muda.
141.
Makan bawang - Marah dalam hati.
142.
Makan benak - Mengambil untung terlalu banyak. Sama maksud dengan makan darah.
143.
Makan dalam - Pendiam tetapi banyak berfikir.
144.
Makan dawai - Sangat miskin. Sama maksud dengan makan dedak.
145.
Makan duit - Menerima wang rasuah. Makan sogok dan makan suap juga bererti
makan rasuah.
146.
Makan gambar - Kelihatan lebih cantik dalam gambar daripada yang sebenar.
147.
Makan masak mentah - Tidak tahu halal atau haram.
148.
Makan nasi mentah - Tidak peduli halal haram.
149.
Makan nasi sejuk - Dilayan dengan buruk.
150.
Makan tanah -Tersungkur.
151.
Makan tangan - a. Keuntungan yang tidak
disangka-sangka b. Kena penumbuk.
152.
Makan tulang - Menyuruh orang bekerja kuat.
153.
Malim angin - Jurumudi, pawang. Juga dipanggil malim kapal.
154.
Maling dapat - Berjumpa barang dan terus diambil.
155.
Mambang kuning - Warna kuning kemerah-merahan di sebelah barat apabila matahari
terbenam.
156.
Mandur jalan - Penganggur jalan.
157.
Manis lenting - Tersangat manis.
158.
Masak ajar - Tahu bersopan santun, cukup mendapat ajaran.
159.
Masak niatnya - Niat yang tetap, yakin diri.
160.
Masak tangan - Kerap dipukul.
161.
Masih gelap - Belum ada bukti.
162.
Mastika embun - Nasihat daripada orang ternama.
163.
Masuk hati - Terpengaruh.
164.
Masuk kawan - Menyesuaikan diri dengan masyarakat.
165.
Masuk suluk - Belajar ilmu tasawuf.
166.
Mata cemperling - Mata yang merah warnanya.
167.
Mata kayu - a. Bekas dahan yang dipotong b. Tidak tahu menulis dan membaca.
168.
Mata merah - Menangis.
169.
Mata tongkang - Mata yang tidak dapat melihat.
170.
Mati angin - Mati akal.
171.
Mati ayam - Mati sia-sia.
172.
Meletak beras - Menanak nasi.
173.
Memadu hati - Berunding.
174.
Memberikan suara - Bersetuju.
175.
Menangkap angin - Membuat kerja yang sia-sia.
176.
Mencari muka - Bekerja untuk dipuji.
177.
Menelan batu - Pandai menyimpan rahsia.
178.
Menengadah matahari - Melawan pihak yang berkuasa besar.
179.
Menepuk dada - Menunjukkan kegagahan.
180.
Mengerat lidah - Memberhentikan percakapan orang.
181.
Menghamparkan sayap - Minta bantuan.
182.
Mengheningkan cipta - Bertafakur mengingati orang yang sudah mati.
183.
Mengkal hati - Marah tetapi disimpan dalam hati sahaja.
184.
Mengulum batu - Menjaga rahsia.
185.
Mengumbut hati - Mengambil hati.
186.
Menyumbut nyawa - Membunuh.
187.
Menguncup hati - Takut.
188.
Meniti buih - Kerja yang sangat sukar.
189.
Menjatuhkan tangan - Menghukum.
190.
Menjolok alang - Sangat tinggi.
191.
Menyimpai mulut - Menahan diri daripada bercakap.
192.
Merendahkan nama - Merosakkan maruah.
193.
Meriam buluh - Cakap besar tetapi kosong.
194.
Miang jelatang - Suka memfinah.
195.
Miang keladi - Orang tua yang gilakan perempuan.
196.
Minta aman - Mohon supaya tidak dibunuh.
197.
Minta darah - Hendakkan korban nyawa.
198.
Modal angin - Pandai mempengaruhi.
199.
Muka bantal - Pura-pura baik.
200.
Muka papan - Tidak tahu malu.
201.
Muntah perut - Bosan, benci.
202.
Orang galang - Orang yang sanggup berkorban nyawa.
203.
Pacat besar - Mengenakan faedah pinjaman yang tinggi.
204.
Pacat kenyang - Lepas makan terus pergi.
205.
Padang lapang - a. Bebas membuat apa-apa sahaja. b. Sifat orang yang bersabar
dan berilmu.
206.
Padat hati - Bertekad, tetap hati.
207.
Padi berat - a. Padi yang lambat berbuah. b. Lambat mengandung.
208.
Paha Arab - Paha yang besar.
209.
Paha belalang - Paha kecil dan lurus.
210.
Pahit darah - Lama hidup, panjang umur.
211.
Paling hati - Belot.
212.
Paling sembah - Derhaka kepada raja.
213.
Panas jantan - Sangat panas.
214.
Panas radang - Panas badan dan berpeluh.
215.
Pandai canai - Pandai menghabiskan duit
orang.
216.
Pandai jatuh - Pandai berdalih.
217.
Pandai tegang - Pandai mencari helah.
218.
Panjang ekor - Berani jahat.
219.
Panjang permintaan - Panjang umur.
220.
Pantang hati - Benci.
221.
Pantas mulut - Pandai bercakap (khususnya budak-budak)
222.
Pasak ke telinga - Mendengar dengan baik-baik, beri perhatian.
223.
Pasang mata - Suka melihat yang cantik-cantik.
224.
Patah kemudi - Hilang ketua.
225.
Patah lidah - Tidak dapat berkata-kata lagi.
226.
Patah perang - Kalah perang.
227.
Patah siku - Tidak dapat melawan.
228.
Patung bernyawa - Hidup tidak ada cita-cita.
229.
Pecah daun - Anak pokok ditanam keluar daun.
230.
Pecah hati - Hilang keberanian, putus asa.
231.
Pecah tabung - Kehabisan wang.
232.
Pekak-pekak bahasa - Pekak sedikit.
233.
Peluru petunang - Peluru berjampi.
234.
Pembasuh kaki - Biaya mahkamah.
235.
Pembasuh tangan - Upah kerja berat.
236.
Pembuka jalan - Bantuan awal untuk memulakan kerja.
237.
Pembuka kunci - Oleh-oleh, buah tangan.
238.
Pendekar kata - Ahli pidato, pandai berdebat.
239.
Penyapu baru - Petugas baru yang rajin bekerja.
140.
Petir tunggal - Bercakap kuat.
141.
Pijak kepala - Menghina.
142.
Pinang sebatang - Tiada sanak saudara.
143.
Puntung berasap - Menanti sesuatu yang mustahil.
144.
Puntung hanyut - Hidup melarat. Disebut juga rakit hanyut.
145.
Rezeki harimau - Untung atau hasil banyak.
146.
Ringan kepala - a. Cepat faham pelajaran b. Berasa lega kerana masalah telah
selesai.
147.
Rusuh hati -Gelisah.
148.
Sabung mata - Pandang-memandang.
149.
Salah bantal - Sakit tengkuk selepas tidur.
150.
Senyum kambing - Senyum yang dibuat-buat.
151.
Senyum simpul - Senyum sedikit.
152.
Sepak angin - Kerja sia-sia.
153.
Separuh hati/separuh jalan/separuh masak - Tidak bersungguh-sungguh.
154.
Tulang itik -Sangat lemah.
155.
Ulat bulu - Suka mengusik.
156.
Urut belakang - Memujuk.
157.
Urut dada - Menahan perasaan hati.
158.
Zaman atom - Zaman moden.
159.
Zaman bahari - Zaman purba.
Rujukan:
Simpulan Bahasa Melayu, tulisan Wan Nan Wan Mahmud dan Fatimah L Saman,
diterbitkan Pustaka Sistem Pelajaran Sdn Bhd, cetakan pertama 2002. Ada 1156 simpulan bahasa dalam buku
setebal 158 muka surat ini.
Comments
Post a Comment