HEROIN-HEROIN YANG TAK DIDENDANGKAN
Pada suatu
tengahari dalam bulan Mac 1942, seorang lelaki memakai pakaian seragam
berpangkat kapten dalam Tentera Laut Diraja Britain duduk dalam bilik kosong di
sebuah hotel sedang menyoal siasat seorang lelaki awam. Kedua-dua lelaki itu
duduk di atas kerusi lipat biasa, dipisahkan sebuah meja kayu biasa juga. Papan
nipis diletak menghalangi tingkap-tingkap bagi menyekat sinaran cahaya
matahari. Hanya ada satu mentol yang bercahaya di atas kepala-kepala mereka
berdua. Interbiu yang dilakukan secara pantas dalam Bahasa Perancis yang lancar
hampir tamat. Tiba-tiba, pegawai tentera laut itu tukar ke Inggeris: "Saya
mahu awak fikir mengenainya. Kita berdua fikir mengenainya. Saya tak mahu awak
buat keputusan secara mudah. Ia adalah keputusan yang sukar, ia adalah
keputusan yang membabitkan hidup dan mati bagi kedua-dua kita. Saya perlu buat
keputusan sama ada saya boleh bahayakan nyawa awak dan awak pula perlu buat
keputusan sama ada awak sedia menanggung risiko. Apapun keputusan yang awak
buat, awak perlu buat keputusan seorang diri dan tidak berbincang dengan
sesiapapun. Awak faham?" Kemudian, dia renung lelaki awam berkenaan, mata
coklat tuanya yang cerah tak mengerlip, wajahnya kaku dan sukar dibaca
pemikirannya.
Lembaga-lembaga
gelap lelaki menghampiri mereka. Lefort panjat keluar lalu Noor Inayat hulur
beg-beg mereka. Orang ramai berkerumun keliling pesawat, lima orang daripada
mereka dijadualkan kembali ke England dan tak sabar-sabar untuk berlepas. Dua
daripada mereka hulur beg-beg lalu Noor Inayat sumbat ke dalam badan pesawat.
Kemudian, dia panjat keluar, sambar kot kulit berminyak berwarna hijau yang
tersangkut di lubang tingkap. Sebaik sahaja kedua-dua kakinya cecah tanah, dua
lelaki merempuhnya, jalan pantas melepasinya untuk memanjat tangga, yang lain
melambai-lambai dan menjerit-jerit, mengucapkan semoga perjalanan mereka
selamat, suara mereka tenggelam oleh bunyi bising pesawat. Juruterbang tolak
pendikit ke depan, pesawat maju laju lalu naik ke udara, menderum rendah atas kepala Noor Inayat menyebabkan dia menunduk.
Bunyi enjin hilang dalam kegelapan malam lalu ditukar dengan bunyi pesawat
kedua yang bakal mendarat untuk menurunkan Skepper dan Rowden, dan mengambil
ajen-ajen lain yang sudah menamatkan tugasan. Tempoh masa dari waktu mendarat
hingga berlepas hanya mengambil masa lebih tiga minit.
Dalam
tempoh setengah jam kemudian, empat ajen yang baru tiba itupun berpisah dan
mereka menuju ke arah tujuan masing-masing, terhuyung-hayang mengayuh basikal
di sepanjang jalan yang sedikit cerah disinari cahaya bulan.
nota:
1. Magneto ialah dinamo yang mengeluarkan api dalam sistem pencucuhan sesuatu enjin pembakaran dalaman.
2. Saya terjemah Good Evening kepada Selamat Malam yang diucapkan dalam Bahasa Melayu - khususnya kepada orang bukan Islam - apabila matahari telah terbenam sedangkan Good Night bagi kalangan orang Barat adalah ucapan untuk pulang tidur atau sebelum tidur.
Baru-baru
ini, saya baca Lonely Courage, karya seorang pengkaji sejarah, Rick Stroud.
Buku 295 muka surat yang ditulis ala novel ini adalah mengenai kisah benar
heroin-heroin Eksekutif Operasi-operasi Khas (SOE), pasukan yang ditubuhkan
oleh Winston Churchill pada 1941 untuk membebaskan Perancis daripada cengkaman Nazi. Ada
ramai ajen dari Britain berada di Perancis ketika itu, namun buku ini memberi
tumpuan kepada 7 orang daripada
keseluruhan 39 ajen perempuan, termasuk yang berjaya dipilih mengetuai kumpulan
penentang Nazi yang sedia ada di sana. 12 orang daripada mereka telah dihukum
mati, manakala dua orang meninggal dunia kerana sakit. Rick menulis dengan menggunakan
fakta-fakta daripada lebih 100 buku, termasuk yang menyiarkan fail-fail rahsia
mengenai kegiatan SOE. Ajen-ajen perempuan yang datang daripada pelbagai lapisan
masyarakat telah dilatih bersama-sama ajen-ajen lelaki supaya cekap bersembunyi
di sebalik tabir, pandai menggunakan alat pemancar radio serta mampu membunuh
musuh dengan menggunakan tangan kosong. Setiap unit SOE sekurang-kurangnya terdiri
daripada seorang ketua, seorang operator wayarles dan seorang courier. Mereka dihantar ke Perancis
sama ada menggunakan payung terjun atau menaiki pesawat ringan. Di sini, saya terjemah
bahagian Prolog untuk renungan anda. Awal-awal sudah diangkat nama orang
Yahudi, tapi saya baca sehingga habis buku ini demi meningkatkan pengetahuan
mengenai cara warga Perancis terbabit dengan ajen risikan Britain dalam hal merancang
laluan terbaik bagi tentera bersekutu
masuk negara itu bagi menumpaskan tentera Nazi.
PROLOG
Gambar di sebelah: 7 ajen perempuan yang ditulis khusus peranan mereka dalam Lonely Courage yang terdiri daripada pembantu kedai, bangsawan, kerani pejabat konsul, penulis, pembantu kedai/ibu, wartawan dan setiausaha kanan.
Selepas
itu, sewaktu berseorangan dalam bilik itu, kapten bernama Selwyn Jepson,
individu yang sebenarnya bukan bertauliah sebagai seorang kapten tetapi seorang
veteran perang yang pernah berjuang dalam parit. Dia yang ketika itu merupakan
seorang penulis fiksyen jenayah, duduk berfikir dalam-dalam. Dia telah interbiu
ramai lelaki dalam bilik itu untuk mendapatkan rekrut Seksyen F (Perancis) bagi
SOE (Eksekutif Operasi-operasi Khas). Ramai calon adalah lelaki yang datang
dengan memakai tali leher sekolah lama masing-masing dan ada juga yang tak suka
memakainya. Dia telah interbiu golongan pelajar universiti, kakitangan bank,
broker saham, peguam dan anggota tentera serta yang menganut perjuangan
revolusioner Russia pimpinan Leon Trotsky, pengkagum Stalin, berfahaman anarki,
kaki pecah rumah, perompak bank dan barua pelacur. Dari mana mereka berasal itu
tak penting, mereka hanya perlu berpendirian benci Nazi dan sedia berkorban
nyawa demi mengikut arahan Churchill untuk "membakar Eropah."
Satu
perkara yang menggusarkannya: Dia tak dibenar merekrut perempuan. Sewaktu dia
beritahu pihak atasan bahawa perempuan
lebih sesuai melakukan tugas rahsia, dia dimarahi dan dia gagal memujuk.
Akhirnya, dia bercakap depan Perdana Menteri
yang diam mendengar sewaktu dia jelaskan perempuan mempunyai lebih
kebolehan untuk bekerja dengan tenang dan berani buat sesuatu secara sendirian
berbanding lelaki dan dia hendak mula merekrut perempuan. Adakah Perdana
Menteri setuju? Dia soal. Churchill fikir, angguk kepalanya yang besar, lalu
berkata, "Ya, semoga awak berjaya."
Setahun
selepas itu, pada tengahari 15 Jun 1943, dua buah kereta bergerak laju
melintasi padang yang disinar cahaya matahari di West Sussex. Kedua-duanya dicat dengan warna penyamaran coklat dan
hijau serta bernombor pendaftaran tentera. Kereta di hadapan yang terbuka
bumbung jenama Humber Super Snipe,
dipandu seorang perempuan yang memakai pakaian awam yang sangat kemas dan
sempurna. Di jari-jarinya ada cincin-cincin mahal, manakala di tangan kanannya
kelihatan rokok berasap. Namanya Vera Atkins, 35, seorang pendatang Yahudi dari
Romania yang ketika ini baru sahaja diserap sebagai seorang pegawai risikan
Seksyen F.
Di
sebelahnya, diam, duduk puteri berketurunan India, Noor Inayat Khan, 29,
direkrut Jepson enam bulan lalu. Seorang operator radio dan dia baru sahaja
tamat latihan. Malam sebelum hari itu, dia menginap di London, sebuah
pangsapuri seorang rakan karib. Mereka berbual sehingga ke subuh. Pada sebelah
pagi, sewaktu hendak beredar, Noor Inayat cium rakannya sambil berkata dengan
suara nyaring bagai bunyi keluar dari lubang sebatang paip, "Fasa ini
berakhir di sini. Saya tak akan temui awak dalam tempoh yang panjang, oleh itu
saya ucap selamat tinggal."
Ada
dua perempuan lain dalam kereta kedua, turut direkrut Jepson. Seorang ialah
Cecily Lefort, 43, yang lancar Bahasa Perancis dengan loghat Inggeris. Di
sebelahnya duduk Diana Rowden, 28, dengan wajah pucat, berambut perang.
Kedua-duanya telah dilatih sebagai courier.
Di tempat duduk penumpang di depan ialah seorang lelaki, Charles Skepper,
pakar sabotaj dan penggunaan bahan letupan.
Mereka
telah berada di hujung perjalanan. Jalan selari dengan pagar yang kelihatan
seperti rantai yang menandakan di situ adalah kawasan lapangan terbang yang
memanjang ke arah kanan mereka sehingga mencecah kaki langit. Di udara, dua Lysander, pesawat peninjau gemok dan
kontot, sebuah pesawat terbang di belakang yang sebuah lagi, turun merendah
perlahan-lahan ke landasan.
Kereta-kereta
itu berhenti di pintu masuk yang dikawal ketat, terletak bertentangan sebuah
kotej kecil yang dibina menggunakan batu-bata yang diselaputi tumbuhan
menjalar, Virginia. Kumpulan itu
keluar dan berdiri tengah panas matahari yang mencecah bangunan-bangunan serta
padang kosong. Kemudiannya, Atkins iring mereka dalam suasana sepi menuju ke
kotej itu.
Seorang
pegawai muda RAF yang memakai lencana Ketua Skuadron menyapa mereka. Pada
dinding di belakangnya terdapat tulisan tangan, 161 Special Duties Squadron "A" Flight, di bawahnya, The Form, diikuti senarai panjang
arahan-arahan. Pegawai itu mulakan dengan: "Selamat datang ke Tangmere.
Nama saya Verity. Saya pegawai bertugas,
dan kami gembira untuk membantu anda. Anda mungkin dapat lihat tadi
lelaki-lelaki yang tiba itu." Semasa dia bercakap, Noor Inayat baca notis
mengenai sejumlah perkara yang perlu dilakukan juruterbang-juruterbang sebelum
mereka ke wilayah musuh. Ia termasuk perkara-perkara terperinci seperti peta,
jadual penerbangan, mendapatkan wang Perancis, periksa kedudukan
senjata-senjata penembak pesawat milih
musuh yang ada di Perancis, dan diakhiri dengan ungkapan, "Bertenang
Sehingga Waktu Berlepas." Seseorang telah mengepilkan nota mesin taip, "Semua
Dalam Kawalan." Pintu depan terbuka dengan keras lalu muncul dua lelaki
berjalan santai, pakai pakaian untuk terbang ke udara, bawa beg-beg dan peta-peta.
"Ah, mereka dah sampai," kata Verity. "Kami akan bersama-sama
anda selepas makan malam setelah saya berpeluang memberi penerangan ringkas
kepada mereka itu."
Kemudiannya,
semua ajen duduk depan dua meja berpenyangga, dalam bilik kosong dengan dinding
disapu cat kapur lalu dihidangkan makan malam oleh sepasang pelayan yang
berpakaian kuning kecoklatan. Sewaktu mereka makan, siaran radio berbahasa
Perancis, Radio Loudres kedengaran, suara Free French yang disiar untuk orang
ramai yang memiliki radio secara haram di Perancis. Transmisi bermula dengan muzik
suram, Simfoni Kelima Beethoven iaitu kod Morse bagi V Untuk Menang. Penyampai
radio mulakan ucapannya: "Ici
Londres" lalu terus baca sejumlah "mesej peribadi" yang
sebenarnya ialah kod dituju kepada puak penentang. Satu mesej, "Jasmine
sedang meniup flut," ialah isyarat bahawa empat ajen SOE akan datang malam
berkenaan.
Setelah
makan malam, Atkins bawa setiap ajen ke sebuah bilik di mana dia buat
pemeriksaan terakhir, mereka tak boleh bawa benda yang menyebabkan mereka
ditangkap musuh - tiket bas atau wayang, syiling Inggeris, surat-surat, bil-bil
atau label pada pakaian. Noor Inayat lihat kerongsang perak berbentuk burung
pada pakaian Atkins lalu berkata ia sangat cantik. Atkins tanggalkannya lalu hulurkan
kepadanya sambil berkata, "Ambil. Ia bakal membawa tuah."
Selepas
itu, Atkins iringi semua ajen keluar bangunan, pelayan-pelayan tadi ikut dengan
membawa beg-beg mereka. Bayangan sinaran
terakhir matahari tenggelam muncul di langit. Menanti mereka di luar ialah
kereta yang mempunyai ruang luas serta ada pintu belakang jenama Ford, pintu-pintunya terbuka, pemandu
diam berdiri di sisi. Pelayan-pelayan letak beg-beg di ruangan belakang kereta
itu. Atkins melepaskan mereka dengan ucapan terima kasih dengan nada suara
perlahan lalu mereka bertolak tanpa menarik perhatian sesiapapun. Noor Inayat
berhimpit-himpit dengan ajen-ajen lain dalam kereta. Pengawal-pengawal
bersenjata memberikan tabik hormat sewaktu kereta itu memecut melepasi halangan
keselamatan ke kawasan lapangan terbang. Di depan mereka adalah pesawat-pesawat
Lysander, enjin-enjin dihidupkan,
kipas-kipas berpusing dalam pandangan mereka yang samar-samar, api biru
kelihatan di bahagian ekzos sewaktu juruterbang-juruterbang menguji
magneto-magneto serta memeriksa tekanan minyak. Bulan mengambang penuh
kelihatan terapung di kaki langit sebelah timur.
Angin
bergelora berpunca daripada enjin yang membingitkan itu menerpa ke pakaian
ajen-ajen menyebabkan mereka terpaksa membongkok. Udara padat dengan bau
meloyakan berpunca daripada minyak kapal terbang. Noor Inayat dijadualkan
terbang bersama-sama Lefort dan sebelum mereka berdua berjalan ke pesawat Lysander yang tersedia untuk mereka
naiki, Atkins peluk erat mereka. Dengan menggunakan tangga besi kecil yang
dipasang kepada badan pesawat, Noor Inayat dan Lefort panjat ke kokpit kecil.
Kerana mereka sudah dilatih, mereka sumbat beg-beg mereka ke bawah kerusi lalu
pakai topi keselamatan disaluti kulit
yang dilengkapkan dengan sistem wayarles dan interkom.
Menerusi
fonkepala, kedua-dua perempuan itu dengar juruterbang berkata: "Selamat
malam, anda dialu-alukan menaiki Moonflight."
Suara tenang dari menara kawalan mencelah, untuk membenarkan mereka berlepas
lampu-lampu landasan dipasang, enjin pesawat dikuatkan, pesawat bergetar kuat
sewaktu ia digerak ke depan. Melalui
tingkap luas di sebelah kanan kokpit, kedua-dua perempuan itu melihat England
sekali imbas serta buat kali terakhir. Bayangan beberapa bangsal kapal terbang
dan landasan kerikil bertar semakin lenyap di kejauhan. Kemudian, kedua-dua
pesawat melonjak ke hadapan, mendaki angkasa.
***
Atkins
berdiri di sebelah kereta sehingga dia tak dengar lagi deruman enjin-enjin
pesawat. Awal petang hari itu, dia lihat seorang juruterbang baca sebuah buku
bertajuk, Remarkable Women lalu dia berkata , "Buku ini perlu ditulis
semula setelah semua perempuan ini melaksanakan tugasan masing-masing."
Di bawah sana, lampu-lampu
landasan serta kawasan lapangan terbang hilang. Sedikit masa sahaja, mereka
sudah berada di atas selat yang airnya kelihatan berkilau-kilauan. "Cantik
bukan suasana dalam sinaran cahaya bulan?" Tanya juruterbang itu. Mereka
melintasi perairan pantai Perancis dan
sepanjang 30 minit berikutnya dia menunjukkan tanda tempat serta bentuk-bentuk
bumi kepada penumpang-penumpangnya, lupa dia masih menggunakan alat pemancar
pada kedudukan ON yang boleh dipintas
musuh dengan menggunakan kelengkapan tertentu atau di dengar menara kawalan
yang menggunakan frekuensi yang sama.
Mereka
telah terbang hampir dua jam, kemudian perut mereka tersenggut sebaik sahaja
pesawat pantas turun. Di bawah ialah bandar Angers dan di hujungnya ada sebuah
padang untuk mereka mendarat. Juruterbang periksa peta yang dibentang atas
lututnya lalu melihat teliti ke bawah, mencari lampu kecil obor yang menandakan
sekumpulan penentang Nazi sedang menanti. "Ah! Itu mereka," kata
juruterbang lelaki itu sebaik sahaja melihat obor yang mengimbaskan kerdipan
kod Morse. Obor-obor lain kemudiannya memancarkan cahaya, menunjukkan landasan
rumput. Dataran semakin kelihatan dan dengan bunyi yang kuat, pesawat mendarat,
enjin menderum, tiba-tiba lebih kuat bunyinya disebabkan juruterbang
menggunakannya untuk membrek. Pesawat Lysander terapung-apung melintasi padang
sejauh 600 meter, berpusing balik ke arah mereka yang menanti, pusing lagi,
menghala tiupan angin lalu berhenti, kipas-kipasnya masih berputar, bersedia
untuk berlepas pulang.
Gambar sebelah: Nama-nama ajen perempuan Seksyen F yang tak pulang ke England sama ada kerana terbunuh atau "hilang" yang dicatat pada Memorial SOE di Valencay, Perancis
nota:
1. Magneto ialah dinamo yang mengeluarkan api dalam sistem pencucuhan sesuatu enjin pembakaran dalaman.
2. Saya terjemah Good Evening kepada Selamat Malam yang diucapkan dalam Bahasa Melayu - khususnya kepada orang bukan Islam - apabila matahari telah terbenam sedangkan Good Night bagi kalangan orang Barat adalah ucapan untuk pulang tidur atau sebelum tidur.
Comments
Post a Comment